OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 11 November 2012

Pengalaman Baru Setiap Kali Naik Bas Express

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime, drive, crazy

Allhamdulilah.. Aku dah selamat sampai ke kampung halaman. Setiap kali naik bas mesti ada pengalaman yang baru menunggu aku. ^_^. Pengalaman aku kali ini adalah bermandi peluh daripada Melaka sampailah ke Terengganu. Semuanya gara-gara Air-cond bas rosak. hehe. Allah memang sukakan aku mengingatinya. Setiap masa ada sahaja ujiannya.

Ini pertama kali aku naik bas express selama 8 jam tanpa Air-cond. Memang berpeluh. Kesian orang sebelah aku. MAAF YA. Nak luahkan rasa tak puas hati, aku terpandang ke belakang.. Tengok gadis-gadis di belakang tak merungut pun. Aku terus terdiam." lemah benar hati aku ". Diorang pasti lagi terseksa dari aku. Takpelah, asalkan sampai ke Terengganu sudah. Lagipun malam tak lah sepanas siang hari.

Setiap perkara pasti ada hikmahnya. Cuma nak cakap la. " Kalau kualiti perkhidmatan tidak dijaga, susahlah nak buat keuntungan dalam perniagaan ". Pelanggan ni ada pilihan. Jadi pandai-pandai lah ambil hati pelanggan dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik. " Tak salah keluarkan sedikit duit untuk memperbaiki perkhidmatan syarikat ". Faham-faham je lah ayat keluarkan duit itu..

Alang-alang baca.. Korang pernah ada masalah dengan bas tak??

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...