OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 28 February 2012

Aku takkan gagal lagi..

Keadaan aku tadi macam duduk dihadapan naga seperti diatas.. Seperti nyawa diambang maut je.. Aku tak nak cakap panjang hal ni... Apa yang dah berlalu adalah dari kesilapan aku..Yang berlalu tu biarlah berlalu.. Dah terlambat untuk ubah semua itu.. Jadi apa yang aku boleh buat sekarang adalah belajar bersungguh-sungguh.. Dan aku takkan gagal lagi dalam mana-mana subject yang aku ambil.. insyallah aku dapat buat.. Aku kan seorang yang bijak..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
 

Temuduga

Hari ini aku ada temuduga untuk permohonan zakat bank Islam.. Aku isi borang pada sem lepas dan allhamdulilah.. Aku antara orang yang terpilih menjalani fasa kedua.. Temuduga.. Aku harap aku berjaya melalui temuduga yang dijalankan di Meeting Room FKE dengan cemerlang.. Amin..  Aku harap sangat aku dapat bantuan tu.. Ptptn pun belum masuk lagi jadi tengah sempit ni.. Aku tak nak mintak duit dari makayah aku.. Diorang dah banyak habiskan duit buat aku..  Aku dah tak nak minta duit lagi dari makayah aku.. Sekarang masa aku untuk menghabiskan duit untuk diorang plak.. Jadi aku tak boleh gagal..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
 

Sunday, 26 February 2012

Sekitar MITC Melaka.

Jom heboh yang di anjurkan oleh media prima sedang berlangsung sekarang untuk majlis penutupnya.. Jom heboh yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 25 hingga 26 iaitu hari ini akan menutup tirainya.. Pelbagai gerai jualan yang ada disini.. Dari makanan sehingga pakaian.. semua ada.. Tidak ketinggalan juga artis-artis yang turut memeriahkan karnival jom heboh ini.. Disini ada sedikit gambar aku bersama-sama kawan-kawan melawat tapak karnival...


Selain itu, yang menarik perhatian aku dan kawan-kawan adalah PC EXPO yang berlangsung di mitc melaka.. Aku berkesempatan membeli barang-barang komputer seperti cooler dan headfon dengan harga yang berpatutan..hehe.  

Aku juga ingin kongsi gambar aku posing bersama kereta TAKASIMA.. Bila la aku boleh beli kereta macam ini.. hehe..


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saturday, 25 February 2012

Damai yang hilang





Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Buat seseorang yang degil sangat.. ^_^

Assalamualaikum.. apa khabar?.. semoga sihat-sihat selalu.. Jaga kesihatan diri baik-baik.. Kalau sakit terlalu sangat, makan lah ubat... Yakinlah yang ubat itu boleh menahan rasa sakit itu dengan keizinan allah.. Jangan degil sangat dan dengar apa yang dikatakan ni..

Kita berdua sedang melalui masa yang sukar.. sabar lah banyak-banyak ya.. SABAR... Walaupun perkataan itu terlalu biasa didengar tapi dengarlah sebab lepas ni perkataan itu yang akan menjadi kerinduan kamu.. sebab ia datang dari mulut ini.. Dari suara ini.. dan juga dari rupa ini.. Orang kata ada tujuh orang yang serupa dengan kita kat dunia ini.. Tetapi sebenarnya tak ada siapa pun yang sama dengan kita.. Kita adalah diri kita sendiri.. orang lain tidak boleh melakonkan watak diri kita.. 

Kamu tebalkan lah hati itu... Jangan menangis sorang-sorang lagi.. Ada ramai lagi yang boleh kamu jadikan sandaran untuk saat-saat itu.. Sebenarnya orang tersebut boleh tahu jika seseorang itu menangis tetapi ada kalanya dia tidak tahu untuk bertindak dalam situasi itu.. Bagi saya, Cara yang terbaik adalah mendengar sahaja apa yang si dia ditangisi.. Lepas itu baru tanya apa masalahnya.. Tanya lah dengan cara yang paling lembut, jangan naikkan suara..  Tapi ini hanya pendapat, kamu lagi mengetahui kan.. ^_^ .. kalau kamu ada masalah jangan segan silu untuk bagitahu.. kitakan sahabat sejati.. sahabat sehidup semati.. Itulah sifat sahabat..

