OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 19 December 2012

Pertukaran Domain Blogspot Kepada Domain.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

www.lokmanramli.my
Allhamdulilah.. Proses Pertukaran Domain daripada Blogspot kepada Domain.my telah berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada blogger-blogger yang banyak membantu terutamanya kepada cik Innanie Ariffin dan Jue Jaynee. Tanpa diorang semua, proses pertukaran ini mungkin tidak akan berjalan dengan lancar sebegini.


Untuk pengetahuan korang semua, pertukaran ini adalah Hadiah yang diberikan oleh pemilik blog coklateyes kepada follower-follower blog Cik Innanie Ariffin. Hadiah ini sangat menarik kerana kita dapat tukar domain.my secara percuma untuk masa setahun. Nilai domain ini sangat murah, Atau lebih tepat lagi domain paling murah dengan harga RM20 setahun.

Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan hadiah yang menarik ini adalah pergi ke Blog Coklateyes. Disini korang dapat baca bagaimana cara untuk dapatkan domain.my ini. Semua langkah dan tutorial pasal ini ada di blog tersebut. Perkara yang paling penting untuk dapatkan Domain ini adalah Baca Arahan dengan Teliti. Perkara ini sangat penting sebab kalau silap, kemungkinan korang tidak akan dapat hadiah yang menarik ini.

URL blog aku ini telah pun berjaya ditukarkan daripada http://lokmanramli.blogspot.com kepada http://www.lokmanramli.my. Kalau tak percaya lihat link di atas. Kalau rasa nak ada domain yang sememangnya menjadi milik kita, daftarlah sekarang. Peluang untuk pendaftaran hanya dibuka sehingga 25 December 2012. Segala pertanyaan ada dijawab di blog Coklateyes.

Klik gambar Cik Innanie Ariffin untuk dapatkan hadiah yang menarik ini.


Sebelum korang semua klik X kat tab atas tu.. Apa kata dengar dulu apa Pakar Perniagaan iaitu saudara Irfan Khairi katakan.. 


Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...