OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 21 December 2012

21.12.2012, Tarikh Hari Kiamat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Rasanya ramai yang sudah tahu dengan agenda puak yahudi yang menyatakan 21.12.2012 adalah The End of World ( Kiamat ). Sebenarnya, semua ni adalah konspirasi oleh puak yahudi untuk menakut-nakutkan umat manusia. Jangkaan tarikh hari kiamat ini dibuat oleh puak yahudi berdasarkan pengiraan Calender Mayan. Pengiraan calender mayan berakhir pada 21.12.2012. Tarikh ini diperkukuhkan dengan kenyataan bahawa pada hari ini bumi akan berlanggar dengan Planet Nibiru.

Semua ini adalah rancangan yahudi untuk memesongkan akidah umat islam. Kita sebagai umat islam mesti percaya bahawa Tarikh Hari Kiamat hanya diketahui oleh ALLAH. Tiada satu pun makhluk di dunia ini mengetahui tarikh sebenar berlakunya hari kiamat. Cuma yang kita tahu adalah tanda-tanda yang kiamat itu semakin hampir. Kiamat tidak akan berlaku selagi tanda-tanda ini tidak muncul.


(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...