OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 14 December 2012

Segmen | Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog Popular 2012

Sifu aku dalam dunia Blog ini ada buat satu segmen yang bertajuk Blog Popular 2012 Pilihan Blogger baru. Syarat penyertaan mudah sahaja.. Blog yang mempunyai kurang 500 rakan blogger Google+ atau kurang 1000 follower sahaja yang dibenarkan menyertai segmen ini. En.Hasrulhassan ada menyediakan imbuhan wang tunai RM50 kepada peserta yang menyediakan entri paling menarik. Tarikh tutup segmen ini adalah 16 Disember 2012 jam 5 petang.

Blog Popular 1 - Bro Framestone

broframestone

Blog popular 2012 yang menjadi pilihan aku adalah Blog Bro Framestone. Bro Framestone ini seorang blogger yang peramah dan tak sombong. Tahun ini, dia melangkah ke alam baru dan menjadi milik Puan Nazirah. Harapnya kita dapat khabar gembira secepat mungkin. Mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kepada mempelai baru di atas.

Blog Popular 2 - Bicara Mak Dara

Mak Dara

Blog kedua yang menjadi pilihan aku adalah Blog Bicara Mak Dara. Apa yang paling aku suka pasal Mak Dara adalah dia sangat rajin balas komen. Apa-apa komen pun dia akan balas balik. Mak Dara juga antara blogger famous yang amat peramah. Blog Mak Dara ini juga telah memenangi anugerah blog terburuk. Mulanya aku ingat orang buat lawak sahaja. Tetapi apabila check balik, memang ada anugerah itu. Entah macam mana boleh dapat anugerah sebegitu. Anda tahu kenapa?

Blog Popular 3 - Ciktom

Ciktom
Blog yang terakhir menjadi pilihan aku adalah Blog Gadis Tomato. Blog Ciktom ini banyak kongsikan pasal resepi makanan seperti resepi kek, kuih muih, minuman, lauk pauk dan banyak lagi. Ciktom juga ada kongsikan tutorial blog dan tips blogging. Kalau nak tahu tips blogging yang berkesan dan cara mendapat first page search engine, aku syorkan korang follow blog Ciktom.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...