OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 31 May 2012

Segmen : Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak

Join segmen ini.. Jom bergelak tawa beramai-ramai.. Hahaha.. pssstt.. Aku tak boleh nak gelak sekarang sebab assingment masih tak siap.. Tambahan pulak esok ada presentation pulak.. Huhu..
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Peluang Melihat Planet Zuhrah


GEORGE TOWN – Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

“Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium,” ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

Sumber: Kosmo
Terima kasih.. salam dari pantai timur

Wednesday, 30 May 2012

Awak!!!! Selamat Hari Jadi


Malunya tersilap wish tadi.. Tersilap tengok tarikh lahir awak. hehe..^_^.. Tapi takpe la, saya dah jadi orang pertama yang wish pada awak.. Bermula tengah malam nanti bertambah lah angka pada umur awak itu.. Bersyukurlah kepada allah, tuhan yang telah memberikan kepada kita peluang untuk melihat hari ini..Semoga awak sentiasa dalam limpah dan rahmat-Nya. Amin..





 Terima kasih.. Salam dari pantai timur.

Contest RM 200 bersama www.careeron9.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum tidur aku nak join contest yang dianjurkan careeron9.  Contest ini dinamakan contest RM 200. Nama pun dah RM 200, maknanya hadiah pertamanya mesti duit Rm200. Aku masuk contest ni bukan sebab duit. Tetapi nak kongsi sesuatu yang berguna buat kita semua terutamanya diri aku.

WWW.CAREERON9.COM adalah satu laman web yang menawarkan peluang pekerjaan kepada siapa-siapa diluar sana yang masih mencari pekerjaan. Lebih-lebih lagi kepada graduan-graduan yang baru keluar dari tempat pengajian. Careeron9 juga menyediakan tips-tips yang berguna untuk menempuh sesi temuduga.

Aku dah pun buat link disebelah kanan blog ini untuk kamu semua tekan dan pergi ke careeon9. Disana kamu akan dapat melihat tempat-tempat yang menawarkan kerja diseluruh negara malaysia. Di situ sudah dibahagikan mengikut negeri-negeri. Jadi senang kamu nak cari kerja di negeri pilihan masing-masing.

Sebagai pelajar, termasuklah aku kena lah alert pasal ini awal-awal lagi. Nanti senang nak cari tempat kerja apabila dan graduate. Takdelah menganggur lama-lama. Kalau ada rezeki dapat lah kerja itu. Kalau tak ada tak salah pun kita berusaha. Jadi aku harap link yang aku bagi ini berguna buat semua orang.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Tuesday, 29 May 2012

"Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun"

Join segmen ini.. Blogger yang memberi saya inspirasi adalah Abg Ben Ashaari..
Dia lah yang saya anggap sebagai sifu, dan juga pencabar yang sangat kuat. Dalam dunia ini kalau tak ada persaingan tak seronok. Asyik menang je boring jugak.. Jadi bila ada pesaing ni menang atau kalah tidak menjadi masalah, asalkan kita mendapat kepuasan daripada apa yang kita lakukan. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 28 May 2012

Dataran Pahlawan Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Arrr.. geramnya.. Line boleh putus plak time aku baru nak sudah tulis tadi.. Dah la tak save lagi.. Hilang macam tu je.. Stresss ( ayat Gary dalam Running Man).. Aku malas dah nak tulis sekali lagi semua itu.. Jadi secara ringkasnya aku nak kongsi gambar-gambar yang aku ambil semasa buat project titas. Sory gambar kurang menarik sebab aku guna hp N70.. Nak beli kamera, duit tak cukup.. Terpaksa lah guna N70 yang masih setia dengan aku tu..

 
Abang macho.. Hehe
Tempat ini berada didalam pusat beli-belah di dataran pahlawan. Ikan koi disini amat jinak.. Korang boleh main-main dengan ikan disitu.. Tapi kalau korang kena gigit, jangan salahkan aku.. ^_^.

