OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 29 January 2012

manusia

kali ni aku diuji dengan ujian yang amat berat. Terasa bebanan yang menimpa itu. Aduhai... Kenapa aku ni sombong sangat sampai tak dengar langsung nasihat orang. Aku ingat diri aku ni bagus tapi rupa-rupanya tidak. Terpaksa la aku terima akibat kesombongan aku ni. Hmmmm..

Banyak yang aku perlu buat untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku seperti dulu. Seperti masa muka aku masih muka yang suci lagi bersih dan mempunyai nur. Hehe.. Aku harap aku boleh bertahan dan tidak berputus asa kali ni. Berat juga apa yang akan aku lalui nanti. Doakan aku boleh bersabar dan terus bersabar.

Apabila aku dalam keadaan ini, aku dapat fikir banyak perkara.  Aku dapat nilai kekurangan dan kelebihan aku. Aku juga nampak hala tuju kehidupan aku. Banyak perkara yang aku ingat adalah pilihan yang tepat untuk dibuat, tetapi aku baru sedar yang ianya silap. Rupanya itu bukan jalan yang terbaik untuk diri aku. Aku juga dapati apa yang aku rancang semuanya tidak menjadi malah yang terjadi itu adalah bertentangan dengan apa yang aku fikirkan.

Aku ada terfikir tentang sesuatu perkara yang memeningkan iaitu pasal roh dan jasad.  Aku terfikir dimana letaknya roh dalam diri kita. Adakah ianya terletak di atas kepala atau ianya terletak di tengah badan kita? Atau pun menyeliputi seluruh badan kita. Puas aku berfikir di mana letaknya roh ini. Aku juga terfikir adakah roh itu yang mengawal jasad. Kalau macam tu kita ni tak ubah seperti robot. Badan sebagai teras manakala roh sebagai pemandu. Aku perlukan comment pasal ini. Kalau ada sesiapa yang tahu pasal ini kongsi-kongsi lah ilmu yang ada itu. Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 22 January 2012

Pentingkan diri sendiri

Bila direnung balik perkara yang aku telah buat dan rasa, aku ni seorang yang teruk. Agak menyedihkan keadaan aku sekarang. Aku terlalu ikut kata hati ni sampai tak nampak perkara yang benar-benar perlu aku lakukan. Asyik dengan tindakan yang membuta tuli je. Tak pernah nak fikir lebih jauh.

Aku ni banyak menyusahkan orang demi kesenangan diri aku. Boleh dikatakan aku ni agak kejam. Dalam fikiran ni penuh dengan tindakan negative. Jarang-jarang yang positive nya. Keputusan yang aku sering buat menampakkan aku ni belum matang dengan semua yang berlaku. Tak ada cukup keberanian untuk menetapkan apa yang patut. Asyik nak lari je dari medan pertempuran yang belum lagi pun bermula.

Setiap yang aku tempuhi adalah saat pembelajaran aku. Dan dari apa yang telah aku dapat aku dah buat satu keputusan iaitu aku tak nak tunjuk lagi kelemahan aku. Aku dah tak nak tunjuk lagi bahagian diri aku yang menyedihkan. Biarlah semua yang kenal aku tidak tahu apa yang telah berlaku melainkan dari pembacaan disini atau dari pertanyaan. Biarlah diri aku jadi seperti dulu. Diri yang penuh misteri untuk orang yang sanggup merungkainya.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 17 January 2012

Asyik tidur dan makan

Akhirnya aku dah ada di kampung. Entah apa yang aku nak buat sepanjang cuti ni. Aku dah try cari kerja kat tempat lama dulu, tapi tak ada kekosongan. Yang ada pun semuanya jauh. Aku dah la tak ada kenderaan nak bergerak. Jadi susah nak berulang-alik dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Kalau ada rezeki dari apa yang aku usahakan, aku ingat nak dapatkan kenderan untuk kegunaan di rumah dan untuk kegunaan ayah aku juga. Motosikal yang dah lama berjasa tu tunggu masa je untuk sampai ajalnya. Aku kasihan dengan ayah aku. Motor tu buat masalah saja. Keselamatan pun dah tak terjamin. Jadi sebelum apa-apa terjadi aku berhajat nak beli motor baru untuk ayah aku. Harap sangat dapat hasil dari apa yang aku usahakan.