Yang dah berlalu tu biarlah berlalu.. Jangan diingatkan lagi.. Jika kita berpeluang berjumpa semula, jangan jadikan apa yang terjadi sebagai alasan untuk mengelak dari satu sama lain.. betulkan jika saya ada salah kata.. Saya tahu awak ada disini sentiasa.. Sentiasa ingin tahu walaupun hati tidak sanggup untuk mengingati..

Terima kasih.. salam dari pantai timur..


Sutera kasih


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Akrab persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua...

Friday, 24 February 2012

Kenapa orang yang putus cinta tidak boleh bersendirian....

Bila dah kena batang hidung sendiri baru aku tahu.... Aku baru tahu kenapa orang yang putus cinta cepat sangat cari pengganti... Semuanya adalah tentang keindahan dan keseronokan cinta.. Oleh sebab kita tidak hendak rasa itu hilang, kita terus cari pengganti yang lain...Kita tidak boleh hidup sendirian.. Itu yang pasti.. Betul kata orang,....Apabila timbul rasa cinta, hati kita akan berbunga-bunga dan penuh dengan kebahagiaan.. Bagi yang baru first time merasa cinta pasti tahu yang saat itulah saat yang paling indah dalam hidup.. Sebab itu cinta pertama adalah cinta yang paling sukar dilupakan..

Bila dah merasa kebahagiaan itu, sampai masa nak tinggalkan perasaan itu amat susah.. Kita amat sayang untuk melepaskan rasa yang ada pada masa itu.. Kita tahu yang kita akan merindui waktu-waktu kita masih bersama-sama si dia.. Walaubagaimana pun kita perlu jua tinggalkan perasaan itu untuk kebahagiaan dia.. Si dia pasti bahagia tanpa ada sesiapa yang menganggu hubungan dan menyoal perasaan dia sebenar.. Aku percaya pada teman dia.. kebahagiaan dia adalah yang paling utama bagi aku.

Sekarang aku perlu menutup hati aku untuk menerima sesiapa pun dalam hidup... Aku perlu menutup ia supaya hati ini tidak merasa sayang pada seseorang diwaktu yang salah. Sekarang waktu aku mencari ilmu.. waktu yang aku tidak boleh gagal.. Hmm... Bila nampak aku tulis semua ni nampak sangat aku tengah desperated kan.. Biarlah aku nampak macam tu dalam blog ni sebab tujuan penubuhan blog ini adalah untuk aku meluah apa yang aku rasa.. Tapi aku masih lagi boleh bersabar.. Insyallah.. Baru aku tahu walaupun tidak official jadi couple, tapi apabila hati dah merasa cinta.. Kita perlu berpisah seperti orang yang couple.. Ini ilmu yang aku baru belajar.. Sepatutnya aku buat dari dulu lagi kalau ini lah keadaannya.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 23 February 2012

..Cinta aku..

The End

When you love someone, you need to fighting for her love..

The somebody told me.." when you really love someone, you need to fighting for her love".. I really agreed about what he say.. But if you want to fight, you need something that will make sure you will win.. You really need to be prepared for the fight.. For my case sacrifice is the better choice.. Sometime making sacrifice is lot better then fight with out any ammo.. So, when the time is right, i will be a good fighter too when i fully prepared.. Thanks..

Keputusan terakhir.. Laluan yang aku ambil sebagai seorang lelaki..

Rasanya cinta diantara kami dah dikorbankan untuk kebahagian masing-masing.. Aku nampak dua jalan dalam hidup.. Satunya adalah jalan yang membenarkan aku menjadi seperti diri aku sebelum ini.. Dan yang lagi satu adalah jalan yang menbenarkan aku terus melangkah tanpa berhenti.. Aku diberi pilihan untuk memilih antara dua jalan tersebut..

Hmmm... Aku mengaku rasa kasih dan sayang aku pada dia masih tidak berubah sama sekali.. Tetap sama walaupun ketika ini.. Sebab mengapa orang lihat aku dah hilang rasa sayang itu adalah kerana aku menahannya daripada keluar.. Tak kira dari mulut atau pun perlakuan.. Semuanya aku kawal.. Macam yang kawan aku cakap, aku sekarang ni banyak memendam perasaan.. Tapi aku rasa memendam perasaan hanya akan memburukkan keadaan.. Yang paling terseksa adalah jiwa aku.. Jadi aku terpaksa mencari seorang kawan yang boleh dipercayai untuk melepaskan rasa tersebut.. Seorang kawan yang boleh mendengar luahan hati aku dan menemani aku diwaktu aku sangat lemah..  Hanya dia seorang saja yang tahu macam mana keadaan aku waktu itu..

