OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 30 April 2012

Kembali Menjejakkan Kaki di Alam Maya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ahh.. Akhirnya dapat juga tulis sesuatu setelah dua hari berpuasa dari menjadi blogger.. Dua hari yang lepas, tiba-tiba je line internet buat hal.. No internet access.. Arrr.. Apa ni??... Dah la waktu tu, blog aku dinilai oleh para pembaca.. Lagi la rasa frust sebab aku tak tahu sama ada blog aku ni best ke tidak.. Ahh.. Perasaan nak tahu masa tu memang membuak-buak..

Planning aku asal-asal, nak lawat kesemua blog kawan-kawan yang join segmen abang ben ashaari.. Nak nilai sama ada blog diorang best atau pun tidak.. Tapi apakah daya...hmm.  Aku sempat melawat beberapa blog je sebelum start berpuasa.. Hampir kesemua blog yang aku lawati adalah menarik dan best.. Itu kesimpulan yang aku dapat.. Kalau dibandingkan dengan blog aku nii.. haiss.. Aku kena cakap pada diri ini.. " Jangan kecewa lokman, teruskan usaha lagi.. Suatu hari nanti kau pasti dapat berdiri lebih tinggi dari mereka."..^_^

Pada para pembaca yang telah memberi comment tentang blog ini dan juga yang telah follow secara sukarela tu, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih.. Tak ada paksaan pun untuk anda semua follow blog ini.. Semuanya terpulang pada diri anda sendiri.. Harap anda semua berpuas hati dengan apa yang ada disini..


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Segmen: Review by Lily

As anime fan.. I just can't resist her wish.. Its too ultimate cute.. ^_^. 
click here if you want join the segment.
Thanks.. salam dari pantai timur.

Friday, 27 April 2012

Segmen Spontan Bersama Ben Ashaari

Join segmen ini..

Khasiat Budu

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu adalah, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. 
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 26 April 2012

Sedapnya Makan Budu

Presentation aku hari ini berjalan dengan baik.. Allhamdulilah.. ^_^.. Nasib baik group aku ada seorang presenter yang terbaik.. Putar situ, putar sini.. Akhirnya selesai.. Haha. Terima kasih banyak-banyak pada Pak wan.. You are the best among the best.. Sekarang ni aku cuma kena baiki balik slide untuk di hantar esok.. Banyak kerja nak kena buat malam ni.. Harap dapat selesaikan malam ni jugak..

Esok tenat sikit keadaan aku.. Kelas direct dari pukul 8pg hingga pukul 12tgh.. Lepas solat jumaat, sambung pula pukul 3 hingga 5.. Fuhh.. Mesti penat.. Seksanya nak habiskan kelas minggu ni.. Jujur aku kata, aku paling tak suka kelas waktu petang jumaat.. Waktu tu waktu yang paling best untuk aku tidur dan berehat.. Tapi nak buat macam mana.. Dah jadual macam tu. Tak boleh nak ubah.. Terima je laaa.. Nasib baik kelas EMT petang tu best.. Kalau tak hampeh..

Ok.. Bercakap pasal tajuk yang kat atas pulak.. Tadi aku baru lepas makan nasi berlauk ikan kerisi goreng.. Memang sedap.. Nak-nak ditambah dengan budu.. Fuhh la mak.. Sedap sehingga menjilat jari dibuatnya..hehe. ^_^.. Aku sekarang ni kira ketagih dengan budu.. Asal lauk ikan je mesti kena ada budu.. Tak ada tak syok.. huhu..Kalau dapat makan dengan ikan singgang lagi laa.. Perkataan yang keluar dari mulut ini hanyalah sedap, sedapnya.. sedapnyaaaa....

Sebenarnya aku baru je belajar makan budu ni.. Walaupun aku orang pantai timur, tapi baru sekarang aku start suka makan budu.. Dulu time first time rasa tak sedap.. Rasa pelik je.. Jadi aku stop makan budu.. Kali kedua aku makan budu adalah apabila aku dalam perjalanan ke pahang.. Aku dipaksa makan budu oleh cikgu yang jadi pengiring waktu tu.. Nak tak nak terpaksa juga makan sebab nak jaga hati cikgu aku tu..

Kali ketiga adalah apabila aku makan beramai-ramai bersama kawan-kawan yang berasal dari pantai timur..  Kebetulan lauk nasi aku hari itu adalah ikan goreng..Jadi aku saje nak try rasa budu yang diorang makan tu.. Kali ni, bila makan je budu tu rasa sedap.. Entah macam mana aku mula start suka rasa budu tu.. Pelik.. Mungkin rindu sangat pada kampung kot.. Lepas hari tu je, aku terus mengidam nak makan budu.. Mengidam punya pasal, aku beli budu cap ketereh sebotol, letak dalam bilik.. Kali ni sengaja pilih lauk ikan je setiap hari sebab nak makan budu.. hehe..  Puasss dapat makan sesuatu yang amat sedap. :) hehe.. ok lah.. lepas ni aku ceritakan apa itu budu berserta dengan khasiatnya sekali..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Wednesday, 25 April 2012

Habis la aku esok..

Arrrrhh..kenapa la minggu ni sangat memeningkan kepala aku.. Assignment yang lecture bagi macam tak ada penghujungnya.. Ianya berterusan seperti air sungai yang mengalir deras.. Lepas satu, satu..  Dah la esok kena buat 2 presentation.. Dengan slide tak buat lagi.. Alamaknya... KO!! So, malam ni tak boleh nak tulis panjang-panjang post ni.. Lepas semuanya dah selesai.. Jiwa pun dah tenang..Aku nak kongsi sedikit peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 23 April 2012

Kerja Banyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasa lama plak tak update blog ini.. Maaf la.. sibuk sangat sekarang ni.. Banyak assingment dan banyak project nak kena buat.. Esok ada satu lagi test.. Kena study baik-baik sebab subject ni agak susah.. Hai!!.. Sibuk-sibuk.. Bila nak habis keje ni..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Friday, 20 April 2012

Pengalaman Bersunat Part 3

Ingin aku ingatkan pada semua.. Perkongsian pengalaman yang aku ceritakan ini adalah berdasarkan diri aku sendiri.. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.. Semuanya hanyalah untuk perkongsian ilmu semata-mata..Ok.. Biaklah.. Aku sambung balik dari cerita yang lepas.. Akhirnya sampai giliran aku untuk bersunat setelah nama aku dipanggil.. huh.. Nak tak nak, aku tak boleh lari dah.. Dah sampai masa untuk aku melalui apa yang setiap muslim lalui..

