OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 10 December 2012

Ujian Adalah Simbol Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ujian Adalah Simbol Kasih Sayang Allah


Setiap hari kita pasti akan menghadapi dugaan dan ujian dari yang maha esa. Sedar atau pun tidak, setiap masa kita sedang diuji. Bezanya adalah berat atau ringan ujian tersebut. Ujian dan rintangan yang menimpa kita itu adalah tanda dan simbol kasih sayang Allah kepada kita.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.

Buat insan yang sedang diuji dengan pelbagai ujian. Sabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Allah dengar segala kesakitan dan kesedihan kamu itu. Ingatlah ujian allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain, kita insan terpilih yang diuji olehnya. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Redha dan sabarlah supaya kita mendapat rahmat dan keredhaanya.

Terima kasih. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...