OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 12 November 2012

Tekad Hati Tahun Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

segmen maal hijrah

Ini adalah segmen ringkas yang dianjurkan oleh Sifu Blogger iaitu En.HasrulHassan. Dalam segmen ini, kita perlu menyatakan apa yang ingin kita capai sebagai Muslim di tahun baru dan apa yang tidak kita mahu ulangi kesalahan yang kita lakukan pada tahun sebelum-sebelum ini. Tak perlu panjang-panjang. Entri kurang dari seratus perkataan sahaja.

Tekad Hati Aku Pada Tahun Baru

Aku berhasrat untuk lebih mendalami ilmu agama di dalam tahun baru ini. Ini penting sebab semakin hari, semakin dekat aku dengan kematian. Kita bukannya nampak bila tarikh kita akan menghembuskan nafas terakhir. Terfikir juga aku. Macam mana aku akan mati nanti. Adakah dalam keadaan baik atau dalam keadaan yang teruk? Aku berharap benar kematian aku dalam keadaan baik. Selain itu aku berharap juga tiada masalah hati pada tahun ini. Satu lagi aku berharap aku dapat gunakan medium ini untuk menyebarkan dakwah-dakwah berkaitan dengan islam. Walaupun aku ini tiada ilmu tinggi dan peribadi yang baik, tak salah jika aku sampaikan apa yang aku tahu pasal agama. Boleh kita sama-sama belajar.

Apa yang aku tidak mahu ulangi pada tahun ini adalah terlalu mengikut perasaan sehingga aku lupa apa perkara yang lebih penting yang aku perlu lakukan dahulu sebelum perkara lain. Aku hampir-hampir jatuh dari tempat aku sekarang. Tetapi apabila aku dah sedar apa yang penting. Aku harap aku tidak ulangi apa yang menjatuhkan aku sebelum ini. Bukan memalukan diri aku sahaja, tetapi memalukan keluarga aku juga.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...