Berdebar sangat-sangat bila aku berbaring diatas tilam itu.. Bertemankan ayah aku disisi, proses bersunat pun bermula.. Ianya dijalankan oleh dua orang tok mudin yang bertauliah.. Fuhh.. Kepada adik-adik kat luar sana yang masih belum bersunat, sila pesan pada emak ayah korang supaya periksa, sama ada tok mudin itu bertauliah atau tidak.. Perkara ni penting tau.. Kita tak nak barang yang paling berharga itu rosak kan?.. Jadi ambil tindakan awal-awal..

Proses ini bermula dengan tok mudin mencucuk ubat penahan sakit pada adik itu.. Bilangan jarum yang dicucuk bergantung pada keadaan adik tersebut.. Kebiasaannya 5 atau 6 kali jarum dicucuk pada tempat yang berbeza untuk menghilangkan rasa sakit buat sementara waktu. Sakit juga bila dicucuk berkali-kali ni.. Arrhhh.. Lepas itu proses mempercepatkan kesan ubat tersebut pulak.. Biasanya doktor atau tok mudin tunggu untuk ubat itu memberi kesan.. Tapi bila bersunat ramai-ramai ni, masa amat penting.. Jadi tok mudin akan buat sesuatu mengikut cara masing-masing..^_^. Fikirlah sendiri.

Masa berlalu dan tok mudin akan bertanya sama ada kita rasa sakit atau tidak.. Kalau tidak, tok mudin akan jalankan langkah yang seterusnya.. Kali ni alat seperti penyepit digunakan pada adik kita untuk melepaskan kulit yang hendak dipotong sehingga sampai ke takak.. Kalau orang yang dah lepas kulit itu awal-awal, bagus lah, sebab tak akan rasa sakit.. Kalau tak, sabarlah dengan rasa pedih itu.. Aku dah merasa pedihnya sebab ubat penahan sakit belum betul-betul berkesan semasa tok mudin melepaskan kulit.. Mengeliat aku menahan sakit tu.. Tapi nasib baik aku ni hebat.. haha.. Kalau tak, jadilah macam sepupu aku..Menangis..

Selepas itu, ayah aku suruh aku tutup mata dengan kain batik yang aku pakai masa itu.. Bertujuan untuk mengelakkan rasa takut melihat proses yang berlaku seterusnya.. Kebetulan masa itu ubat yang telah dicucuk memberikan kesan.. Jadi aku langsung tak rasa apa-apa.. Proses seterusnya pun aku tak tahu apa yang terjadi.. Sedar-sedar proses bersunat itu dah selesai.. Terkejut aku apabila ayah aku bagitahu dah selesai.. huh.. Cepatnya.. Kepala aku penuh dengan persoalan sebab cepat sangat selesai...?????? Bila fikir balik baru aku perasan, aku tertidur masa tok mudin melakukan proses mengunting dan menjahit.. Ooo.. patut la.. hehe..

Akhirnya aku dah selamat menjalani proses bersunat buat pertama kalinya dan yang terakhir.. Hehe.. Semoga anda semua dapat info yang berguna dari apa yang aku kongsi ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Thursday, 19 April 2012

Pengalaman Bersunat Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semua dah baca apa yang aku dah tulis kan?? Bagus-bagus.. Macam ni la baru seronok nak bercerita.. Hehe.. Oklah.. Aku sambung cerita itu.. Apabila semua dah bersedia, aku pun melangkah masuk kedalam tempat bersunat dan tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit.. Arrrrrrr.. sakit.. Ayahhhh... Sakitnya... Arrrrr...

Aku pandang dalam orang bersunat tu, tercari-cari suara yang menghancurkan kekentalan hati aku ni.. Mana tak hancurnya bila masuk dalam je dah kena duga macam tu. Masa ni hati aku ragu-ragu nak percaya ke tidak orang kata,"sakit bersunat tu macam kena gigit semut je".. Aku tengok budak tu sampai meraung-raung macam tu sekali.. Takkan sakit sikit je kot... Fuhhh.. Dup. dap, dup, dap...

Bab-bab orang cerita ni kan.. Aku masih ingat lagi kata-kata sepupu aku yang dah bersunat.. Dia kata," time bersunat nanti, mula-mula tok mudin guna jarum besar gengam tangan dia untuk cucuk kat situ".. lepas tu tok mudin keluarkan pisau potong daging dan asah mata pisau tu dengan batu pengasah.. Siap dengan bunyinya sekali.. huuu..Lepas tu tok mudin tarik dan potong dengan sekali tetak adik tu sampai putus dua.. arrrrgg ..Sakitnya memang teramat sangat.. Ooohh.. takut jugak dengar semua tu..

Tapi cerita dari ayah aku memadamkan rasa takut nak bersunat tu.. Hehe.. Orang zaman dulu bersunat guna batang pisang dan pisau kan??.. Tahu tak apa kegunaan batang pisang tu yang sebenarnya.. Hehe.. lucah skit ni.. takpe kan.. Kalau nak tahu, orang zaman dulu guna batang pisang tu untuk melembutkan adik tu.. Biasalah adik kat bawah ni degil sikit.. Asyik buat keras kepala je.. Kalau degil, susah nak besunat.. Jadi tok mudin sengaja amik batang pisang tu untuk pukul adik tu, kasi lembut sikit.. Baru tok mudin senang nak buat keje.. Haha..

