OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 4 December 2012

Masalah Gambar Hilang Dalam Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masalah Gambar Hilang Dalam Blog, hitam

Hari ini ada dua Blogger yang hadapi masalah Hilang Gambar Dalam Blog. (Gambar di dalam blog jadi hitam seperti di atas.) Kedua-dua blogger yang menghadapi masalah ini adalah MAK DARA dan MARIA ELENA. Korang boleh klik nama Blogger tersebut untuk ke blog diorang.

Menurut salah seorang pembaca blog Kak Maria Elena, Scha Nur. Masalah ini berlaku apabila gambar di dalam gallery Google+ di delete.

Masalah Gambar Hilang Dalam Blog

Punca masalah ini masih belum diketahui secara rasmi. Jadi Scha Nur ada menasihatkan supaya jangan Synchronous Smart Phone kita dengan Account Blogger. Dikhuatiri gambar yang kita kongsi akan
hilang dan jadi hitam sebegini.

Mesti hilang semangat nak berblog apabila blog kita jadi macam ini kan? Jadi berhati-hati lah apabila mencuba benda yang baru. Kepada yang hadapi masalah ini, jangan cepat gelabah sebab masalah ini boleh diperbaiki. Cuma perlukan banyak kerja sebab kena upload balik gambar yang jadi macam tu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...