Naruto posing baik dihadapan memorial pengisytiharan kemerdekaan.. hehe.. Terima kasih sebab jadi pemandu pelancong kitorang..
Ini antara kesan-kesan tinggalan para penjajah zaman dahulu yang menjadi tarikan utama pelancong untuk datang kesini.
Ini tempat yang paling special.. Tempat ini adalah didalam tinggalan sejarah diatas..  korang nampak lelaki yang tengah melukis tu.. Nama dia adalah Daniel.. Abang Daniel memang hebat melukis. Dia menghasilkan lukisan berdasarkan memorinya, tentang tempat, orang dan lain-lain lagi. Bila melangkah masuk kedalam, aku terpegun melihat lukisan-lukisan yang begitu cantik dipaparkan disitu. Terus berhenti tengok.. Perhh.. Terbaik. Kualiti lukisan itu aku agak bernilai dalam ratusan ringgit. Dan yang paling menarik minat aku adalah lukisan disitu semuanya asli. Bukannya Photocopy. 

Aku sempat berbual dengan abang Daniel pasal pelancongan dimelaka. Rasanya aku berjumpa dengan orang yang tepat. Abang Daniel ni memang arif dalam sejarah. Bagi dia, pelancong zaman dulu lebih ramai datang ke melaka berbanding sekarang. Kenapa??.. Sebabnya kerajaan negeri melaka tidak menjaga dan memulihara tempat-tempat bersejarah disitu dengan sebaiknya. Pelancong datang untuk melihat sejarah.. Bukannya datang untuk melihat bangunan-bangunan dan tempat yang baru.. Jadi harapnya kerajaan negeri melaka alert pasal ini. 

Ini lukisan yang aku sempat beli.. Harga lukisan ini boleh dirunding dengan abang Daniel. Nasib baik aku datang masa hari guru. Dapat promosi RM10 satu keping..hehe ^_^.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 27 May 2012

AL-'AZIIZ. AL-QADIIR, AL-QAADIR, AL-MUQTADIR, AL-QAWIY, AL-MATIIN

Bahagian ketiga dan terakhir, di antara bukti kesempurnaan, keperkasaan, kekuasaan dan kejayaan Allah adalah sebagaimana diketahui bahawa dia adalah pencipta apa saja yang ada pada hamba-hamba-Nya. Dia adalah pencipta apa saja yang diperbuat oleh semua hamba-Nya, menciptakan perbuatan taat mereka, menciptakan perbuatan maksiat mereka, meskipun itu juga adalah perbuatan mereka. Perbuatan-perbuatan itu disandarkan kepada Allah dalam hal penciptaan dan kekuasaannya. Sedangkan jika dilihat dari segi perbuatan dan hubungan langsung dengan apa yang mereka kerjakan, semua ini disandarkan kepada para hamba-Nya. Kedua hal tersebut saling tidak menafikan, sebab Allah adalah pencipta kemampuan dan keinginan mereka, di mana pencipta (sebab yang sempurna) sama dengan pencipta akibat.

Di antara jejak-jejak qudrat Allah adalah, adanya pertolongan dari-Nya kepada para wali-Nya yang disebutkan dalam Al-Quran. Meskipun jumlah dan peralatan mereka sedikit. Allah memberikan kemenangan kepada mereka dalam menghadapi musuh-musuh yang mengungguli mereka dari segi jumlah dan peralatan.

Di antara tanda kekuasaan dan adanya rahmat Allah adalah berbagai seksaan dan jenis nikmat yang dilimpahkan kepada para penghuni neraka mahupun penghuni syurga. Dengan kekuasaan-Nya dia mewujudkan segalanya, mengendalikan dan memyempurnakannya. Dengan kekuasaan-Nya dia menghidupkan dan mematikan hamba-Nya lalu membangkitkannya untuk diberikan balasan (balasan yang baik atau yang buruk). Juga dengan kekuasaan-Nya dia membolak-balikkan hati dan menggerakkannya menurut apa saja yang menjadi iradah (kehendak-Nya). Apabila dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata: "Jadilah!" lalu jadilah ia.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.





