OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 9 November 2012

Menjadi Pendengar Yang Setia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pendengar yang baik

Pendengar Setia

Manusia memang tidak boleh lari dari masalah. Setiap masa ada sahaja masalah yang datang. Tidak kiralah masalah dari tempat kerja, tempat belajar, keluarga, kawan, dan juga kekasih.. Pasti akan ada masalah yang timbul. Apabila datangnya masalah terutamanya Masalah HATI, kita memang memerlukan seseorang yang boleh menjadi Pendengar Setia kepada masalah kita.

Menjadi Pendengar Setia ada caranya :

  1. Apabila seseorang meluahkan perasaannya, janganlah kita menyampuk atau buat kerja lain semasa dia sedang meluahkan masalahnya. Tumpukan perhatian dan dengar dengan baik.
  2. Berilah respon apabila dia meluahkan masalahnya. Jangan jadi macam batu. Biar dia tahu kita sedang mendengar segala luahannya.
  3. Tanyalah soalan untuk lebih memahami situasi dan masalah yang dia hadapi. Tanyalah soalan-soalan yang berkaitan dengan masalahnya. Jangan apabila dia meluahkan masalah berkaitan dengan boyfriend atau girlfriend, kita tiba-tiba tanya " awak ni sihat ke tak??". Bijak lah bertanya soalan.
  4. Berilah pandangan atau cadangan penyelesaian terhadap masalahnya itu. Berterus-terang dengan dia dan bagi sebab kenapa dia harus ikut cadangan kita itu. Tetapi jangan sampai memaksa pula. Kita nak bagi nasihat, bukannya arahan. Kalau tidak dapat bagi cadangan atau pandangan, cukuplah sekadar kita mendengar segala masalahnya itu.
  5. Pegang amanah dan rahsia dia. "Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut"
Ada banyak lagi, tapi kalau kita dapat lakukan kelima-lima perkara di atas itu sudah cukup untuk kita menjadi pendengar yang baik. Ada sesetengah orang yang dianugerahkan oleh Allah menjadi pendengar yang baik. Itu kelebihannya dia. Alangkah beruntungnya jika kita dapat jumpa seorang pendengar yang baik untuk masalah kita. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...