OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 29 December 2012

Menghampiri Tahun Baru 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Menghampiri Tahun Baru 2013

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2012 dan membuka pintu untuk menyambut tahun baru 2013. Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun berada di penghujung tahun 2012. Begitu cepat tahun ini berlalu kan?? ^_^

Tahun ini meninggalkan banyak kenangan kepada aku, lebih-lebih lagi sebagai seorang blogger. Macam-macam pengalaman yang aku timba dalam dunia maya ini. Daripada 0 tak tahu apa-apa, sehinggalah aku dapat hasilkan blog sebegini rupa. Tapi apa yang aku dapat ini hanya sedikit dari segala ilmu yang ada di dalam alam maya ini. Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari.

Setiap hari ada sahaja ilmu baru tentang perkembangan dunia maya ini. Daripada tips dan cara untuk meningkatkan prestasi blog hinggalah kepada berita-berita semasa. Semuanya diupdata seiring dengan masa yang berlalu.

Satu tahun aku mengembara dalam alam maya ini. Macam-macam yang aku lihat dan dengar. Tetapi apa yang aku lihat dan dengar itu hanyalah di satu daerah sahaja. Masih banyak lagi kawasan di alam maya ini yang belum aku terokai. Dunia maya ini amat luas. Terlalu luas sehingga kita tidak nampak di mana penghujungnya.

Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun ini akan lebih baik bagi kita dari tahun-tahun sebelum ini.

Terima kasih..salam dari pantai timur. 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...