AL-'AZIIZ. AL-QADIIR, AL-QAADIR, AL-MUQTADIR, AL-QAWIY, AL-MATIIN


Sambungan kedua, Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah: Pertama, anda melihat bumi dalam keadaan tandus, kemudian ketika hujan turun padanya, maka ia menjadi subur, serta menumbuhkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang indah.  

Kedua, adanya kejadian-kejadian yang menimpa umat yang melakukan pembohongan, orang yang berbuat kufur, penuh kezaliman yang terdiri daripada pelbagai bentuk bencana dan seksaan ditimpakan kepada mereka. Sesungguhnya tipudaya mereka, usaha pembohongan mereka, harta benda dan kekayaan mereka serta perajurit yang diperkuatkan dengan benteng-benteng mereka tidak mampu sedikit pun membendung seksa yang datangnya daripada Allah. Apalagi kejadian-kejadian yang terjadi di masa sekarang ini. Sebab kekuatan yang menakjubkan, keperkasaan yang membanggakan di mana umat manusia dewasa ini telah mampu menyusun dan menciptakannya, sebenarnya berasal daripada qudrat (kuasa) Allah yang memberikan kepada mereka, yang diajarkan kepada mereka sebelum mereka memiliki perngetahuan tentang itu.

Ketiga, di antara tanda-tanda kebesaran dan kuasa Allah adalah bahawa sesungguhnya kekuatan, kekuasaan, dan kecanggihan teknologi mereka sama sekali tidak mampu menolong mereka dalam membendung musibah yang menimpa mereka. Sama ada berupa bencana dan seksaan ataupun pelbagai kerosakan lainnya. Meskipun mereka berusaha keras untuk memenuhi perkara itu. Tetapi ketentuan Allah lah yang pasti menang kerana kekuasaan-Nya mencakupi beberapa unsur alam bahagian atas mahupun unsur alam bahagian bawah.

Tamat sambungan kedua..
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

AL-'AZIIZ. AL-QADIIR, AL-QAADIR, AL-MUQTADIR, AL-QAWIY, AL-MATIIN

Nama-nama yang agung tersebut memiliki beberapa makna yang saling berdekatan. Dia adalah Yang Maha Suci, Maha Sempurna Kekuatan-Nya, Agung Kekuasaan-Nya, Yang Luas keperkasaan-Nya.

Pertama, keperkasaan kekuatan ('Izzatul quwwah) yang ditunjukkan oleh sebahagian nama-Nya Al-Qawiyyu Al-Matiinu. Ini merupakan sifat Allah yang agung dengan keagungan yang tidak dapat digabungkan (disandarkan) kepada kekuatan makhluk meskipun sangat besar.

Kedua, keperkasaan dalam menghalang ('Izzatul Imtina'). Sesungguhnya Allah Maha Kaya dengan Zat-Nya, sehingga tidak memerlukan seseorang. Para hamba-Nya tidak dapat mendatangkan mudarat dan manfaat kepada-Nya. Dia-lah al-Dharru (Yang Mendatangkan Mudarat), al-Naafi'u (Yang Mendatangkan Manfaat), al-Mu'thi (Yang Maha Pemberi) dan al-Maani'u (Yang Maha Mencegah).

Ketiga, Keperkasaan dalam menaklukkan ('Izzatul Qahri) dan mengalahkan setiap yang maujud (ciptaan). Seluruh maujud patuh kepada Allah. Tunduk pada Kebesaran-Nya, dan patuh pada Kehendak-Nya. Seluruh ubun-ubun makhluk ada di tangan-Nya. Semua yang bergerak dan berbuat disebabkan kekuatan dan izin-nya.
Apa yang dikehendaki Allah pasti dapat terjadi dan apa saja yang tidak Dia kehendaki, maka tidak akan terjadi. Tiada daya dan upaya melainkan atas kehendak Allah. Di antara kekuatan dan kekuasaan-Nya adalah Allah menciptakan langit, bumi serta semua yang ada diantara keduanya dalam enam hari. Dia menciptakan makhluk, kemudian mematikan mereka, kemudian menghidupkan mereka, dan setelah itu mereka dikembalikan kepada-Nya.
Tamat sambungan pertama....
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saturday, 26 May 2012

