OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Datang 2013

Dalam keseronokan menyambut Tahun Baru 2013 malam ini.. Kita jangan lah sesekali lupa bahawa Allah itu sentiasa perhatikan kita. Malam ini kita jangan sesekali melangkau batas agama dan syariat. Menyambut tahun baru dengan berparti arak dan perhubungan haram itu adalah budaya barat. Jangan kita terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan akhlak itu.

Sambutlah tahun baru ini dengan ucapkan Allhamdulilah kepada tuhan yang maha esa kerana masih diberikan peluang kepada kita untuk terus beribadat kepada-nya. Ada ramai manusia yang tak sempat menyambut tahun baru ini kerada Allah lebih menyayanginya. Berdoalah kepada mereka, moga-moga mereka berada di dalam lindungan dan rahmat Allah.

Bagi mereka yang tak pergi ke tempat-tempat orang menyambut Countdown Tahun Baru 2013. Apa kata kita tengok video di bawah.


Happy New Year.. From Lokman Ramli

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...