OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 17 December 2012

Penting Suara Ketua Di Dalam Sesebuah Kumpulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ketua

Hari ini aku nak berbicara sekejap mengenai Kepentingan Ketua dalam sesebuah Kumpulan atau Organisasi. Biasalah apabila belajar ada banyak tugasan, dan kebanyakannya adalah tugasan berkumpulan. Apabila berada dalam satu kumpulan, masalah banyak berlaku sebab masing-masing ada pandangan dan gaya hidup tersendiri. Jadi di sinilah pentingnya seorang ketua di dalam kumpulan tersebut.

Tugas utama seorang ketua adalah mengawal orang bawahannya. Tugas ini nampak sahaja mudah tetapi sebenarnya tanggungjawabnya amat berat. Ini kerana dia adalah tunjang sesebuah kumpulan. Bagus ketuanya, maka baguslah kumpulan tersebut. Ketua tidak semesti orang yang paling pandai dan bijak, tetapi seorang ketua adalah orang yang mempunyai daya kepimpinan yang paling tinggi dalam kumpulan tersebut.Daya kepimpinan inilah yang akan mengerakkan sesuatu kumpulan.

Ketua juga adalah orang yang akan membuat keputusan akhir sama ada idea itu boleh diterima atau pun tidak. Setiap orang ada idea tersendiri. Dalam banyak-banyak idea itu kenalah pilih yang terbaik. Jadi keputusan pemilihan itu terletak kepada seorang ketua dengan sokongan ahli kumpulan.

Setiap orang ada tugas masing-masing. Tidak ada orang yang duduk bersahaja dan menunggu projek itu siap. Disini ketua sepatutnya memantau perkembangan tugasan setiap anak buahnya. Ini bagi memastikan tiada ahli kumpulan yang ketinggalan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Takut nanti apabila dah sampai due date, kerja masih tidak siap. Yang kena bukan orang lain, ketuanya jugak.

Ada banyak lagi tugas seorang ketua sebenarnya. Kalau nak tahu, korang kena lah rasa jadi seorang ketua sesebuah kumpulan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...