Kalau aku masih tak buat apa-apa kat rumah ni alamatnya berat badan aku mesti naik punya. Apa tak nya, asyik tidur, makan, tidur, makan. Memang bertambah la inci kat perut aku ni. Aku nak bangun pun jadi malas sebab tak ada apa nak buat. Bosan, bosan. Kawan-kawan aku pun masih tak balik lagi. Duk sorang-sorang je. huhuhu.. Ok lah, sampai kat sini dulu ya. Nanti aku sambung balik jika ada apa-apa yang menarik.

Terima kasih.... salam dari pantai timur.


Friday, 13 January 2012

Selamat tinggal asrama murni

Hari ni hari last aku kat asrama murni. Rasa excited dah nak balik rumah ni. hehe.. Rindu kat keluarga dan rindu kat anak-anak gadis kampung aku. haha. Dah lama tak ushar diorang. Untuk hari ni aku tak nak fikir  pasal exam yang lepas. Dah nampak jelas result yang akan aku dapat. hmmm.. takpe lah. Usaha dah pun usaha. Tawakal je lah. Apa-apa pun balik tetap balik.. hehe.

Aku tak ada plan lagi nak buat apa cuti nanti. Hmm. Nak kerja.. tapi kerja apa yang ada eh? . Kerja kat sabasun pulak. .................... boleh jugak. Tapi pilihan yang last la sebab aku nak rasa pengalaman bekerja dari banyak bidang. Dah ada pengalaman yang banyak senang sebab sekarang peluang pekerjaan pun amat terhad. lagi-lagi orang yang macam aku ni. Result dah la rendah, speaking hancur. Sapa la nak terima jadi pekerja. Apa saja yang ada, aku akan sambar.

Banding belajar dengan bekerja.. Aku lebih suka bekerja, walaupun kerja itu sangat berat seperti buruh binaan. Aku pernah ikut ayah aku pergi kerja. Jadi aku ada pengalaman dalam bidang itu. Rasa penat tu jangan kira lah. Terlalu penat dan sakit. Aku jenis yang rajin bekerja. Jadi hasil dari kerja itu, aku sakit pinggang. Sampai sekarang sakit tu tak hilang. Dia akan datang sekali sekala. Sakit jangan kata la. Yang paling susahnya bila nak sembahyang sebab tak boleh nak rukuk. Seksanya time tu. Tapi aku masih lagi suka bekerja dari belajar. Aku lagi pandai buat sesuatu yang practikal dari jawab soalan atas kertas.

Sedikit pasal blog ini...Masa kat rumah nanti mungkin aku jarang-jarang je post sesuatu kat sini. Aku tak ada capaian internet kat rumah jadi susah nak post setiap hari. Tak apa kan? Orang kata perkara yang menarik kena bagitahu perlahan-lahan baru syok. hehehe..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 12 January 2012

Final yang paling teruk

Akhirnya, habis juga final exam. Aku tak tahu nak melonjak gembira atau tidak untuk balik ke rumah. Aku balik esok ke KT. Aku rasa balik rumah kali ni memang balik terus. Rasa tak lepas je sem ni. Hmmm... Terasa sakit juga la. Tapi aku dah bagitahu awal-awal lagi. Aku akan terima apa jua kemungkinan yang berlaku. Hai.. Kepala duk fikir masa depan je ni.  Nak buat apa la lepas ni...???

Wednesday, 11 January 2012

luahan hati seorang lelaki

Hmm.. cinta yang pertama memang sukar untuk dilupakan. Aku pernah kata aku mampu bertahan. Tapi pengalaman menidakkan jawapan yang aku bagi dulu. Aku tiada pengalaman dalam hal ni. Semuanya baru bagi aku. Semuanya terlalu indah sehingga aku lupa beberapa perkara yang penting.

Keadaan aku sekarang seperti orang yang berada ditengah-tengah jalan. Sesat dalam perjalanan walaupun jalan tersebut tiada liku. Seperti orang yang tengah makan, nak telan tidak boleh, nak luah lansung tak terdaya. Kadang-kadang nak je aku lari dari semua ni, tapi itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Apa aku buat hanyalah bertahan, bertahan, bertahan sampai datang suatu keadaan yang mengubah semuanya. Aku menanti masa itu dengan sabar.

