OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 1 December 2012

Ngauman Harimau Mengoyangkan Sayap Garuda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

harimau baham garuda
Keputusan perlawanan bola malam ini amat mengembirakan buat kita rakyat Malaysia. Malaysia menang 2:0 ke atas Indonesia. Dari segi permainan, Malaysia boleh dikatakan bermain lebih baik dari sebelum ini. Benteng pertahanan Malaysia bermain dengan baik dan tidak membiarkan pemain Indonesia melepaskan mendapat gol.

Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan Azammudin Akil. Jaringan kedua menyusul selepas itu apabila Mahali Jusuli menyumbat gol cantik untuk melemahkan harapan Indonesia. Selepas ini Malaysia akan berjumpa dengan Thailand. Ujian yang lebih getir selepas ini sebab Thailand bukan calang-calang lawan. Silap-silap lenyek Harimau kena pijak gajah.

Apapun, tahniah buat pasukan Malaysia kerana membanggakan negara pada malam ini. Teruskan usaha dan buat yang terbaik untuk mempertahankan piala yang kita dapat sebelum ini. Kami disini menyokong Malaysia. " Busuk-Busuk Harimau Malaya Orang Kita Juga ".

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...