Bagi orang yang amat saya cintai walaupun cinta itu terpaksa dilepaskan sepenuhnya tanpa rela......

"Saya minta maaf kalau buat awak terasa".. Bukan niat saya nak buat awak macam tu.. Walaupun awak lebih memahami diri saya tetapi saya tidak boleh meluahkan rasa ini pada awak.. Itu akan mengeruhkan lagi keadaan... Saya tahu awak memang terasa hati sangat-sangat pada saya, tetapi maaf saya tidak dapat meluahkan perasaan itu bila bersama awak.. Awak pun dah bagitahu saya yang rasanya semua ini patut berakhir.. Saya tak nak awak berasa bersalah dalam apa jua hal diantara kita.. Saya yang banyak bersalah sebab tidak matang dan sangat kebudak-budakkan.. Saya juga langsung tidak berpengalaman dalam menangani hal ini.. Jadi apa yang boleh saya katakan adalah...

"kita bawalah diri ke haluan masing-masing supaya awak tidak rasa bersalah lagi".. kalau awak masih terasa, saya rasa saya perlu hilangkan diri dari hidup awak.. Niat saya dari dulu adalah tak nak buat awak terasa hati dengan saya walaupun sedikit.. Tapi rasanya saya terlalu lemah dan gagal untuk buat semua itu.. Saya tak layak untuk membahagiakan awak.. Orang yang disamping awak lah yang lebih layak dari saya..

Jadi kesimpulannya, Aku dah buat keputusan... Jalan yang patut aku lalui adalah jalan yang menuju ke hadapan, bukannya berpaling ke belakang.. Semua yang lepas dah menjadi sejarah silam bagi aku.. Ingin aku katakan ini buat kali yang terakhir.. Persahabatan yang ada antara kita tidak akan putus walau datang apa jua keadaan..Itulah yang pasti.. Dan sebagai seorang sahabat, jangan lah ada permusuhan sesama kita.. Jadi lah seperti waktu dulu.. Waktu yang kita saling tolong-menolong dan saling bergurau-senda sesama kita.. Waktu itu lah waktu yang paling mengembirakan aku.. sekian terima kasih.. T_T

Salam dari pantai timur.................

Wednesday, 22 February 2012

Sentiasa ingat yang parking kereta sekarang bukan free...

Fuhh... letihnya.. Satu petang duk jalan-jalan kat Dataran Pahlawan.. Aku pegi sana dengan kawan-kawan.. Tujuan pegi sana hanyalah nak tebus Bauncer Buku 1Malaysia tapi tak ada buku yang sesuai kat sana...  Jadi lepas tengok buku kitorang round lah satu dataran tu tengok barang. Banyak barang yang berkenan dihati tetapi putih mata nak beli disebabkan harga.. Mak oi.. Harga barang tu sama dengan harga makanan aku untuk 2 minggu.. Mahal tu.. Tak jadi nak beli.. Aku sempat beli jam baru... Jam murah je, tapi cukup lah sekadar dapat tahu masa.. Jadi lah.

Yang menjadi tajuk utama cerita ini adalah kitorang kena saman oleh majlis bandaraya melaka.. Kitorang kena compound Rm30 sebab tak bayar kupon... Yang jadi tak puas hati adalah papan tanda parking berbayar tu jauh sangat.. Jadi bagi orang yang macam kami, orang luar dari melaka.. manalah kitorang tahu pasal ni.. kitorang mengaku bersalah dalam hal ni tetapi tetap ada rasa tak puas hati.. Bagi pihak yang bertanggungjawab, alert lah sikit.. Alih la papan tanda tu kebelakang atau pun tambah yang baru.. Kalau kami tahu tempat itu berbayar, kami takkan suka-suka hati je parking kat situ. Kami pun tahu peraturan juga.. Tempat itu adalah tempat yang dikunjungi orang ramai.. Jadi sebagai pengguna saya mohon pihak berwajib alert pasal ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
 

Tuesday, 21 February 2012

Kelebihan solat subuh

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat subuh mengandungi banyak kebaikannya. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Waktu Subuh juga adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 20 February 2012

Hasad Dengki

Bila aku explore blog orang lain timbul rasa dengki dalam diri aku.. Aku dengki sebab bila dibandingkan blog aku ni dengan blog diorang, jauh sangat beza. Aku banding dari segi persembahan cerita atau informasi yang disampaikan. Aku dapat hanya 3 bintang daripada 5 bintang. Itu perbezaan yang sangat besar. Nampak sangat mutu penulisan aku masih jauh ketinggalan.