Apa yang aku tunggu tu adalah jalan yang terbaik bagi semua pihak. Aku nak situasi yang win,win. Situasi yang memberi keuntungan bagi kedua-dua pihak. Aku cuba untuk menjadi kawan yang terbaik. Jadi aku akan lakukan apa yang boleh untuk menjaga hubungan ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Tuesday, 10 January 2012

Dikala hari yang mendung dan berangin

Tiba-tiba je terfikir pasal kematian. Bila merenung langit gelap dan pepohon yang ditiup angin, timbul rasa takut memikirkan keadaan di akhirat sana. Ya lah.. Dosa-dosa yang telah terkumpul tak kira sama ada sengaja atau pun secara tak sengaja sangat lah banyak.

Manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpun di suatu tempat yang dipanggil padang mahsyar. Disitu lah manusia akan menunggu untuk dhisab segala amalannya. Dengan lautan manusia, jin dan syaitan bayangkan lah keadaan kita masa itu. Kalau kita ada dosa dengan orang dan tidak sempat memohon maaf di dunia, maka kita kena mencari orang tersebut di akhirat nanti. Dalam keadaan sebegitu, aku terfikir macam mana nak cari orang tersebut. Kat sana bukannya ada telefon untuk tanya, "Hello! ada kat mana ni?"..Kalau guna logik akal nampak macam hampir mustahil nak jumpa. Beratnya dosa dengan manusia ni.

Oleh sebab itu, dikesempatan ini aku memohon maaf atas segala silap dan salah aku. Halal kan segala makan dan minum aku. Jikalau ada hutang tu bagitahu lah sebab aku kadang-kadang lupa pasal ini. kalau betul ada alangkah baik jika dihalalkan saja. Hehe.. Bukannya apa, kita tak tahu bila ajal kita tiba. Selagi ada peluang, kita gunakan lah sebaik-baiknya.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Introduction to dota

Good morning everybody.. Today the weather is rainy.. Right? hehe. . Last night, my friends reading this blog and suggest to me that it will be nice if i wrote about games. hmmm... So we had a talk and lastly i decided to start writing about the games we all play, DOTA or its long name, Defense of the Ancients..Here are the introduction about the games.

DotA is set up as an epic, ten player battle that takes place over the course of about an hour-long game.  There are ten players at a time, split into two teams of five. Each player takes control of one hero, and the teams fight it out across the battlefield with the help of computer controlled units and structures until one side destroys their opponents' Ancient. The Ancients are heavily defended structures situated in the middle of each base.

There are several places you can play the game with others. Blizzard's Battle.net service is a good place to start; there are always plenty of DotA games going on at all times which are open to everyone. The second place is in private leagues and servers, which you can sign up to participate in. The third popular place for playing DotA is LAN cafes and other local gaming hotspots. A lot of cafes have very active DotA communities, so if you want to have fun and meet some new people you should definitely check them out. DotA is a team game, so if you have friends who are interested in playing or already play, forming a team of friends can be a lot of fun and take the game to a whole new level.

For more info about the games, you can go to http://www.playdota.com

Thank you.. salam dari pantai timur.


Monday, 9 January 2012

Alih-alih dah pukul 3 pagi..

Pukul 3 pagi...hmmm.. Apa aktiviti yang sedang berlaku pada masa ni ya?.. Rasanya ramai yang dah tidur pada masa ini. Biasa lah dah malam kan..hehe..Tapi ada juga yang baru bangun dari tidur. Bangun untuk melakukan solat sunat malam atau pun lebih dikenali sebagai solat tahajjud. Solat malam mempunyai banyak fadilatnya. Antaranya ialah:


1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.



Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula  simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Betapa besarnya fadilat solat malam ini..hmm. Aku akan cuba untuk bangun dari tidur dan melakukan solat malam selepas ini. Moga-moga aku menjadi orang yang rajin dan mendapat keampunan dari allah.

pukul 3 pagi... Semua orang melakukan hal masing-masing.. dan aku?
Aku tengah fikir masa depan, apa yang akan terjadi pada aku selepas ini...hmmm..~~~~

Terima kasih. Salam dari pantai timur...

