OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 22 December 2012

Jangan Percayakan Toyol Dalam Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan Percayakan Toyol Dalam Exam
Pasti korang tahu apa makna gambar kat atas kan?. Kita semua pernah bersekolah atau sedang belajar. Jadi mesti tahu apa maksud gambar tersebut. Jujur aku kata. Aku pernah buat macam ni. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Apabila study last-last minit dan tak ingat fomula yang perlu diingati maka jalan ini lah yang aku ambil.

Tetapi dari dulu sampai sekarang, setiap toyol yang aku bawa mesti tak berguna langsung. Sia-sia sahaja aku tulis panjang-panjang toyol ini. Soalan yang dijawab mesti tak berkaitan dengan apa yang aku tulis. Tak pun apa yang aku tulis itu sememangnya telah diberi di dalam soalan. Jadi memang kerja sia-sia bawa masuk toyol ini dalam dewan peperiksaan.

Kali ni memang aku tak percayakan toyol ini. Dah lama dia menipu aku. Aku bawa dia masuk untuk tolong aku. Tetapi apa yang dia buat adalah sebaliknya. Jadi ini kata putus dari aku kepada si toyol ni. " Jangan harap aku bawa kau lagi bersama aku sebab kau langsung tak berguna kepada aku". Baik aku harapkan otak aku yang bijak ni. Bye-bye toyol.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...