Aku tulis setiap perkataan disini adalah berdasarkan percakapan aku sendiri. Mungkin ada ayat yang tunggang-langgan dan salah dari segi penulisan Bahasa Melayu. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku cuba untuk menulis se original yang mungkin. Iaitu semuanya datang dari aku, bukan copy paste daripada orang lain. Aku ingin kekalkan ciri-ciri yang membolehkan orang mengenali diri aku. Bila seseorang baca ayat macam ni terus dia dapat pandangan awal tentang diri aku. Itu lah yang aku kehendaki.

Hasad dengki adalah satu sifat yang tidak baik.. Ianya boleh menjurus kita kearah yang salah. Tersilap langkah je kita boleh terus menjunam jatuh ke arah dosa. Banyak perbuatan khianat datang dari rasa dengki. Apabila tengok kejayaan orang lain, kita mula dengki dan memikirkan cara untuk menjatuhkan kecemerlangan orang tersebut. Perkara ini sangat teruk. Adakah anda semua tahu kesempurnaan iman hanya dapat dicapai apabila seseorang itu menyukai kejayaan yang dicapai oleh kawan atau saudara-saudara kita sama seperti kita yang mendapat kejayaan tersebut tanpa rasa dengki.

Kawan-kawan semua.. Sama-samalah kita muhasabah diri sendiri. Jangan lah kita dengki seseorang itu sehingga tahap ingin menjatuhkan orang tersebut. Dari rasa dengki itu kita cubalah kenali kelemahan diri kita sendiri. Jangan tuduh orang lain jika diri kita gagal. Daripada rasa tersebut, kita juga boleh terus berusaha untuk berubah dan terus berubah untuk menjadi lebih baik. Bagi blog aku, aku jadikan blog orang lain sebagai inspirasi bagi memantapkan blog ini. Semoga aku terus berada di jalan yang betul. Kalau aku tersesat atau terbabas dari matlamat sebenar tolonglah bantu aku berdiri di jalan yang benar..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 19 February 2012

Fighting!!!!!!

Aku mengharapkan sedikit kekuatan untuk aku menempuh cabaran kali ini. Kali ini cabaran yang lebih besar menanti aku. Aku tak pasti dah bersedia atau belum, tetapi aku akan buat yang terbaik. Ada sesorang yang sedang menunggu aku. Jadi aku kena tunaikan apa yang aku dah janji pada dia. 

Friday, 17 February 2012

Maksud yang mendalam bagi aku

Dalam cuti ni aku dapat seorang kawan yang sanggup menemani aku menempuh saat-saat yang sukar dalam hidup aku. Dia hadir disisi aku sebagai jalan untuk mengubati penyakit aku. Penyakit yang amat berat. Aku sangat berterima kasih pada dia sebab menemani aku dan menjadi tempat aku melepaskan apa yang terpendam. Rasanya aku dah sembuh dari penyakit itu. Syukur pada Allah kerana bagi peluang pada aku mengenali dia.

Aku menghargai dia sebagai seorang sahabat yang baik. Dia dah pun memperkatakan apa yang aku ingin dengar. Aku menanti begitu lama untuk mendengar dia menyebut perkataan itu. Dan disaat perkataan itu disebut, ia bersesuian dengan waktunya. Jadi terkesan di hati aku bila mendengarnya. Hati aku sudah boleh melupakan segalanya dan memulakan perjalanan yang baru disebabkan ayat ' awak sabarlah dengan apa yang terjadi. Aku begitu teringin mendengar perkataan sabar itu daripada dia. Terima kasih. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Allhamdulilah.....

