OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 10 November 2012

Selamat Pengantin Baru Bro Framestone

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Pengantin Baru Bro Framestone


Selamat Pengantin Baru Bro Framestone

Tahniah diucapkan kepada Abang Bro Framestone kerana telah berjaya melangkah ke alam perkahwinan semalam. Dengan sekali lafaz, Abang Bro telah menjadi suami kepada wanita pilihannya. Semoga Abang Bro dimurahkan rezeki dan bahagia ke akhir hayat bersama isteri yang tercinta, Iera Nazirah

Kata-kata Abang Bro : 

Perkenalan kali pertama di laman FACEBOOK pada pertengahan tahun 2009.
Waktu itu kau sendiri tidak tahu aku adalah blogger dan menganggap aku teman biasa.
Kali pertama berjumpa tahun 2010. Itu pun cuma 5 minit.
Tapi pertemuan kali kedua pada bulan 4 tahun 2011 sewaktu gathering, hati aku berkata - "kau jodoh ku"

Maaf sekiranya selama ini, saya tidak melayani awak seperti pasangan bercinta, tidak menyatakan perasaan cinta saya pada awak dan tidak menunjukkan rasa cinta saya pada awak.


Selepas lafaz akad.. KAU MILIKKU.
dan aku wajib mencintaimu dan melindungimu. Itu janji aku pada ALLAH, keluargamu dan juga diri serta maruah kamu..

Terima kasih kerana menjadi isteriku..




Petikan daripada - http://www.facebook.com/framestone

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...