OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 24 December 2012

Durian Crepe Macam Aiscream

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Durian Crepe Macam Aiscream

Rasanya memang aku dah ketinggalan jauh dan lambat untuk buat entri pasal Durian Crepe ini. Orang lain dah lama rasa durian ini. Aku pulak baru je dapat merasa. Itu pun sebab kawan aku bagi rasa. Kalau tak sampai bila-bila lah aku tertanya-tanya.. " Bagaimanakah rasanya Durian Crepe ini?". "Sedap ke tak?".

Apabila dah cuba sendiri baru tahu sedap jugak rupanya Durian Crepe ni. Aku tak tahulah apa yang dia campur bersama isi durian dalam tu. Tapi rasanya macam makan aiscream. Letak dalam peti sejuk biar beku. Lepas tu makan.. Fuhh.. Isi durian tu rasa macam aiscream.

Kalau makan masa tak sejuk, rasa dia macam makan durian biasa sahaja. Tetapi apabila dah sejuk. Lain rasanya. Terpulang lah pada citarasa masing-masing sama ada nak makan waktu sejuk atau tak. Cuma bagi aku. Rasa Durian Crepe yang paling sedap adalah waktu dia sejuk..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...