OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 11 December 2012

Kesilapan Adalah Guru Yang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesilapan Adalah Guru Yang Terbaik

Semua orang buat silap.. Betul tak?? . Aku juga dah banyak kali buat kesilapan. Itu memang tak dapat dinafikan. Aku pernah buat silap besar sehingga aku kehilangan harta pertama milik aku, iaitu Motosikal EX5. Kesilapan aku adalah tidak mengunci motor tersebut dengan kunci kedua. Aku tinggal sekejap sahaja tetapi keluar je terus tak ada. Orang kata " Benda memang dah nak hilang. Apa boleh buat.".  Betul dah tu.. Dah takdir nak hilang nak buat macam mana. Cuma perasaan tak puas hati tu tetap ada sebab kecuaian aku antara menyumbang perkara tersebut terjadi.

Kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan sama ada kita sedari ataupun tidak. Tetapi dari kesilapan itu kita pandang lah dari sudut positif. Mana tahu, Allah ambil motosikal aku itu sebab nak lindungi aku dari kemalangan. Kuasa Allah, tiada siapa tahu kan?. ^_^. Aku cuma berharap orang yang mencuri itu dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah sebelum terlambat. Kalau nak ikutkan hati, kalau aku tahu siapa ambil motor aku tu, aku pukul je sampai mati. Tetapi Allah masih sayangkan aku. Sampai sekarang aku tak jumpa motor itu.

Waktu itu, mujur aku ada emak yang memahami. Emak aku lah yang bagi semangat kepada aku untuk menghadapi kehilangan yang besar itu. " Allah sedang menguji kesabaran kita ni. Sabarlah! ". Betul tu.. Memang kesabaran aku tercabar waktu tu. Penat-penat kumpul duit, last-last sekelip mata ia hilang. Memang tak tergambar perasaan waktu tu.

Kesalahan adalah guru yang terbaik buat kita untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dengan kesalahan ini, ada seribu satu hikmat di dalamnya. Kesalahan ini memberikan kita pengalaman yang tidak ternilai harganya. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kesalahan ini juga mengajar kita untuk lebih berhati-hati di masa hadapan. Apabila buat sesuatu, fikirlah.....

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...