OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 1 December 2012

Copy Paste Entri Tanpa Kebenaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kidsthephantom

Abang Bro Framestone ada buat satu entri, " Haram Guna Duit Yang Bukan Milik Kita ".  Dalam entri itu aku komen " Betul tu abg Bro.. ambil duit orang tu kira mencuri.. haram ". Lepas tu Abang Bro balas. " Belum kes amik artikel orang dicopy paste masuk blog sendiri kan? ".  Abang Bro kata macam tu buat aku terfikir.. Haram ke copy paste entri orang lain tanpa kebenaran??

Jadi aku pun tanya lah Pak Cik Google. Tetapi pak cik google ni tak ada jawapan sama ada copy paste entri orang lain tu haram ke halal. Rasa tak puas hati juga kan bila kita tak dapat apa yang kita ingin tahu.. Aku tidak boleh katakan copy paste itu haram sebab aku ni bukannya ulama fatwa. Jadi aku nak tanya pendapat korang semua.. Haram ke halal copy paste entri orang tanpa kebenaran?

Aku nak ambil sedikit pendapat En.HasrulHassan tentang copy paste ini. Bagi beliau " Tiada masalah untuk orang lain copy paste mana-mana entri blog beliau asalkan haruslah dan mestilah tanpa sebarang tambahan atau sebarang pindaan kepada perkara yang anda copy itu ". Copy paste kandungan blog atau laman web tidak salah asalkan:

  1. Tidak mengubah kandungan asal catatan tersebut
  2. Tidak membuat sebarang pindaan 
  3. Memberikan backlink atau penyataan sumber
  4. Dilakukan ke atas blog atau laman web yang membenarkan fungsi tersebut
  5. Tidak terikat dengan undang-undang penyiaran, penerbitan yang telah ditetapkan
En.HasrulHassan juga menyarankan satu fungsi yang dinamakan tynt publisher tools yang membenarkan proses copy paste itu dilakukan dengan mudah dan memenuhi syarat yang diperlukan.

Bagi aku copy paste entri ini akan menjadi salah jika kita senyap-senyap sahaja ambil entri tersebut. Untuk blog aku, aku benarkan kandungan blog ini dicopy paste tanpa kebenaran untuk tujuan pembelajaran dan perkongsian ilmu pengetahuan. Untuk pembelajaran sahaja. Selain daipada itu adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran aku. ( Lihat peringatan di bawah blog ini ).

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...