OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 15 December 2012

Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan 2012, UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan

Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa (KKM) IPT Zon Selatan 2012

Pemadanan dan Peluang Perniagaan

Hari ini berlangsungnya satu Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Konvensyen ini bertujuan untuk melatih dan mendedahkan para pelajar mengenai penerapan elemen keusahawanan dalam diri serta menerokai segala peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada.

Program ini lebih berbentuk membangun dan membina perniagaan daripada kepelbagaian bentuk kluster perniagaan yang sedia ada. Projek ini diinisiatifkan daripada sebuah program dibawah Projek Mutiara Nasional atau PMN anjuran Persatuan Pedagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Banyak slot ceramah yang di adakan sepanjang program ini berlangsung seperti Ceramah dari wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( KPTM ) yang bertajuk seminar kerjaya keusahawanan. Di slot ini kami diperkenalkan dengan pemikiran sebenar tentang konsep usahawan dan kepentingannya. Selain itu, KKM juga menyediakan sesi forum peluang-peluang perniagaan dan bantuan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah rakyat ( MARA ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ), Perbadanan Nasional Berhad ( PNS ) dan juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ( TEKUN NASIONAL ).

KKM juga mengajar bagaimana membina sebuah perniagaan. Pembinaan perniagaan ini merangkumi pemasaran, kuasa internet, penjenamaan, pembungkusan dan pengurusan kewangan yang bijak dan efektif. Selain itu, ada juga segmen pemadanan perniagaan dan klinik usahawan bersama 50 rakan niaga dan 20 rakan pameran agensi kerajaan serta institusi kewangan.

Ilmu-ilmu yang dikongsikan perlu didengari sendiri daripada orang-orang yang pakar dalam dunia usahawan ini. Jadi jangan ketinggalan untuk menyertai konvensyen ini di masa akan datang..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...