Sunday, 8 January 2012

Indahnya berkawan

Assalamuailaikum.. Hari ini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak keindahan dalam berkawan. Seperti yang semua sedia maklum, tak ada siapa pun yang boleh hidup berseorangan di dunia ini. Tuhan kita yang satu iaitu Allah telah menjadikan kita mempunyai rasa saling memerlukan antara satu sama lain. Dia telah menjadikan manusia mempunyai dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Maka, carilah seramai kawan yang mungkin di dunia ini. Dalam ramai-ramai itu mungkin kita akan menemui kawan yang sejati.

Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh kita saling mempercayai dan saling berharap. Mencari kawan yang sejati bukannya senang, ianya seperti mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami. Betapa susahnya untuk mendapat kawan sejati. Kawan sejati juga adalah kawan yang boleh kita kongsi segala rahsia kita. Kawan sejati juga adalah tempat luahan segala apa yang kita pendam selama ini. Berkongsi rasa tersebut adalah lebih baik dari memendam dalam hati. Tapi kita kenalah tahu dan yakin bahawa orang yang kita kongsi rahsia dan luahan hati kita adalah orang yang jujur dan berpegang teguh pada amanah dan janji. Kalau tersilap memilih kawan, kita yang akan merasa padahnya nanti. Jadi hati-hati dalam memilih kawan.

Masa kita bersedih adalah masa yang paling kita lemah. Emosi akan mudah mengawal perasaan kita masa itu. Macam-macam yang akan kita buat dan rasa masa itu. Tapi yang pasti, kita akan mencari orang yang boleh mendengar luahan kita. Biasanya yang pertama kita cari adalah emak atau ayah kita. Mereka adalah rujukan kita yang mula-mula sekali. Tapi bagi yang berada jauh di perantauan seperti aku, susah untuk kita hubungi keluarga hari-hari dan bagitahu apa yang kita rasa. Jadi orang yang paling rapat dengan kita masa ini adalah kawan. Kita boleh je berkongsi apa yang kita rasa dengan mereka. Tak payah malu atau segan kerana mereka adalah kawan kita.

Kawan tak semestinya sesama jantina sahaja. Boleh je kalau nak berkawan dengan berlainan jantina pun. Tak salah langsung. Cuma kena jaga la adat pergaulan. Tak boleh main-main atau bergurau seperti mana sesama jantina, Persentuhan kulit antara yang bukan mahram pun dah kira berdosa. Jadi kenalah jaga semua itu. Sebenarnya kalau semua nak tahu, kawan yang berlainan jantina lah yang paling mudah untuk memahami kita. Kita lagi mudah nak meluahkan dari hati ke hati pada mereka. Orang yang mempunyai kawan macam ini akan dapat merasai kelainannya daripada kawan sesama sejenis. Jadi cari lah kawan sebanyak mungkin. Mana tahu dalam banyak-banyak tu mungkin ada jodoh kita. hehe.

Terima kasih.. Salam dari pantai timur .

Saturday, 7 January 2012

kasih kekasih

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

Incomplete

Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you within me I can't find no rest
Where I’m going is anybody’s guess

I tried to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It's written on your face
but You still wonder if we made a big mistake

Chorus:
I tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've prayed for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be , incomplete

Bridge:
I don't mean to drag it on
But I can't seem to let you go
I don't wanna make you face this world alone
I wanna let you go..........

Chorus:
I've try to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've pray for this heart to be unbroken
But without you what I'm going to be is, incomplete...

Incomplete....

kecewa

Apa yang telah berlalu, biarkan ia berlalu. Jangan diingat lagi perkara yang memeritkan itu. Teruskan lagi perjuangan yang masih berbaki lagi. Alang-alang dah buat biarlah sampai ke penghujungnya. Sebanyak mana kamu usaha, sebanyak itu lah yang akan kamu dapat.

Thursday, 5 January 2012

katil

 Study petang-petang macam ni memang mengantuk. Dah la subject tu banyak membaca, lagi la bertambah mengantuk ni. Hai.. Dalam mengantuk macam ni ada je yang mengoda aku. Bukan main hebat lagi dia goda sampai kadang-kadang aku sendiri pun kalah. Dengan kelembutan belaiannya, dengan ketenangannya mana la tak kalah. Berat nanang. Ada masanya aku sendiri tak sedar berada dalam belaianya. Langsung tak ingat masa mana aku landing atas katil ni. Sedar-sedar dah bangun dari tidur. hehe.

