OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 2 December 2012

Kaedah Mendapat Ramai Pembaca Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SEO, Blog, Kaedah tarik pembaca, Rahsia ramai pembaca, Tips SEO, Apa itu SEO, Cara cari keuntungan guna blog

Pada awal aku menceburi bidang blogger ini, tak pernah terfikir ada sesuatu kaedah yang dipanggil SEO atau Search Engine Optimization. SEO ini adalah antara salah satu kaedah untuk mendapatkan ramai pembaca di blog kita. Caranya adalah dengan mengoptimumkan apa yang kita buat di blog kita supaya tersenarai di dalam engine carian seperti google, yahoo, bing dan lain-lain lagi.

Kaedah-kaedah untuk mengoptimumkan SEO ada banyak. Anda boleh baca di Blog Mohd Isa, ANa Ahmad ataupun Blog Coretan Anuar. Kalau tak cukup tanya sahaja pak cik google. Ilmu SEO ini perlu dipelajari secara berterusan kerana dunia internet ini sentiasa ada benda yang baru. Jadi kita tak boleh nak mengaku yang kita ni sudah professional dalam bidang SEO.

Blog yang Mesra SEO biasanya akan tersenarai di dalam page pertama engine carian. Entri yang berada di page pertama biasanya mendapat pegeview yang sangat tinggi dari pembaca. Tengok diri kita sendiri sudah la. Apabila kita cari sesuatu kata kunci pasti kita akan buka entri di page pertama kan? Takkan nak buka page ke 10 pula kan? Logik laa..

Daripada pemerhati aku, blog yang mempunyai pageview yang tinggi adalah Blog Mesra SEO. Pageview sampai berpuluh ribu padahal follower sikit je. Ini buktinya SEO ini dapat meningkatkan jumlah pembaca. Berbeza dengan blog aku yang tak mesra SEO ini. Pageview aku rendah sebab entri aku tak ada kata kunci yang panas. Panas ni bukan bermaksud kata kunci yang lucah, tetapi kata kunci yang sering dicari oleh orang. Contohnya.." Katakan Hari ini Hari Raya. Jadi pada hari ini sudah pasti beribu-ribu orang akan taip kata kunci Hari Raya di internet kan? "

Tetapi aku tak kisah sebab mencari keuntungan di blog ini bukan tujuan utama aku berblog. Aku sudah cukup bersyukur apabila ada pembaca setia untuk blog ini. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong blog ini dari awal sehingga sekarang. ^_^.

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...