OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 29 December 2012

Beza Antara Memberi Nasihat Dengan Memberi Sokongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beza Antara Memberi Nasihat Dan Sokongan


Dalam hidup ini kita tak pernah terlepas dari menghadapi masalah. Macam masalah itu dah jadi sebahagian dari darah daging kita kan? Tapi lagi elok rasanya jika kita katakan, masalah yang melanda diri kita itu adalah satu ujian daripada Allah yang Maha Penyayang.

Aku terfikir satu ayat dari kawan aku iaitu, " i need support bukan nasihat. Dua perbuatan ni lain tau ". Apabila difikirkan semula, kedua perbuatan ini memang amat berbeza. Beri Nasihat atau Beri Sokongan?? Kedua-duanya menuju ke tempat yang sama tetapi caranya berbeza antara satu sama lain.

Memberi nasihat ini kalau nak senang cerita, kita nasihatkan kawan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Seperti contoh, " Man, jadi-jadi lah tu tulis blog ni. Pergi study tuu. Esok lusa dah nak final exam ". Haaa.. Macam tu.. Ini dikira ayat menasihati.

Kalau memberi sokongan, kita bagi sokongan dan semangat kepada kawan kita untuk meneruskan apa yang dia lakukan. Contohnya, " Bagus juga ko tulis pasal UTeM dalam blog ini. Nanti apabila kita semua dah graduate boleh jadi kenangan kepada kita semua ". Haaaa.. Macam tu. ^_^. Ada beza kan kedua-dua ayat tersebut?? Jadi kita pilih lah antara kedua ini berdasarkan keadaan semasa sama ada nak bagi nasihat ataupun nak bagi sokongan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...