OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 5 December 2012

Perkataan Punca Salah Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perkataan Punca Salah Faham

"Terlajar perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya". Rasanya ini lah berlaku pada aku. Kerana penggunaan kata yang salah, ada orang yang terasa dengan aku. Ada lah kawan seorang tu yang aku memang betul-betul jarang jumpa. Lebih tepat lagi tak pernah jumpa langsung selepas pertemuan dulu.

Dia tegur aku dari belakang.

Kawan  : Hey Lokman, lama tak jumpa.. ^_^

Lokman : Oh, abang!.. :)

Lokman : Baru habis kelas.. Ni baru nak makan.

Kawan  : Ooo.. Macam mana sekarang?

Lokman : Macam biasalah abang. Sibuk je memanjang.

Kawan  : :).. tapi dah lama tak jumpa kan..

Lokman : Tu lah.. Saya pun jarang-jarang je jumpa abang. ( muka dia berubah sikit )

Kawan  : Jarang-jarang ea..

Sampai sini aku perasan muka dia dah berubah. Aku terfikir, dia terasa hati ke?.. Salah ke aku kata jarang-jarang sebab aku memang tak jumpa dia dah lepas pertemuan dulu. Adakah sebelum ni dia selalu nampak aku?.. hai.. " aku silap kata jarang-jarang tu kot..". Mungkin dia fikir aku ni sombong sebab tak pernah tegur dia.. hmmm. Hanya Allah yang tahu.

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...