OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 27 December 2012

Tak Semua Yang Kita Harapkan Akan Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak Semua Yang Kita Harapkan Akan Menjadi Kenyataan

Hidup ini tak seindah yang kita bayangkan. Bukan semua perkara yang kita rancang akan berjalan seperti yang kita harapkan. Kadang-kadang ada perkara yang mengejutkan berlaku kepada kita hingga kelu lidah untuk menjawabnya.

Dalam hidup ini, banyak perkara yang kita perlu ambil kira. Kita tidak boleh nak pentingkan diri sendiri. Segala kelemahan dan kesilapan itu datangnya dari diri kita sendiri. Jadi kitalah yang kena tanggung segala kesilapan itu. Kalau nak ikut hati, boleh sahaja nak bagi beribu alasan untuk selamatkan diri. Tetapi takkan kita nak salahkan orang lain kerana kesalahan kita sendiri.

Orang tersebut dah banyak tolong kita. Apabila sampai suatu masa, kita nak jatuhkan dia bersama-sama kita. Itu bukannya sifat seorang kawan yang baik. Lebih baik jujur sahaja dalam perbuatan kita walaupun kita merasa kepedihannya. " Jujurlah walaupun pahit ".

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...