OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 23 November 2012

Rukuk dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rukuk dengan Tama'ninah

Solat Jumaat hari ini semakin hampir.. Dikesempatan yang ada ini saya nak kongsi ilmu rukuk solat yang ke-5 iaitu Rukuk dengan Tama'ninah. Sebelum itu, saya minta para guru, ulama atau orang yang berilmu agar memberikan teguran dan nasihat jikalau ada kesilapan dalam perkongsian ini.

Rukuk solat yang ke-5 ini nampak sahaja senang.. Tetapi kalau tidak kena pada caranya akan salah. Rasullulah S.A.W bersabda : "Apabila engkau rukuk, hendaklah engkau meletakkan dua tapak tangan engkau di atas lutut engkau. Kemudian engkau renggangkan antara jari-jari tangan engkau. Kemudian engkau menanti seketika sehingga setiap anggota berada pada tempatnya. " hadis riwayat ibnu Khuzaimah dan ibnu Hibban.

rukuk yang salah

Bukhari dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis menyatakan apabila baginda S.A.W rukuk, beliau meluruskan belakangnya dan meratakannya.  Daripada ibnu Majah, Ahmad dan lainnya meriwayatkan bahawa lurusnya belakang Nabi S.A.W ketika rukuk sehingga seandainya dicurahkan air atasnya, tidak akan jatuh ke bawah.

Manakala kepala Nabi S.A.W tidaklah ia menegak dan tidak pula meninggikannya iaitu kepalanya separas dengan belakangnya. Hadis riwayat Muslim.

Rukuk yang betul adalah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya iaitu betis dan peha dan memegang kedua lututnya dengan menjarangkan antara jari-jarinya dengan tama'ninah. 

Semoga perkongsian ini berguna buat diri saya sendiri dan anda semua dalam kita belajar untuk memantapkan lagi ilmu dalam solat.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...