OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 31 December 2012

Tahun Baru 2013, Blog Pun Mesti Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun Baru, Blog Pun Mesti Baru, Blog Berubah Wajah

Menjelang Tahun 2013 ini, aku buat perubahan sedikit pada blog ini. Hmm...?? rasanya banyak kot. Aku sudah ubah keseluruhan templete blog ini. Aku bukan tak suka dengan templete yang lepas tetapi saja-saja nak ambil angin baru. Hari-hari benda yang sama boring jugak. Jadi aku ubah kepada templete yang lebih simple.

Rasanya kalau tak silap, aku dah ubah templete ini sebanyak 5 kali. Dalam setiap template tu mesti ada gadjet baru yang aku cuba guna. Ada yang sesuai dengan blog aku dan ada yang sebaliknya. Tapi kalau kita takut nak cuba, sampai bila-bila pun kita tak tahu.. Betul tak??

Apapun tahun baru, azam baru, blog baru, awek baru.. ehhh..!! terlepas cakap. Aku belum bersedia lagi nak cari awek. Entah bila hati ini akan terbuka kembali. Lebih baik aku tumpukan kepada diri aku sendiri sebab yang ditakdirkan itu akan datang dengan sendirinya. Hmm.. Agak-agak nanti isteri cari aku atau aku yang perlu cari dia??

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...