OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 13 December 2012

Blog Cetak Rompak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime Cetak Rompak

Dalam dunia maya ini, kita tidak bersendirian. Di sekeliling kita terdapat beratus, beribu malahan berjuta blogger. Setiap dari mereka ini ada identiti yang tersendiri. Antara diantara mereka ini boleh dilabel sebagai blog personal, blog politik, blog perniagaan (blogshop), blog tutorial dan informasi, blog rojak dan juga blog cetak rompak.

Apa yang menarik perhatian aku untuk bercakap pada hari ini adalah blog cetak rompak. Sepanjang aku menjadi blogger, aku perasan ada beberapa blog yang entrinya hampir 90% cetak rompak. Blog mana tu??  cari lah sendiri sebab korang akan tahu apabila korang banyak buat blogwalking. Blog cetak rompak ni merangkumi semua label yang berada di atas tu sebab entrinya sering bercampur aduk. Sekejap tutorial, sekejap artis, dan macam-macam lagi.

Aku tak suka blog yang sebegini sebab terang lagi bersuluh dia tidak menghormati blogger lain. Dalam entri aku sebelum ini, copy paste entri tanpa kebenaran, aku ada sentuh pasal isu ini. Dah la copy paste entri bulat-bulat, backlink entri asal pun langsung tiada. Lebih teruk lagi, entri peribadi pun diorang nak copy paste.

Aku kata ini untuk diri aku sendiri. " Hormatilah orang lain. Kita kena hormat orang bukan di alam nyata sahaja, tetapi di alam maya ini juga kita perlu tunjukkan rasa hormat itu walaupun kita tak nampak muka orang tersebut. Apabila kita hormati seseorang, maka orang itu juga akan hormati kamu."

Daripada iluvislam.

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (An-Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86).

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...