Rindu Nak Balik Ke Rumah

Road tax motosikal aku habis tempoh 6/6/2012... Aku ada 2 pilihan.. Nak balik ke kampung atau pun suruh ayah aku postkan road tax yang baru ke sini.. Perkara ni nampak simple je, tetapi membawa dilema kepada aku.. Masuk bulan 6 nanti, cukuplah setengah tahun aku tak balik ke kampung..

Semua tahu apa yang aku cuba sampaikan.. Kan???.. Rasanya dah boleh agak pun.. Aku sebenarnya dah rindu... Bukan rindu pada kekasih ehh!!.. Tetapi aku dah rindu sangat-sangat nak balik kampung. Bila ada peluang macam ini aku tak tahu nak pilih yang mana sebab hati ni memang nak balik je.. Hati ni dah meronta-ronta nak balik walaupun hanya sekejap..

Aku tak balik cuti sebelum ini sebab nak berjimat. Satu minggu aku duduk disini sementara kawan-kawan aku yang lain bersuka ria di rumah masing-masing. Masa tu tak la terasa sangat. Apabila dah lama.. Kerja bertimbun-timbun.. Test pun teruk.. Memang aku terasa rindu sangat nak tatap wajah emak ayah dan adik-adik aku yang lain.. Aku juga dah rindu pada kampung, tempat aku membesar dan tempat yang dapat memberikan kedamaian kepada aku.

Aku masih belum berbincang dengan emak ayah aku pasal aku nak balik kampung. Aku harap aku dapat balik. Rindu sangat-sangat ni. Kalau tak dapat balik jugak, sabar je lah. Ya Allah!! Kuatkan lah hati ini dengan dugaan yang kau berikan kepada ku ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Kata-kata lebih hebat dari gambar


Apabila tengok balik post semalam aku perasan sesuatu.. Gambar tidak dapat menerangkan apa yang tersirat didalam hati ini dengan sebaiknya.. Gambar tanpa penerangan tidak membantu meluahkan isi hati. Lebih-lebih lagi gambar kartun seperti itu.. Aku tengok gambar itu macam gambar kartun yang biasa..  Jadi maaf ya..

Semalam aku memang terasa sangat teruk. Bermula dari awal pagi sehingga malam nasib tidak menyebelahi diri aku.. Awal pagi aku terpaksa meredah hujan yang lebat untuk datang ke kampus kerana ada presentation. Dalam hati memang dah tak nak pergi. Tetapi terpaksa juga sebab kalau tak pergi tak ada markah. Jadi aku pun redah je la dengan baju hujan yang dah lusuh itu. Habis basah seluar aku.

Apabila sampai je aku dapat tahu kelas itu batal. Bayangkan macam mana perasaan aku ketika itu apabila dapat tahu kelas batal selepas datang dalam hujan lebat dan kesejukan.. Ahhh.. Sabar je lah. Aku set dalam minda aku ini.. Hari ini baru bermula.. Jadi ini tak ada apa-apa lagi. Biasalah hujan turun.. Dengan mind set macam tu aku balik semula ke kolej kediaman dalam keadaan sejuk dan basah.

Ini yang kedua.. Petang itu aku ada test, Test power..  Dan test inilah yang menyebabkan perasaan aku macam nak meletup. Seperti gambar naruto yang bertukar menjadi musang ekor sembilan. Macam itulah perasaan aku membuak-buak.. Dalam test itu aku langsung tak dapat jawab. Rasanya dalam banyak-banyak test yang aku jawab.. Ini lah yang paling teruk. Aku tak marah pada sesiapa kecuali diri aku sendiri.