Aku tergelak dengar ayah aku cerita pasal tu.. Tak sangka batang pisang tu ada kegunaan yang lain ,selain dari buat lapik.. haha.. Terbayang aku macam mana adik itu dipukul oleh tok mudin.. Tok mudin ambil batang pisang tu dan terus pukul adik yang degil tu.. Berulang-ulang kali sampai adik mengalah.. haha.. Pasti senak kena pukul sampai naik ke perut.. haha.. Hilang rasa takut nak bersunat masa tu sebab duk gelak je..

^_^.. oklah.. belum sampai giliran aku lagi untuk bersunat time tu.. Aku masih menunggu budak didepan aku selesai.. Lama juga proses bersunat ni.. Bukan main lama aku berdiri menunggu kat situ.. Semakin lama semakin berdebar hati aku ni.. dup, dap, dup, dap..Sehingga la nama aku dipanggil.............Bersambung..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.  

Tuesday, 17 April 2012

Quadrotor


Background
A quadrotor, also called a quadrotor helicopter or quadrocopter, is a multicopter that is lifted and propelled by four rotors. Quadrotors are classified as rotorcraft, as opposed to fixed-wing aircraft, because their lift is generated by a set of revolving narrow-chord airfoils. Unlike most helicopters, quadrotors generally use symmetrically pitched blades; these can be adjusted as a group, a property known as 'collective', but not individually based upon the blade's position in the rotor disc, which is called 'cyclic' (see helicopter). Control of vehicle motion is achieved by altering the pitch and/or rotation rate of one or more rotor discs, thereby changing its torque load and thrust/lift characteristics.

There are several advantages to quadrocopters over comparably-scaled helicopters. First, quadrotors do not require mechanical linkages to vary the rotor blade pitch angle as they spin. This simplifies the design and maintenance of the vehicle. Second, the use of four rotors allows each individual rotor to have a smaller diameter than the equivalent helicopter rotor, allowing them to possess less kinetic energy during flight. This reduces the damage caused should the rotors hit anything. For small-scale UAVs, this makes the vehicles safer for close interaction. Some small-scale quadrotors have frames that enclose the rotors, permitting flights through more challenging environments, with lower risk of damaging the vehicle or its surroundings.

 

Flight Control

Rotors 1 and 3 spin in one direction, while rotors 2 and 4 spin in the opposite direction, yielding opposing torques for control.
 
Each rotor produces both a thrust and torque about its center of rotation, as well as a drag force opposite to the vehicle's direction of flight. If all rotors are spinning at the same angular velocity, with rotors one and three rotating clockwise and rotors two and four counterclockwise, the net aerodynamic torque, and hence the angular acceleration about the yaw axis is exactly zero, which implies that the yaw stabilizing rotor of conventional helicopters is not needed. Yaw is induced by mismatching the balance in aerodynamic torques (i.e., by offsetting the cumulative thrust commands between the counter-rotating blade pairs).

Angular accelerations about the pitch and roll axes can be caused separately without impacting the yaw axis. Each pair of blades rotating in the same direction controls one axis, either roll or pitch, and increasing thrust for one rotor while decreasing thrust for the other will maintain the torque balance needed for yaw stability and induce a net torque about the roll or pitch axes. This way, fixed rotor blades can be made to maneuver the quad rotor vehicle in all dimensions. Translational acceleration is achieved by maintaining a non-zero pitch or roll angle

Thanks.. salam dari pantai timur.

Pengalaman Bersunat Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sebelum ni aku ada postkan pasal berkhatan kan.. Ingat tak lagi???..Kalau masih ingat bagus lah.. Aku dah pun janji nak cerita pengalaman aku berkhatan.. Berkhatan ni bahasa standard sangat laa.. Aku ubah jadi bersunat.. Ok tak?..hehe...

Seingat aku, aku bersunat dalam cuti sekolah, masa aku darjah 5 dulu.. Time tu kampung sebelah aku buat satu majlis bersunat beramai-ramai anjuran Parti Pas.. Bayaran yang dikenakan hanya Rm10.. Murah la kalau kira. Ayah aku pun apa lagi.. Terus letak nama aku dalam list tu.. jeng, jeng, jeng...

Pada hari yang ditakdirkan tu, aku bersiap awal pagi lagi.. Kali ni ayah aku sendiri yang hantar aku pergi bersunat.. Biasanya ayah aku susah nak hantar aku pergi mana-mana pun.. Semuanya aku kena buat sendiri. Katanya.." kaki kan ada, jalan la sendiri,"..hmm.. Tegasnya ayah aku tu... Tapi jangan buruk sangka ekk.. Ayah aku tu penyayang tau..Hehe.. Kalau ada masa nanti aku tulis satu post khas pasal kasih dan sayangnya ayah aku pada anak-anaknya.. Insyallah..

Fuhh.. hampir lari dari tajuk asal.. Hehe.. Aku sambung balik.. Hari tu hari rabu, kalau tak silap aku la.. kalau silap minta ampun dan minta maaf banyak-banyak..  Apabila aku sampai ke tempat bersunat tu.. Aku kata pada ayah aku.."Ramainya orang yang nak bersunat"..Dengan kuatnya..  Bila tengok banner, Majlis Berkhatan Beramai-ramai.." Ohh.., Lembap la kau lokman... Nama pun majlis berkhatan beramai-ramai.. Memang ramai la orang yang datang.. Ape daa.".. Kata suara hati aku pulak..  Aku tertunduk malu.. Hehe.. oklah.

Apabila semua dah bersedia, aku pun melangkah masuk kedalam tempat bersunat dan tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit.. Arrrrrrr.. sakit.. Ayahhhh... Sakitnya... Arrrrr...     
     
