OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 16 December 2012

Kepentingan Memilih Nama Blog Dan URL Blog Sebelum Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Perkara paling penting sebelum buat blog adalah memilih Nama dan URL Blog. Kedua-dua perkara ini perlu difikirkan dahulu sebelum kita daftar sesebuah blog. Analogi kepentingan nama ini senang sahaja. Kita semua ada nama kan?. Nama ini akan diberikan oleh kedua ibubapa kita selepas kita lahir. Adalah menjadi Hak Anak dan kewajiban ibubapa untuk memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru lahir.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ia melambangkan identiti seseorang. Nama itulah yang akan dikenali dan menjadi sebutan sepanjang hayat hingga sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, makan seolah-olah mereka berdoa untuk anak tersebut. Sebab itulah pentingnya pemilihan nama yang sesuai untuk bayi mahupun blog.

Mempunyai URL blog yang baik amat penting kerana kita ingin orang lain mengingati nama blog kita. "Sekali masuk terus ingat.. Haa.. Macam tu". URL blog hendaklah simple supaya orang mudah nak ingat. Sekali sebut je orang dah tahu.. Seperti contoh, hasrulhassan, Google, Yahoo, Youtube dan banyak lagi. Jangan nak segan untuk guna nama sendiri sebab ramai blogger-blogger famous, popular dan berjaya menggunakan nama sendiri. Contoh paling senang BEN ASHAARI, LOKMAN RAMLI. Siapa tak kenal blogger ini kan? hehe.

Paling bagus jika Nama Blog dan URL ini seiring dan sejalan. Bukan setakat memudahkan orang mengenali kita sahaja bahkan engin carian pun menyukainya ( Mesra SEO ). Apabila orang taip nama blog, terus kita berada di tempat teratas laman carian. Suka kan? hehe. Kalau suka ambil perhatian tentang perkara ini.

Jangan jadi macam blog ini sebab apabila taip INFINITY, entah page ke berapa baru jumpa blog ini. Nama dan URL berbeza, jadi susahlah nak jumpa. Lagi mudah taip Lokman Ramli sebab saya akan berada di page pertama Google. Jangan tulis nama Lokman sahaja tau sebab korang tak akan jumpa saya di page pertama. Kenapa? haaa.. Sebab nama Bob Lokman amat famous. Artis, macam mana nak lawan kan? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...