Kenapalah aku tak dapat jawab soalan yang senang seperti itu!!!!!..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 25 May 2012

Tidak Tergambar Dengan Kata-Kata

 Hari ini aku tak bernasib baik sangat.. Macam-macam terjadi.. Aku tak boleh nak gunakan kata-kata untuk menerangkan perasaan yang bergelora di hati ini.. Malam ini aku nak gunakan gambar untuk menerangkan isi hati aku.. 

 




Nasib baiklah ada tempat untuk aku melepaskan apa yang terpendam dalam hati ini.. kalau tak, tak tahu la..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 24 May 2012

Distributors PowerTrekk

Distributors


ITALY

DTR S.r.l.
Via Brescia, 37, Italy
25032 Chiari  (BS)
Giorgio Timpani

giorgiotimpani@dtrsrl.com

Phone

+39 030 6391741
+390306391741

BENELUX

ZAP Now
P.O. Box 66
8180 AB, Heerde
The Netherlands
Paul Schurink

P.Schurink@ZAPnow.nl

Phone

+31 578 618 814
Web

http://www.ZAPnow.nl

USA

Industrial Revolution
9225 151st Avenue NE
Redmond, WA 98052
Graeme Esarey

graeme@industrialrev.com

Phone

425.883.6600
Web
www.industrialrev.com

AUSTRALIA / NEW ZEALAND

FROGsolutions Pty Limited
P.O. Box 1104 WOLLONGONG BC NSW 2500
Wollongong

104 Auburn St Wollongong, NSW 2500
John De Carli

john@FROGsolutions.com.au

Phone

+61 2 4221 1441
+61 2 4253 0041
Web

www.FROGsolutions.com.au

www.FROGstore.com.au

FINLAND

Future Retail Oy
Sahaajankatu 26 A
00880 Helsinki
Olli Nenonen

Olli.Nenonen@futureretail.fi

Phone

Tel:+358 9 856 26 800
Fax:+358 9 856 26 806
Web

www.futureretail.fi

BULGARIA

XCoSports Bulgaria
bul. Cherni Vrah 90
1407 Sofia
Dimitar Dimitrov

info@xcosports.com

Phone

+359887946979

FRANCE

INNOSOLAR
8 Rue de Laurier
68700 Cernay,
Guy Marx

marx@innosolar.fr

http://www.innosolar.fr

CHINA

Retsch Innovation Biotech
Rm719 New Material Mansion
Yong Feng Innovation Bases, Haidan District
Beijing
Liu

biotest@126.com

ROMANIA

OLMA Holding
Onisifor, Ghibu nr7, BIO25, Sc.6, ap, 68
Bucharest
Olga Lefter

marcel.ionescu@olmaholding.com

JAPAN

Evernew
6-4-38 Kiba, Koto-ku
Tokyo 135-8506
Yutaka Takagi

info@myfc-charger.jp


 Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

POWERTREKK™


 
 
Q1: What is a POWERTREKK™ Fuel Cell Charger?
POWERTREKK™ Fuel Cell Charger is the world´s first Water Charger. It is a 2-in-1 solution that is both a fuel cell and a portable battery pack used by people who spend time away from the electricity grid. POWERTREKK™ Fuel Cell Charger provides instant power anywhere to electronic equipment for all devices that can be charged via USB. 
 
Q2: What devices can I charge with my POWERTREKK™ Fuel Cell Charger?
Any device that can be charged via an USB port, i.e. 5V DC output. However, some devices can be powered via USB but are not truly usb-compatible. If such a device should require more power than the POWERTREKK™ Fuel Cell Charger rated output, charging is not possible. 
 
Q3: Am I totally independent from the power grid?
Yes, but to operate, hydrogen must be supplied to the fuel cell, and the fuel cell must be exposed to the open air. The fuel cell inside POWERTREKK™ Charger silently converts hydrogen into electricity via the Proton Exchange Membrane in the Fuel Cell.
 
