OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 5 December 2012

Malware Dari NuffnangX

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malware Dari NuffnangX

Semalam ada kes gambar blog jadi hitam dan hilang. Sekarang ni pula ada kes blog dijangkiti Malware. Masalah blog dijangkiti Malware ini melibatkan ramai blogger. Aku buat blogwalking pagi tadi dan sebahagian blog tersebut terpapar amaran seperti di atas. Google mengesyaki penyebar Malware ini berpunca dari NuffnangX.

Aku nak ambil sedikit article dari blog http://www.azrijohan.com/.

Azri dalam postnya yang terbaru menyatakan NuffnangX sebagai punca Malware ini (http://www.azrijohan.com/2012/12/blog-dijangkiti-malware-nuffnangx.html). Dia menyarankan blogger-blogger yang hadapi masalah ini untuk membuang segala script daripada NuffnangX termasuklah iklan Nuffnang itu sendiri.

Jika tidak dibuang, mungkin akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap blog kita. Jadi sehingga masalah ini berjaya diselesaikan oleh pihak Nuffnang, baru kita letakkan script iklan itu semula.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...