OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 22 November 2012

Save Gaza - Gencatan Senjata Antara Hamas Dan Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gencatan Senjata Antara Hamas Dan Israel

Satu Genjatan Senjata antara Hamas dan Israel tercapai secara rasminya pada pukul 9 malam di atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir. Sejak 8 hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula, jalan raya di Gaza masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai.

Apabila genjatan senjata bermula, penduduk di sekitar Gaza mula keluar ke jalanan untuk meraikan kemenangan itu. Genjatan senjata ini menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu. Manakala pihak Palestin diarahkan meneghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan. Israel juga diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan jika genjatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam.

Tapi kita jangan lupa dan lalai dengan perjanjian genjatan senjata ini kerana Israel akan mungkir janji bila-bila masa sahaja. Jadi menjadi tugas kita untuk terus melaporkan perkembangan rakyat palestin agar rakyat negara kita tahu siapa itu Israel. Mungkin ini taktik mereka untuk melalaikan orang islam setelah mereka berjaya membunuh rakyat palestin terutamanya kanak-kanak yang akan menjadi pelapis perjuangan rakyat palestin.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...