OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 17 December 2012

Maksud Jujur Mengikut Pandangan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Orang kata, " Berkata benarlah walaupun pahit ". Sejak kecil kita telah dididik oleh kedua ibubapa kita supaya sentiasa jujur dalam setiap perbuatan dan percakapan. Hal ini kerana perbuatan jujur akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu akan membawa kita ke arah syurga.

Mengikut pandangan ulama islam, jujur itu adalah kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat. Orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran islam.


Menurut Sayidina Ali, orang yang jujur akan mendapat 3 perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. Cuba lah kita jawab dengan menggunakan akal fikiran kita sendiri persoalan di bawah.

Pertama, adakah kita akan memberikan kepercayaan kita kepada seorang yang jujur atau orang yang suka berdusta( menipu ) ??

Kedua, bertambah ke rasa cinta kita apabila mengetahui pasangan kita tidak jujur dalam perhubungan? Tidak kah kita rasa tertipu?

Ketiga, adakah kita rasa hormat kepada seseorang yang sering menipu diri kita?

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...