OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 21 December 2012

See U DI IPT - UNIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

See U DI IPT - UNIC

Untuk hiburan di waktu tengah malam macam ni, aku nak kongsikan sebuah lagu yang amat menarik buat kawan-kawan yang sedang bercinta di sekolah. Lagu ini mengisahkan percintaan dan janji yang dibuat oleh dua orang pelajar yang saling menaruh perasaan antara satu sama lain. Walaupun mereka ini mempunyai perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka ini lebih mementingkan kejayaan dalam pelajaran. Maka mereka buat janji, iaitu suatu hari nanti mereka akan berjumpa di ipt. Dengan berbekalkan ingatan dan semangat daripada guru mereka, mereka berjaya dalam pelajaran.

Lirik Lagu SEE U DI IPT




Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...