Bersambung...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 16 April 2012

Segmen : Saya Bangga Menjadi Blogger Terengganu

Hai semua.. hari ni aku nak try join segmen-segmen yang terdapat dalam alam maya ini.. hehe..Aku ternampak segmen yang agak menarik tadi masa jalan-jalan kat blog Haruno hana.. Segmen ini dikelolakan oleh Aisyah Humaira yang berkaitan dengan negeri.. Jadi untuk pertama kalinya secara rasmi, aku join segmen Saya Bangga Menjadi Blogger Terengganu..

Sunday, 15 April 2012

Tidur Cara Rasulullah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Aku ada terbaca article yang menarik pasal rahsia tidur semalam... Tergerak hati aku untuk sampaikan salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w, iaitu tidur.. Tahukan kita semua, tidur adalah salah satu dari sunnah Rasulullah dan sunnah yang paling ikhlas kita semua lakukan.. Kenapa paling ikhlas??!!

Haa.. soalan diatas akan aku jawab dengan soalan juga.. Pernahkah ada sesiapa yang paksa kita semua untuk tidur???.. Selain dari emak kita waktu kecil dulu, rasanya tak ada pun yang memaksa kita untuk tidur kan??..Semuanya secara sukarela,, Jadi fikir-fikirkan lah..

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X. 
  4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat,    ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya?
Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya ada Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Saturday, 14 April 2012

Akibat Keseronokan Menulis

^_^.. betul kata kawan aku tu.. Blog aku ni dah tak tersusun dengan teratur.. Tak specific... Banyak sangat topik-topik yang tak penting aku postkan.. Asalnya blog aku ni untuk luahan hati je.. Tetapi disebabkan rasa excited sangat nak menulis jadi banyak topik yang aku postkan dalam blog ini..Nampak kelam-kabut je blog aku ni.. Hehe.. Sorry.

Hasrat aku untuk kongsikan ilmu yang aku dapat dengan semua orang.. Disudut Ilmu dan Renungan adalah post-post yang berkaitan dengan ilmu yang aku pelajari dan juga ilmu-ilmu tentang agama islam.. Aku jenis yang senang lupa.. Jadi aku rasa baik aku tulis semua itu agar senang aku buat rujukan selepas ini.

Aku pernah buat satu diari pasal hal-hal penting yang perlu aku ingat, tetapi tak bertahan lama sebab rasa bosan menulis dalam tu.. Aku tulis pasal perasaan dalam tu, tapi aku rasa ada sesuatu yang tak lengkap.. Macam hilang sesuatu.. Entah apa, sehinggalah aku mula jadi seorang blogger...

Yang hilang itu adalah perasaan seronok bercerita dan menulis.. Menulis diari dan menulis blog adalah satu perkara yang berlainan.. Sebagai contoh, diari adalah tempat simpan rahsia.. Ianya personal dan hanya seorang sahaja yang mengetahui isi kandungan diari tersebut.. Manakala blog adalah tempat perkongsian rahsia dan ilmu.. Satu dunia boleh melihat kandungan blog tersebut.. Itu pun kalau owner bagi kebenaran la.. hehe

Tulis blog juga bukan boleh main tulis je.. Kena ada output dari apa yang kita tulis tu.. Kalau kita tulis yang mengarut-garut je.. Tak ada siapa pun yang nak baca post kita.. Yang ruginya kita juga sebab kita dah hilang ganjaran dari Allah dalam bab perkongsian ilmu.. Sepertimana yang diperkatakan oleh Abu Umamah al-Bahili;
     
“Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah Saw. bersabda: “Sesunguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” (HR At-Tirmizi)

Jadi macam mana semua??? nak lepas macam tu je ke ganjaran yang telah dijanjikan pada kita itu.. Kalau kamu semua tak kisah, takpe lah.. Benda ni atas diri kita semua.. Aku tak nak lepaskan ganjaran itu macam tu je.. Alang-alang dan buat blog ni.. Biarlah aku dapat sumbangkan sesuatu.. Rasa bersalah pada yang membaca blog aku ni kalau aku asyik membebel je.... Tentu meluat kan??..

Satu lagi.. selepas jalan-jalan dan melawat blog-blog senior, aku ada belajar sesuatu... Jangan tulis post panjang sangat.. Tak ada orang yang nak baca sesuatu yang panjang berjela-jela.. Orang kata, bukan aku kata ekk, post tu biarlah pendek tetapi padat.. Aku pun terkena juga.. Hehe.. Post aku yang panjang-panjang sebelum ni tak ada orang pun yang nak baca,, Post kali ni pun rasanya dah sampai hadnya.. Ada banyak lagi nak luah ni.. Tapi takpe lah.. hehe.. Lain kali plak. ohh.. lupa nak bagitahu..Blog aku ini adalah ruang untuk aku berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan.. Harap faham.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Astral Projection- Out of body experience


Astral Projection- Out of body experience

Tahukah Anda bahawa roh akan keluar dari badan kita semasa tidur ?. Roh kita akan keluar dari badan untuk menunaikan atau memenuhi sesuatu kehendak kita . Apabila kita tidur dengan lena roh kita akan keluar dari badan dan mencari penyelasaian untuk masalah kita atau mencari sesuatu yang kita inginkan.  Proses inilah yang digelar ” Astral projection ” atau ” Out of body experience “ .

Kebanyakan dari kita pasti ada pengalaman sebegini ; Semasa tidur kita bermimpi atau terasa seperti jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh dari katil , lalu bangun dari tidur. Situasi ini sering berlaku apabila badan kita mula sedar sebelum roh kita kembali , apabila roh kita masuk kedalam badan semasa badan kita mula sedar kita akan mengalami mimpi atau pengalaman sebegini.

Apabila kita bertemu dengan seseorang atau apabila kita kunjungi sesuatu tempat , kita terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut atau pernah kita kunjungi tempat tersebut. Kadang-kadang apabila kita lakukan sesuatu , kita terasa seperti kita pernah melakukan benda yang sama sebelum ini. Bila kita bertemu dengan mereka ? Bila kita kunjungi tempat tersebut ? Bila kita lakukan perkara tersebut ? . Kita lakukan , kita kunjunggi dan kita bertemu dengan mereka semasa kita keluar dari badan .

