OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 13 December 2012

Malaysia Lawan Thailand Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malaysia Lawan Thailand

Malaysia Lawan Thailand Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2012

13 Disember 2012, Malam ini Malaysia akan bertemu Thailand bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok. Misi malaysia adalah menang. Malaysia perlu menang perlawanan ini untuk melayakkan diri ke pentas final bagi mempertahankan piala yang dimenanginya pada tahun 2010.

Malaysia ada 2 jalan untuk pergi ke Final. Pertama, menang lawan Thailand malam ni. Kedua, menang melalui kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Tapi untuk jalan yang selamat, Malaysia kena menang malam ini. Baru boleh jumpa semula dengan Singapore yang telah pun mengesahkan tempatnya di final semalam  apabila mengalahkan Filipina 1-0.

Peperangan psychology telah pun dimulakan oleh Pasukan Thailand dengan layanan yang kurang enak. Tetapi harapnya layanan ini akan menjadi pembakar semangat kepada Harimau Malaya untuk membaham Gajah putih malam ini. Semoga berjaya Harimau Malaya..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...