Q4: Can I use my POWERTREKK™ Fuel Cell Charger without a POWERTREKK™ Puck?
Yes, the POWERTREKK™ Fuel Cell Charger is equipped with a 1500 mAh internal rechargeable battery for energy storage. You can charge your device with power from the Internal Battery only. You can also charge the Internal Battery via the Fuel Cell or from a usb energy source such as a PC computer or directly from the wall. 
 
Q5: When will the POWERTREKK™ Fuel Cell Charger be available in retail?
Sale-start in Europe, US and Japan in spring of 2012. Information on retailers near you will be disclosed on our website shortly.
 
Q6: What will it cost?
POWERTREKK™ Fuel Cell Charger suggested retail price: $229/199€. POWERTREKK™ Pucks 3-pack: $12/10€.
 
Q7: What is the capacity of the POWERTREKK™ Internal Battery? 
1500 mAh, i.e. the internal buffer can provide a current of 1500 mA during one hour
 
Q8: How many watt-hours can I get from one POWERTREKK™ Puck?
4 watt-hours.
 
Thanks.. salam dari pantai timur.

POWERTREKK

Before this, i have already mention about Advanced USB Charger.. Right??? charger that use 9 volt battery to charge any phone or any device that use 5 voltage.. ok .. So, today i want to introduce another technology that have same concept but use different ways.. Instead of battery like ours, they use water. Very cool.. The technology called POWERTREKK..

PowerTrekk


PowerTrekk is a portable fuel cell charger for use by outdoor enthusiasts who spend time away from the electricity grid. PowerTrekk provides instant power anywhere to electronic equipment such as mobile phones, digital cameras and GPS devices.
PowerTrekk is a 2-in-1 solution that is both a portable battery pack and fuel cell. The portable battery pack can be operated on its own as a ready source of power or storage buffer for the fuel cell. The fuel cell enables instant charging from a deflated battery state without ever needing a wall charge.

Your Mobile Charger – How to Run it

1. Remove tray system and insert fuel pack into fuel compartment of your PowerTrekk mobile charger
2. Fill-up water compartment (approx. one tablespoon) and close lid
3. Re-attach tray system to your mobile charger
4. Connect electronic device to the PowerTrekk, using USB-A connector
5. A mobile charge will start automatically
6. While in use, PowerTrekk indicates state of operation. Once your mobile charger is in shutdown mode, remove used fuel pack.
 Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Automatic Plant Irrigation System

Allhamdulilah.. Kelas cct dah pun tamat.. Pemenang Final Project untuk menjadi wakil kelas dah pun diumumkan.. Tahniah kepada kumpulan Triple A yang dah berjaya dengan Project Automatic Plant Irrigation System.. Aku akan buat liputan pasal pertandingan ini minggu hadapan..

Sedikit penerangan ringkas tentang Project Automatic Plant Irrigation System daripada wakil kumpulan Triple A..   
Amir Nashrul Bin Abd Jalil
 

Project Automatic Plant Irrigation System ini berkonsep kepada automatic plant system yang sedia ada, tetapi telah diubah suai dengan menambah sensor untuk mengesan kehadiran kelembapan di dalam tanah.. System ini akan beroperasi apabila tanah dikesan mengalami kekurangan air. Ia dilengkapi dengan timer untuk menentukan masa dan kuantiti air yang dikehendaki untuk penyemburan tanaman.

Project ini dapat menjimatkan tenaga kerja manusia dan mengelakkan pembaziran air. Selain itu, project ini juga dapat meningkatkan mutu hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan lain-lain lagi.. Kos model untuk project ini adalah RM 70. Untuk scala yang sebenar, harga project ini masih tidak diketahui. Apabila sudah siap prototype, baru boleh dinyatakan harga yang sebenar..

Terima kasih pada Amir Apong atas kerjasama yang diberikan... salam dari pantai timur.