Wednesday, 4 January 2012

What are positive and negative effect of online games?

           The influence of technology in the field of gaming is growing at a rapid pace. As computer and video games increases exponentially over time, they have cause significant impact in popular culture. Video games culture evolved in time and have connection with internet culture. Therefore, one can see the impact of computer and video game in this time. The most popular video games now days are online games. Online games are to believe have positive and negative effect on person, mostly in children.
            Psychologists, child expert and scientists believe online games actually beneficial to growing children. They are essential in making children smarter and teach him high level of thinking skills that he may need in future. Online games also provide a good exercise for the children brain. They need to abstract the games and thinks a way to complete the games. Skills of problem solving and logic, following instruction, hand-eye coordination, math skills, and spatial abilities are needed to win a high level games. Online games also teach children resource management and logistics, multitasking, and quick thinking. This games is a great mind exercise and help kids explore many new things. Research show the children who played more gemes were active and had sharper minds than their other counterparts.
            Online games enable children to make fast analysis and quick decision. His sense must be well-coordinated in order to control his character and do multiple movement in the games. They also help children to develop in better reading and math skills; as well as, perseverance, better memory, logistics, and strategy-making. Certain games are very beneficial because it give informal training and background of games. For example, in games such as flight simulation. The children became familiar with the part and control of airplane. This is because the part are modeled to the real part in the airplane. This games are instrument to introduce a children to computer technology and internet. These high gadget is needed to keep up with the fast development of the world. Online games make the learning more fun and be the way for children to release their stress.
            Online games are beneficial but they also have its bad side. This is mainly because most video games are addictive and typically about violence and fighting. Majority parents thinks this game rot the children mind and promote violence among them. This game also are blamed for the anti-social, weird, rude and drastic behavior of some children.Today, the day are gone when children loved to involved in outdoor activities, rather running and playing outside children mostly spend most of their time playing online games. Online games also receive much negative critics because often coined with issue such as mindless entertainment, enhanced social recluse, sexism, and consumerism.
           Research show that, kids play violent video games have an increase in emotional arousal and corresponding decrease of activity in brain areas involving self-control, inhibition and attention. From the research, the brain scan showed a negative effect on the brain of the kids who played ultra-violent games for 30 minuter. Some of video games also lead to aggressive behavior others lead to aggressive thoughts. There also correlation between depression and playing computer games. Some psychologists and parents have criticized video games because the believe games cause their children sit alone in front of computer for many hour and interacting with a machine. They also claim that video games is more addictive to children than TV and therefore more likely to isolate them socially in this way.






Tuesday, 3 January 2012

Berdebar

Tinggal beberapa detik saja lagi untuk jawab final exam. Haiii.. Berdebar hati ni. Tuk tak tuk tak. Rasa tak senang duduk je. Walaupun dah banyak kali amik exam, tapi rasa berdebar tu tak pernah berubah. Hairan sungguh. Orang kata, alah bisa tegar biasa. Tapi ayat tu tak guna pun sekarang. Tetap rasa bisa tu walaupun dah biasa. hehe. Apa pun exam ni aku kena buat yang terbaik. Jadi sampai disini saja lah dulu. Nak study skit lagi. Mana tahu dapat membantu. HEHE

Sunday, 1 January 2012

Selamat pagi

Hai semua. selamat pagi..Kita telah pun menjejakkan kaki di tahun yang baru ini. Allhamdulilah kita masih diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia ini dan juga untuk melakukan ibadah-ibadah yang akan memberatkan timbalan amal baik kita di akhirat nanti. Marilah kita mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kita lakukan tahun lepas. Ambilah iktibar dan pengajaran dari setiap kesilapan yang berlaku agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tahun ini, aku akan terus menabur bakti di dalam blog ini selama yang mampu. insyallah. Aku akan cuba meletakkan nota-nota dari pembelajaran aku mulai sekarang. Aku akan siapkan semua nota tersebut sehingga bab yang terakhir. Moga-moga ianya akan membantu insan-insan yang memerlukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...