Pernahkah anda terasa sangat susah untuk kejutkan seseorang yang sedang tidur ?.
Ini kerana roh orang tersebut berada ditempat yang sangat jauh.

Pernahkah anda terasa sangat penat selepas bangun ?.
Ini kerana anda telah melakukan banyak perkara semasa keluar dari badan.



Kadang-kandang kita boleh terpandang rupa atau bayang-bayang seseorang yang berada ditempat yang jauh . Kadang-kadang kita boleh dengan suara seseorang yang berada ditempat yang jauh. Kadang-kadang kita akan terlihat rupa orang , rupa kanak-kanak atau dengar suara pada waktu malam atau awal pagi , rupa-rupa tersebut biasanya akan dikaitkan dengan makluk halus tetapi itu adalah aktiviti roh yang telah keluar dari badannya.

Biasanya kita akan dengar suara dan lihat bayangan orang yang sangat menyangi kita. Oleh kerana mereka terlalu sayangi kita , roh mereka akan keluar dari badan semasa mereka tidur dan akan mengunjungi kita. Kita juaga akan keluar dari badan ini dan mengunjungi orang-orang yang sangat kita sayangi.

Biasanya Roh kita akan keluar dari badan untuk mencapai beberapa perkara iaitu :
  1. Untuk berjumpa dengan roh atau orang lain
  2. Untuk berjumpa dengan orang yang kita sayangi
  3. Untuk mencari pertolongan atau jawapan
  4. Untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang sedang kita hadapi
  5. Untuk mencari jalan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
  6. Menuju ketempat yang telah kita lalui pada hari tersebut
  7. Menuju ketempat yang akan kita lalui pada hari berikutnya
  8. Untuk menyelesaikan sesuatu yang kita rusingkan
  9. Untuk kunjungi alam roh
  10. Untuk berjumpa dengan Guru atau Wali
Biasanya apa yang di lihat oleh roh kita akan dianggap mimpi oleh diri kita.  Sesuatu yang dilihat oleh roh kita tidak semestinya sama dengan alam nyata ini. Alam gaib sangat berbeza dengan dunia ini. Roh kita mungkin akan melihat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal kita . Lebih kurang 5 % daripada mimpi kita ialah peristiwa benar yang sedang dilihat oleh roh kita , sama ada dialam roh atau ditempat-tempat lain .

Kadang-kadang ada juga orang yang akan melihat diri mereka yang sedang tidur . Ini berlaku apabila roh mereka yang telah keluar dari badan , sedang memperhatikan badannya sendiri.

Terim kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 13 April 2012

Berkhatan

Khatan

Saya yakin ramai diantara kita tahu bahawa perkara berkhatan pada orang lelaki adalah wajib menurut hukum Islam. Namun tidak ramai yang ingin mengetahui tentang khatan yang diharuskan oleh Islam terhadap kaum wanita. Mengapa ianya diharuskan dan apakah faedahnya mengikut pandangan Islam. Ikuti tajuk ini moga ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan tentangnya. InsyaAllah.

Bismilillahirrahmanirrahim.

DEFINISI KHATAN.

Menurut Ibnu Manzur, khatan berasal dari 'al-khatnu'. iaitu bahagian yang harus dipotong dari kaum laki-laki mahu pun wanita. Para ulama ilmu syariat mendifinasikan sebagai berikut: "memotong sebahagian dari sebahagian tertentu dari anggota tubuh yang tertentu."

Menurut Al-Mawardy, khatan orang laki-laki ialah dengan memotong kulit yang meliputi kepala zakar. Yang baik adalah pemotongan di pangkal kulit sejak dari pangkal kepala itu sendiri sehingga tiada lagi kulit yang menutupi kepala zakar itu. Dan khatan bagi kaum wanita ialah dengan memotong kulit dibahagian atas (hujung ) vagina. Sepotong hadith menyatakan sabda Rasulullah SAW tentang khatan bagi kaum wanita maksudnya: "Sederhanakanlah dan janganlah berlebihan-lebihan, kerana hal itu lebih menampakkan kecantikan di wajah dan mendatangkan keni'matan baginya di sisi suami." (Hadith Ar-Tarmizi) Maksudnya, janganlah engkau berlebih-lebihan memotongnya. Tujuan khatan bagi laki-laki adalah untuk mensucikannya dari unsur-unsur najis di dalam qulfah (kulit) dan tujuan khatan bagi wanita ialah untuk mengawal nafsu shawatnya.

Cuba bandingkan nafsu muslimah dengan wanita yang tidak melakukan khatan...Nafsu mereka lebih kuat maka seringkali terjadi perbuatan tidak senonoh. Jadi janganlah kamu memotong secara berlebih-lebihan untuk mengelakkan dorongan seksualnya menjadi lemah.

kebaikan berkhatan (memotong qulfah) mempunyai pengaruh yang sangat baik bagi hubungan suami isteri. Muslimah sejati akan meni'mati rasa kepuasan yang bersederhana berbeza dengan wanita yang tidak berkhatan akan mendapat kepuasan yang memuncak sehingga boleh memudharatkan diri. Inilah bezanya muslimah dengan wanita bukan Islam yang menjaga sunnah dan agamanya.

Sumber dari dunia macam-macam..

Oklah.. informasi tentang berkhatan ni aku dah pun bagitahu.. Lepas ni aku cerita pengalaman aku berkhatan/bersunat.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 12 April 2012

War Of Currents

During the initial years of electricity distribution, Edison's direct current was the standard for the United States, and Edison did not want to lose all his patent royalties. Direct current worked well with incandescent lamps, which were the principal load of the day, and with motors. Direct-current systems could be directly used with storage batteries, providing valuable load-leveling and backup power during interruptions of generator operation.                                         
Thomas Edison

Direct-current generators could be easily paralleled, allowing economical operation by using smaller machines during periods of light load and improving reliability. At the introduction of Edison's system, no practical AC motor was available. Edison had invented a meter to allow customers to be billed for energy proportional to consumption, but this meter worked only with direct current. As of 1882 these were all significant technical advantages of direct current.

