OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 18 December 2012

Macam Mana Nak Tarik Ramai Orang Join Segmen, Giveaway Atau Contest Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Macam Mana Nak Tarik Ramai Orang Join Segmen, Giveaway Atau Contest

Sekarang ini semakin ramai blogger yang buat segmen, contest dan giveaway. Ada diantaranya yang menyediakan hadiah-hadiah yang mahal, seperti hadiah Domain.my Free oleh Blogger Innanie Ariffin. Hadiah seperti itu memang cukup menarik. Siapa nak hadiah ni cepat-cepat pergi ke blog tersebut. Tawaran masih dibuka sehingga hujung tahun ini.Ok, berbalik kepada topik kita yang sebenar.

Topik aku hari ini adalah macam mana cara nak tarik orang untuk join apa-apa segmen. giveaway atau contest yang kita buat. Ada banyak cara yang efektif untuk tarik orang. Antaranya adalah hebahkan di group facebook atau kita jemput sendiri rakan-rakan blogger kita dengan meninggalkan komen di blog diorang. Menyediakan hadiah-hadiah yang menarik juga cara yang berkesan.

Selain itu, salah satu cari lagi adalah buat segmen atau giveaway yang simple dan menyenangkan. Aku nak tekankan berkaitan hal ini. Simple dan Mudah!!. Bagi aku, bab syarat inilah yang titik tolak untuk aku join apa-apa segmen pun. Mudah dan simple bagi aku adalah setakat letak banner, follow blog tuan punya segmen, follow beberapa sponser blog dan tag kawan-kawan.

Yang aku tak suka adalah nak kena follow berpuluh blog sponser dan like facebook page. Setakat satu, dua sampai lima tu ok lagi la. Tapi kalau dah berpuluh nak kena follow, tak syok lah. Tambahan lagi semua syarat tu wajib kena buat. Kita buat segmen ini untuk orang lain join. Jadi kita kena tahu kehendak orang lain agar ramai yang berminat untuk sertai segmen yang kita buat itu.

 Seronokkan apabila ramai orang yang join segmen kita?? apa pendapat korang? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...