OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 4 November 2012

UTeM Terbilang - Lagu Rasmi UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

utem song
Malam ni aku nak kongsikan lagu rasmi UTeM iaitu UTeM Terbilang. Macam biasalah kalau masuk bab lagu sekolah atau universiti mesti kata tak sedap kan?? Nak dengar sama banyak dengan tak nak dengar. Betul tak?? kalau betul, silap lah mind set kita tu.

Lagu seperti lagu universiti inilah yang lagi baik dari lagu-lagu yang berada di carta sekarang. Lagu seperti ini mempunyai banyak maksud yang berguna. Tiada kata-kata yang sia-sia dan tiada perkataan yang tidak berkait antara satu sama lain. Nak senang.. Banding sahaja lagu sekarang dengan lagu lama-lama.. Jauh perbezaannya.. Fikir-fikirkan lah..

UTeM Terbilang

Di Sini Segala Bermula
Cemerlang Mencipta Gemilang
Bertuah Bumiku Menyaksi
Bersama Kita Berjuang

Tersohor Persada Bermula
Senada Wawasan Negara
Melahir Insan Luhur Jiwa
Mampan Menambat Dunia

C/O

Perkongsian Pintar
Universiti dan Industri
Kreatif Inovatif

Pembelajaran Teras
Aplikasi Dan Kompetensi
Tekad Mencapai Visi

Demi Semangat Negara
Kami Mencurah Bakti
Nasib Pertiwi Terus Dibela
Kepada Ibunda Kami Berjanji

UTeM Ku Cemerlang
UTeM Ku Gemilang
UTeM Ku Terbilang
UTeM Terus Berjuang


UTeM Ku Cemerlang
UTeM Ku Gemilang
UTeM Ku Terbilang
UTeM Terus Berjuang

LAGU : M.NASIR
LIRIK : SETH/UTeM

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...