Alternating current had first developed in Europe due to the work of Guillaume Duchenne (1850s), Ganz Company (1870s), Sebastian Ziani de Ferranti (1880s), Lucien Gaulard, and Galileo Ferraris. In North America one of the believers in the new technology was George Westinghouse. Westinghouse was willing to invest in the technology and hired William Stanley, Jr. to work on an AC distribution system using step up and step down transformers of a new design in 1886. After Stanley left Westinghouse, Oliver Shallenberger took control of the AC project.  
 Nikola Tesla

Nikola Tesla joined the team after 1888. Tesla partnered with Westinghouse Electric to commercialize his particular AC system. Westinghouse had previously bought the rights to Tesla's polyphase system patents and other patents for AC transformers from Lucien Gaulard and John Dixon Gibbs. Several undercurrents lay beneath this rivalry. Edison's personal background and the logistical support of his Menlo Park laboratories made him a formidable brute-force experimenter, but he lacked formal training in mathematics and physics. Tesla, by contrast, had such an education, which was needed to understand AC power.

In addition to the business rivalry of companies like Oerlikon, Siemens, Westinghouse (all AC promotors) and the powerful Edison Electric, a personal rivalry developed between Nikola Tesla and Thomas A. Edison due to certain events: Tesla had worked for Edison but felt he was undervalued (for example, when Edison first learned of the idea of alternating-current power transmission, he dismissed it: "[Tesla's] ideas are splendid, but they are utterly impractical."  Bad feelings were exacerbated because Tesla had been cheated by Edison of promised compensation for his work.

Tesla was promised $50,000 for work to improve Edison's inefficient dynamo. Tesla did improve the dynamos after nearly a year's worth of work, but Edison did not pay him the promised money. Edison went as far as trying to say he was joking, saying “Tesla, you don't understand our American humor”. Edison later came to regret that he had not listened to Tesla and used alternating current.

The "War of Currents" is often personified by the Tesla vs. Edison (or occasionally Westinghouse vs. Edison) personal rivalry. However, the "War of Currents" was much larger than that: It involved both American and European companies whose heavy investments in one current type or the other led them to hope that use of the other type would decline, such that their share of the market for "their" current type would represent greater absolute revenue once the decline of the other current type enabled them to expand their existing distribution networks.

References: http://en.wikipedia.org/wiki/War_of_Currents

Thanks.. salam dari pantai timur.


Hikmah Disebalik Perlaksanaan Hudud Bagi Penzina

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? 
Ini kerana badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik ( T4 Limfosit ) yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Sum-sum tulang akan mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, Jadi penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS lagi dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 11 April 2012

Sakratulmaut

 Sakaratulmaut

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

 “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 

”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: 

”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat iaitu:"
  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

    Orang-orang yang mati syahid.
    Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
    Orang berpuasa di hari Arafah.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATUL MAUT




Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 

Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 

Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.

 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir.

 
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.

Penutup.

 
Sesungguhnya marilah kita sama-sama bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran peka terhadap tanda mati ini untuk kita membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa, dan urusan hutang-piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia masih boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.

Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.

Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati. Jadi jom lah kita sama-sama saling ingat mengingati pasal kematian sesama kita. Mudah-mudahan kita dijemput oleh malaikat maut dalam keadaan baik.. Amin.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 9 April 2012

Isteri Idaman



Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

Alangkah beruntung jika isteri aku nanti dapat menenangkan kemarahan aku dengan kelembutannya seperti diatas. Bahagianya dapat aku rasakan hanya dengan membayangkannya. Saat aku sakit demam seperti sekarang, dia datang menyorongkan kepala aku atas peha dia dan meletakkan tuala lembap atas dahi yang kepanasan ini.. Dia menghiburkan diri aku sehingga aku lupa aku sedang sakit.. Huhu..Alangkah baik jika dia disampingku sekarang..
 
Ya allah, jadikan lah hati aku ini hati orang yang beriman ya allah.. Tabahkanlah hati aku dalam menempuh dugaan mu dan sembuhkanlah diri ini dari kesakitan yang kau berikan.. Ya allah, berilah panduan kepada aku untuk membetulkan diri ini menuju jalan yang engkau redhai.. Ingatkan lah sentiasa padaku ya allah akan kekuasaan dan keagungan-Mu, agar aku tidak lalai dari mengingati suruhan dan meninggalkan larangan mu..  Sesungguhnya pada mu lah aku berserah...

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Ragam Manusia Di Bandaraya Melaka 2

 
Ini adalah sambungan untuk cerita apa yang aku lalui pada malam itu.. Aku berhenti cerita kat kedai makan yang memberi khidmat shisha tu kan?? Ok.. Aku teruskan lagi.. Kat kedai itu aku ada terpandang seorang perempuan yang cantik dan bertudung. Mukanya ala-ala cina dengan mata yang sepet. Agak cantik la.. Tapi sayang..

Sayang sebab dia ikut teman lelakinya keluar pada waktu tengah malam macam tu.. Dah la dia seorang diri... Hiss..  Entah apa yang dia fikirkan. Kawan-kawan teman lelaki dia tu ada dalam 4 orang.. Semua tengah layan shisha. Aku ada perasan dia tak suka dengan shisha.. Buktinya, dia tiup asap shisha yang datang menghampirinya.. Dia juga cuba elak asap itu dengan menepis-nepis asap tersebut. Hai perempuan, apa nak jadi ni.. Aku harap apa yang aku fikirkan akan berlaku pada dia silap sama sekali. Aku juga harap apa yang aku agak dan fikirkan tidak menjadi kenyataan. Harap-harap orang yang aku anggap sebagai teman lelaki dia itu adalah abang dia.. Lebih selamat macam tu.