Aku bersyukur pada allah atas apa yang ditunjukkannya pada aku. Baru aku tahu bagaimana keadaan hati yang tersimpan dan tersembunyi di dalam badan ini. Aku ni hamba mu yang lemah. Banyak kesilapan yang aku dah lakukan. Ampun kan lah segala dosa yang telah aku lakukan. Aku harap aku dapat menjaga sebaik-baiknya segumpal daging ini yang telah diamanahkan pada aku.

Terima kasih... salam dari pantai timur.
 
.

Wednesday, 15 February 2012

Masjid Kristal yang memukau mata

Hai semua.. Hari ni aku jalan-jalan ditempat yang rasanya semua orang dah kenal. Hehe.. Tempat yang aku maksudkan adalah masjid kristal.. Aku datang ke sini selepas selesai mendaki bukit besar bersama-sama kawan aku. Aku turun awal, jadi aku amik kesempatan waktu yang ada untuk datang ke sini. Jarak antara masjid ni dengan bukit besar tak jauh. Hanya ambil masa 15 minit je untuk sampai ke sini.

Pemandangan di sini memang sangat indah.. Terutamanya bila cahaya matahari terbenam terpantul pada dinding-dinding masjid tersebut. Berkilau-kilau memukau mata. Masjid ini dibina di atas pulau yang dipanggil pulau wan man. Selain masjid ini, ada tempat lain yang menarik untuk dilawati juga.

Disini ada terbinanya model-model masjid yang menjadi kehebatan dan keagungan seni bina islam dari seluruh dunia. Anda boleh melihat model-model masjid tersebut dari dekat tanpa perlu keluar negara. Semuanya ada di sini. Jadi bagi siapa-siapa yang ingin datang ke terengganu, jangan lupa datang ke sini. Rugi bagi sesiapa yang tak singgah disini.

 Ohh.. lupa pulak. Muzium negeri terengganu terletak berhampiran pulau ini. Anda akan jumpa muzium itu dulu sebelum pulau wan man. Maaf sebab aku tak ada gambar-gambar untuk dikongsi tentang muzium terengganu. Aku akan melawat dan menceritakan pasal muzium itu pada kesempatan yang akan datang.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Bukit Besar Terengganu

Di atas adalah gambar bukit besar terengganu.. Di sini terdapat laluan bagi orang ramai yang suka aktiviti mendaki. Laluan disitu sejauh 1000 meter dari kaki bukit hingga ke puncak. Aku dah cuba daki bukit ini dan dari penilaian aku.. Bukit ini sangat seronok untuk didaki.

Tempat ini bagus untuk sesiapa yang ingin menjaga stamina dan menghayati keindahan bandar Kuala Terengganu. Laluan disini juga tidak terlalu cerum dan tidak pula terlalu mendatar. Jadi bagus untuk beginner memantapkan diri dan menambah ilmu mendaki mereka.

Ini lah salah satu tempat yang memberi daya tarikan pada negeri Terengganu. Pada waktu malam, terpapar satu pemandangan yang menarik dari atas bukit tersebut. Seperti dalam gambar di atas. Jadi cuba-cuba lah daki bukit ini untuk merasai pengalaman yang sangat seronok. Kalau tak mampu untuk mendaki, hayati lah memandangan bukit ini di waktu malam. Anda pasti kagum.

Terima kasih.. salam dari pantrai timur.

Sunday, 12 February 2012

Masjid Terapung k.Terengganu

Hai semua.. kali ni aku nak kongsi salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Terengganu iaitu Masjid Terapung.



Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

  Disini ada sedikit gambar yang sempat aku ambil untuk dikongsi bersama.. Harap maaf jikalau gambar tersebut tidak menarik disebabkan keadaan cuaca yang mendung hari ini.

 Terima kasih.. salam dari pantai timur








Friday, 10 February 2012

Pantai Airport K.Terengganu



Akhirnya lepas juga hajat aku nak pergi ke pantai. Hehe.. Hari ni aku pergi jalan-jalan ke sana. Kebetulan hari ni hari jumaat, hari cuti di pantai timur.. Jadi punye lah ramai orang yang berada di situ. Bersesak-sesak kenderaan di sepanjang jalan tersebut. Sibuk betul. Ada yang berkelah, ada berniaga dan tidak ketinggalan ada juga yang berdating. ^_^

Pantai kat sini dah banyak berubah berbanding dulu. Dulu di tempat ini lah aku dan kawan-kawan bermandi-manda. Cuma sekarang ni tiada langsung orang yang mandi di situ. Apa taknya.. Papan tanda amaran larangan mandi terpapar besar kat situ. Arrr.. Apa boleh buat. Rindunya nak mandi laut. huhu.
Apa pun aku dah penuhi hajat aku untuk sampai ke pantai yang banyak menenangkan aku. Aku banyak habiskan masa berfikir dipantai ini. Aku simpan banyak kenangan di sini. Aku berharap pantai ini akan sentiasa mengingatkan aku akan kenangan-kenangan tersebut.

