OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 5 November 2012

Semoga Berjaya Dalam SPM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SPM 2012

SPM 2012

Belum terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan selamat berjaya di dalam Peperiksaan SPM 2012. Sijil SPM ini penting untuk melayakkan diri kita menjejak kaki ke menara gading. Walaupun sijil ini bukannya penjamin masa hadapan seperti dahulu, tetapi dengan keputusan yang baik. Kamu boleh memilih IPTA atau IPTS yang sesuai dengan cita-cita dan kelebihan diri kamu. 

Seringkali apabila ditanya cita-cita, mesti ada yang jawab nak jadi doktor, engineer, pilot dan lain-lain. Tetapi tahukan anda, banyak cita-cita itu terkubur kerana sijil SPM. Kerana sijil inilah, kamu tidak ditawarkan kursus-kursus berprofile tinggi itu. Ini kerana syarat-syarat untuk ditawarkan kurus berprofile tinggi amat ketat. Zaman sekarang ini ramai yang cerdik pandai. Persaingan pun tinggi. 

Jadi pentingnya kamu semua cuba yang terbaik dalam peperiksaan ini dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk bersaing dengan orang-orang cerdik di luar sana. Sijil SPM ini juga tanda pengakhiran zaman persekolahan kamu selama 11 tahun. Jadi buat yang terbaik untuk peperiksaan terakhir di sekolah ini.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...