Dimanakah letaknya malu yang ada pada perempuan sekarang??.. Macam tak ambil kisah dengan pandangan orang terhadap dirinya. Aku kesian tengok dirinya..huhu..  Lepas makan, kitorang plan nak ke Dataran Pahlawan pulak.. Dengar kata ramai orang yang berada dikawasan tu tengah-tengah malam macam ni.. Aku pun nak tahu jugak. Jadi kitorang pun bergerak lah menuju Dataran Pahlawan.

Sampai je kat sana... Aku boleh kata.. Ramainya burung hantu kat sini.. Macam-macam jenis manusia yang ada kat sini. Dari budak remaja sehingga ke orang tua.. Yang paling tak tahan adalah golongan homoseksual.. Ada jugak kat sini.. Hisss... semua tempat pun ada golongan ni.. Jijik gile.. Yang lesbian aku boleh terima lagi.. Tapi golongan gay ni.. Aku sumpah langsung aku tak boleh terima.. Mikir diorang buat project pun jadi luga perut aku.. Boleh termuntah bila mikir diorang main hisap-menghisap.. Hai.. Kenapa la diorang tak ada nafsu pada wanita.. Menjatuhkan maruah orang lelaki je..Tengok lelaki dalam gambar kat bawah.. Jijik gile babii..

Sebelum balik, kitorang sempat melihat satu pergaduhan.. Aku tak pasti apa punca pergaduhan itu.. Aku tengok lelaki tu dah bertumbuk antara satu sama lain.. Orang yang berada dalam pub berhampiran turut keluar tengok apa yang berlaku.. Aku ada dengar suara orang perempuan menjerit-jerit.. tapi aku tak pasti apa yang terjadi.. Last-last, semuanya settle macam tu je.. Satu pihak telah beredar dari situ.. Jadi keadaan tak lah tegang sangat. Huhhh.. macam-macam yang aku dapat dari pengalaman ini.. Suasana pada waktu malam sangat berbeza dengan waktu siang.. Itu yang pasti..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 8 April 2012

Ragam Manusia Di Bandaraya Melaka

Sorry gambar tak jelas

Baru sampai ke bilik aku..fuhhh.. penatnya.. Dengan mengantuk lagi.. Akhirnya operasi aktiviti malam pertama hari ini berakhir dengan baik.. Hari ini aku dah rancang dengan kawan-kawan nak keluar malam.. Aku nak keluar jalan-jalan untuk tengok keadaan bandar melaka waktu malam.. Macam-macam ragam manusia aku dapat tengok.

Tempat first aku jalan-jalan adalah kawasan melaka raya. Kitorang jalan-jalan kat tempat yang orang biasa lepak dan beriadah pada waktu petang.. Tempat yang orang biasa dating ..hehe.. Tempat itu cantik, dengan pemandangan yang mempesonakan. Terutamanya waktu malam...Tetapi...Tempat ini juga terkenal dengan lorong-lorong gelapnya. Disini adalah sarang untuk aktiviti-aktiviti pelacuran yang aktif.

Dalam jalan-jalan tu kitorang ada ternampak wanita-wanita yang cuba untuk mendapatkan pelanggan. Hiss.. Tak padan dengan usia.. Muka dah la hodoh.. Buat kerja macam tu pula.. Hancur. Kawan aku kata muka dah la macam beruk.. Umur dia tu boleh kata rumah kata pergi, kubur kata mari.. Pelacur-pelacur ini tidak pun kisah siapa pelanggan mereka. Tak kira bangsa india atau cina. Tua ataupun muda.. Asalkan dapat bayaran, Semua jadi...haii..  Insaflah wahai hamba Allah sebelum terlambat..Wanita yang tak pure juga banyak berkeliaran kat sini mencari pelanggan.. Menjijikkan aku tengok..

Lepas tu, kitaorang juga ada ternampak seorang lelaki cina termuntah akibat mabuk..  Mungkin minum banyak sangat kot sehingga tersadai kat tepi sungai tu.. Huweek, huwekk.. Tu lah, siape suruh minum air haram tu.. nampak seksa keadaan dia.. Kawan cina aku cakap arak bukannya sedap sangat pun.. Dia sendiri tak suka minum air tu.. Betul atau tak aku tak tahu lah.. Yang pasti, aku percaya kata-kata kawan aku tu. Dia seorang yang baik dan seorang yang boleh dipercayai. Susah nak jumpa orang macam dia ni sekarang..

Lepas puas jalan-jalan kat melaka raya.. Kitorang bergerak pula ke kedai makan yang berada betul-betul dihadapan kampus bandar utem.. Perkena teh tarik dengan roti burger yang berharga RM3.50.. Kedai ini juga menawarkan shisha dengan pelbagai perisa.. Aku tak boleh pergi lah dengan bau shisha ni.. Busuk gile.. Entah apa perisa yang diorang hisap..Sekali sedup, berkepul-kepul asap keluar.. Best sangat ke hisap asap?? Rasanya lagi sedap burger yang aku makan tu dari hisap shisha.. Kenyang pun kenyang.. Harga shisha dah la mahal.. Boleh pulak diorang hisap benda tu.. Benda yang tak mengenyangkan pun..

Oklah.. Banyak lagi cerita yang aku ada ni.. Tapi kalau aku tulis panjang-panjang, korang bukannya baca pun.. Jadi cukuplah setakat ni sahaja.. Tunggu sambungannya... Selamat malam..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

 

Saturday, 7 April 2012

15 Kebaikan sujud dalam solat

15 Kebaikan sujud dalam solat


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada    sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Terima kasih..salam dari pantai timur.

sunyi sepi

Semua kedai tutup hari ni.. Lapar.. huhu.. Hari ni hari pertama cuti pertengahan sem .. Aku tak balik kampung kali ni sebab nak save duit punya pasal,, Ayah aku pun suruh stay sini je.. Tak payah balik lah.. Huhu.. Jadi aku pun duduk lah sorang-sorang kat dalam bilik ni.. Terasa sunyi yang amat sangat. Huhu..Nak balik kampung..