Terima kasih.. salam dari pantai timur



Thursday, 9 February 2012

Semangat baru

 Kali ni rasa sayang sangat ke kampung ni sampai rasa malas nak pergi balik ke melaka. Entah apa yang akan berlaku kali ni. Semangat yang aku rasa sebelum-sebelum ni dah hilang entah ke mana. Tapi takpe.. Biarlah yang lama itu berlalu. Kali ni aku nak perbaharui  semangat aku. Aku nak berubah untuk diri aku, bukan untuk siapa-siapa. Aku nak diri aku berjaya dulu baru start berfikir untuk orang lain.Aku bertekad tak akan mengulangi kesilapan aku.

Aku dah pun nampak setakat mana aku mampu bertahan dalam menempuh dugaan. Jadi aku akan kawal diri aku ini dari melintasi garis yang aku tetapkan. Walaupun kadang-kadang badan ini degil dan tak ikut kata tetapi aku akan buat yang terbaik. Yang terbaik untuk diri aku dan untuk semua orang. Aku tiada kualiti seperti orang lain miliki, walupun begitu aku akan cuba sedaya upaya buat yang terbaik. Insyallah. Semoga allah merahmati diri aku.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Saturday, 4 February 2012

Maulidur rasul

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Bersempena dengan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita sama-sama mengingati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda. Marilah juga kita sama-sama menanam tekad untuk mengikuti segala sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda untuk kita semua agar kita tidak sesat di dunia ini. Sunnah baginda sangat banyak. Alangkah ruginya jika kita tidak tahu sunnah-sunnah tersebut. Kelahiran baginda adalah berita yang mengembirakan dan merupakan satu rahmat buat kita semua. Rahmat baginda Rasulullah S.A.W tidak hanya untuk manusia bahkan ianya untuk semua makhluk ciptaan Allah. Betapa hebatnya kelahiran baginda ini.

Zaman ini adalah zaman yang penuh dengan kerosakkan. Ramai dari kalangan kita yang sudah lalai dan mula lupa tentang agama. Tertarik dengan kemewahan dunia sehingga lupa pembalasan di akhirat. Alangkah ruginya kita jika kita termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Jika di zaman ini kita berpegang teguh dengan sunnah Baginda rasullulah S.A.W maka kita akan mendapat pahala yang menyamai seratus orang syahid. Banyak ganjaran yang menunggu kita.

Muhasabah la diri kita semua, adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi saat pengadilan. Cukupkan amalan kita untuk melayakkan diri kita menjadi ahli syurga? Adakah kita ini termasuk di kalangan umat baginda yang mendapat syafaat? Pernahkah kita semua terfikir.. Jikalau kita mendapat peluang berjumpa baginda, Apa yang kita akan lakukan? Adakah kita akan berkata; ya rasullulah aku mencintai mu. Tidakkah malunya jika kita mengaku mencintai baginda padahal kita langsung tidak kenal siapa nabi kita. Kita tidak langsung mengamalkan sunnah baginda. Adakah kita masih sanggup mengatakan kita mencintai rasullulah. Jika tak kenal maka tak cinta. Jadi marilah sama-sama kita mengenali nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Aku ingin sekali menziarahi makam baginda. Tempat di mana baginda berada sekarang. Aku ingin sekali meluahkan apa yang aku rasa. Rindunya aku padanya. Ingin sekali aku tatap wajah baginda. Sekali pun dah cukup bagi memuaskan perasaan aku ini. Aku begitu kagum dengan cerita-cerita yang telah disampaikan oleh para sahabat. Aku ingin merasai apa yang telah dirasai oleh mereka yang berada disamping baginda dulu. Aku ingin merasai perasaan sayangnya pada baginda. Moga-moga aku dapat menatap wajah yang aku dambakan itu. Itu salah satu cita-cita aku.
 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...