OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 6 December 2012

Straight A, Itu Orang Yang Bijak Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Straight A, Itu Orang Yang Bijak Ke?

Terasa nak bincangkan topic Orang yang Bijak malam ni lah. Boleh tak??. Kalau boleh ,saya minta tunjuk ajar kalau ada silap dan salah. Maklumlah, saya ni bukannya orang bijak pandai. Saya cuma insan biasa yang menulis berdasarkan apa yang saya rasa. Jadi maklum balas kekurangan saya amat diharapkan.

Apabila sudah berada di Universiti ni, baru lah nampak siapakah yang sebenarnya bijak dan siapakah yang kurang bijak. Semua orang sebenarnya bijak, cuma yang membezakan tahap kebijaksanaan ini adalah kerajinan diri dan kelebihan yang dikurniakan Allah.

Hidup di Sekolah dan Universiti amat berbeza. Dapat result Straight A di sekolah bukan sudah bermakna orang itu bijak dan akan berjaya di Universiti sepertimana di sekolah. Tidak sama sekali!!. Disini, kerajinan dan kesungguhan mencari ilmu itu adalah penentu siapa yang bijak di kalangan kami semua. Disini juga lah kamu akan melihat fenomena orang yang bijak, jadi kurang bijak manakala orang yang kurang bijak jadi bijak.

Ada juga orang yang dilahirkan memang bijak. Orang seperti ini memang sudah diberikan kelebihan kepadanya berbanding orang-orang lain. Belajar sedikit je, tetapi daya pemahaman dia melebihi orang yang kuat belajar. Orang macam ni lah yang kita panggil "Genius".

Kesimpulannya, yang paling penting adalah usaha kita dalam mencari ilmu.Kita kena cari sendiri ilmu itu tanpa mengharapkan orang lain. Buang sikap malas dan gantikan dengan rajin. Insyallah.. akan berjaya.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...