Dah la semua kedai tutup dalam masa seminggu ni.. Haiihh.. Maggi, kaulah teman hidup ku.. huhu.. sedih.. Hari ni boleh pulak terasa hati pada seorang hamba allah ni yang balik tak bagitahu langsung. Orang tanya ada sakit ke tak, dia jawab tak sakit.. Tapi nampak gaya semalam macam ya..hee..Last-last hari ni baru tahu yang dia dalam perjalanan balik kampung semalam.

Ohhh.. patut la.. Baru aku tahu kenapa dia macam tak sihat je.. Aku sepatutnya tak boleh terasa hati dengan dia kan??  betul tak?.. aku tak berhak pun nak menyuruh dia bagitahu apa yang dia tengah buat. Ikut dia lah nak bagitahu atau tak.. Bagitahu yang betul atau pun yang salah.. Aku langsung tak ada hak. Hai hati.. Kenapa sampai sekarang kau masih terasa dengan dia.. Padahal akal dah bagitahu apa yang patut kau lakukan.. Kenapa kau masih susah untuk dengar kata akal ni??!!.. Kau tengok dia sakit je, kau yang jadi gelisah.. Kenapa??

Hai hati.. sudah-sudah lah tu.. Bukan ke dia dah ada orang yang boleh jaga dia.. Jadi tak payah lah risau dengan sakit yang sedikit tu.. Dia sakit sikit je.. Tapi kenapa kau asyik risau macam dia tu tengah berada dalam wad icu??.. sudah-sudah lah tu.. Kalau dia sakit kuat, memang patut la kau risau.. Tapi ni dia tak makan pun kau risau.. Haii.. apa nak jadi dengan kau ni haa.. HATI..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Soalan yang paling susah adalah soalan yang paling mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Haiihh.. Hari ini hari yang agak malang bagi aku.. Stress gile lepas jawab test tadi.. Heee... Geram pun ada.. Lepas ni aku dah tak nak percayakan soalan spot lagi.. Baik aku start study dari soalan basic sehingga soalan yang susah..

Study punya lah lama.. Bincang sana sini.. Last-last satu pun tak masuk..Hampeh.. Terkejut gile tengok soalan yang begitu mudah sehingga tak dapat jawab langsung.. Arrr.. Study soalan punya lah susah.. Derive situ, derive sini.. Ubah dari silinder kepada sphere.. Sphere kepada silinder.. Sampai pening kepala untuk faham solution soalan tersebut.. Last-last apa yang masuk adalah soalan basic..

Soalan yang kitaorang abai macam tu je sebab tak yakin soalan senang macam tu akan masuk test.. Bila soalan tu masuk semua terabur.. Dah lah tak study betul-betul soalan tu.. Kena trick macam tu je.. Langsung tak nampak cara untuk selesaikan soalan tu. Padahal step dia hanya skit je.. Arhh stress.. Apasal lah aku tak baca baik-baik bab tu.. Hint yang ada semua tak berguna.. Tak membantu langsung. Paling tak boleh terima adalah semua soalan itu adalah soalan yang paling simple yang boleh ditanya.. Tapi aku tak boleh jawab.. Haahh.. teruk-teruk.. Aku berani jamin markah test aku ni kurang dari sepuluh.. Tunggu je lah result aku nanti macam mana..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 6 April 2012

Bersalah

Sekali buat silap.. Kita akan membawa kesilapan itu selama-lamanya.. Hidup kita akan kucar kacir dan hati tidak tenteram sama sekali.. Sepanjang hari kita akan mundar mandir tanpa ada arah tujuan.. Semua yang kita lakukan tak menjadi.. Akal kita pada masa ini tidak sama sekali dapat berfungsi dengan betul.. Apa yang berada difikiran kita hanyalah BERSALAH, BERSALAH, BERSALAH... Dan BERSALAH..

Thursday, 5 April 2012

Membebel sorang-sorang awal pagi...

Syukur allhamdulilah... Aku dapat jawab test dengan baik pada hari ini. Ada juga 2,3 soalan yang aku tak dapat jawab sebab tak yakin dan lupa formula.. Apapun aku berpuas hati dengan usaha aku sendiri.. Sebanyak mana aku usaha, sebanyak itulah ganjaran yang aku dapat.. Jadi adil lah.. hehe..

Aku tengah boring masa ni.. Huhu.. Aku tidur awal tadi.. Dalam pukul 9.30.. Biasalah perut tengah kenyang dan badan tengah letih.. Jadi nampak katil je, terus baring.. Duk tidur.. krohh.. krohh. Kawan-kawan datang kacau tidur pun tak layan dah.. Nak tidur sangat punya pasal.. Lepas diorang keluar dari bilik aku je.. Aku terus kunci pintu.. baru tenang... Serabut kepala aku kalau diorang datang kacau lagi..

Aku bukan jenis yang tidur lama-lama kat asrama ni.. kalau kat rumah lain laa.. hehe. Kat sini aku tidur sekejap je.. Akibat dari tak biasa tidur lama, aku pun tengah pejam celik, pejam celik mata atas katil sekarang ni.. Tengah boring.. Korang pernah rasa tak kebosanan masa tidur??? maknanya tidur pun terasa bosan.. Aku dah rasa banyak kali perasaan ni.. Sesuailah dengan aku, sebab aku pun tak suka dengan rasa bosan. Aku lagi rela bekerja yang mengunakan tenaga yang banyak daripada kerja sebagai pengawal keselamatan.. Duduk ronda-ronda dan termenung je sepanjang hari.. Bosan gile..

Hai... apa nak buat ni.. Layan movie dulu ok gak ni.. Hehe.. ok lah.. chow dulu.. Bye-bye.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...