OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 18 December 2012

My 1st Segmen : Blogreview By Polo

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

My 1st Segmen : Blogreview By Polo

Kita sekarang dah nak masuk tahun baru. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi untuk persediaan blog tahun depan, aku join segmen ini. Segmen Blogreview By Polo. Kenapa aku kata macam tu?? haa.. Sebabnya segmen ini menjanjikan satu tawaran yang menarik iaitu berada dalam Bloglist Blog BLACKFOREST selama setahun.

Bagi aku, tawaran seperti ini amat baik. Bukan senang nak masuk dalam bloglist sesebuah blog. Kita pun bukannya Blogger famous seperti Denaihati atau Fatin Liyana. Kalau blog kita popular seperti diorang, confirm-confirm tak payah buat entri bagai, sebab secara automatik kita akan meletakkan mereka dalam bloglist.

Apabila ada link dari sesebuah blog, kita akan mendapat faedahnya. Aku ambil satu sahaja faedahnya hari ini iaitu menurunkan ranking Alexa diseluruh dunia dan di dalam Malaysia. Sejak aku daftar dengan Alexa, aku asyik perhatikan naik turun ranking blog ini. Daripada 1 juta lebih, sekarang ni dah turun kepada 6 ratus ribu.

Jadi kalau korang rasa berminat, join lah segmen ini..

Aku tag semua yang baca entri ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...