Wednesday, 23 May 2012

Sistem Gred Bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma

Ini adalah informasi bagi pelajar-pelajar universiti yang mengambil ijazah sarjana muda dan diploma.. Kebanyakan daripada kita semua tidak tahu langsung macam mana sistem gred ini dikira.. Ini termasuklah diri aku sendiri.. Jadi jom kita tengok berapa markah yang diperlukan untuk kita score dalam setiap subject yang diambil..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

PENCAPAIAN CEMERLANG UTeM DI ITEX 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bermula hari ini aku akan update informasi berkaitan dengan UTeM.. Aku akan update info ini berpandukan info yang ada didalam blog lecture aku Sulaiman utem.
CRIM mewakili pihak Pengurusan Universiti mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada penyelidik-penyelidik UTeM yang telah berjaya memenangi 5 emas, 8 perak dan 3 gangsa di 23rd INTERNATIONAL INVENTION AND TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX),  pada 17 hingga 19 Mei 2012.

Kejayaan ini juga merupakan satu usaha dan komitmen yang berterusan dari semua warga UTeM. Adalah diharapkan kejayaan ini akan dapat menyuntik semangat kepada semua penyelidik UTeM untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.


Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pihak Pengurusan Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan CRIM merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan kejayaan tersebut.


Terima kasih dan tahniah.. salam dari pantai timur.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)
NO.
RESEARCHER
FAKULTY
TITLE
AWARD
1
Mohd Najib Ali Mokhtar, Mohd Nazrin Muhammad, Mahasan Mat Ali, Nik Syahrim Nik Anwar, Muhamad Asari Abdul Rahim
Farah Jaafar

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

Ice Cooling Fan

GOLD
2
Mohd Najib Ali Mokhtar, Mohd Nazrin Muhammad,
Elfi Rahayu Imam Fauzi
Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

Recycled Bottle Compression System

GOLD
3
Dr. Auzani Jidin, Zaihasraf Zakaria, Muhd  Zharif Rifqi Zuber Ahmadi, Noor Hasina Ali, Goh Wee Yen,
Ahmad Shah Erwan Alias, Mohd Zulkifli Ramli

Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Induction Motor Drive For Industrial Applications
GOLD
4
Engr. Siva Kumar Subramaniam, Mazran Esro, Prof. Dr. Muhammad Ghazie Ismail, Tan Swee Tiang, Engr. Vigneswara Rao Gannapathy, Ridza Azri Ramlee

Faculty of Electronics and Computer  Engineering(FKEKK)

Self-Routing Traffic Light Controller For Cross Junction
GOLD
5
Ma Tien Choon, Dr. Chong Shin Horng
Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Design & Development Of Intelligent Solar Panel Module To Maximize Output Power For Each Solar Cell In Actual Environments

GOLD
6
Dr. Abdul Rahim Abdullah, Ezreen Farina Shair, Mohd Khairi Mohd Zambri
Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Multi Purpose Solar Lamp (1LAMP)

SILVER
7
Zamani Md Sani, Aminurrashid Noordin, Shaharrudin Hj Syahid,
Awangku Khairul Ridzwan Awangku Jaya, Syamsul Azrin Zulkifli, Mohd Farriz Hj Md Basar, Anuar Mohamed Kassim, Nik Syahrim Nik Anwar, Mohd Rusdy Yaacob
Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Smart Fan Controller (SMAFAC)

SILVER
8
Mohd Farriz Hj. Md Basar, Masjuri Musa@Othman, Prof. Madya Juhari Ab. Razak, Prof. Dato' Dr. Kamaruzzaman Sopian, Zamani Md Sani, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff, Muhamad Faizal Yaakub, Mohd Shahrieel Aras, Fadilah Abdul Azis, Muhammad Nur Othman, Nur Syuhada Borhan, Nur Syuhada Sulaiman, Salbiah Binti Kepli

Faculty of Engineering Technology (FTK)
Portable Car Cooling System (Car-Cool)

SILVER
9
Mohamad Riduwan Md Nawawi, Norazhar Abu Bakar,
Dr. Abdul Rahim Abdullah, Aminurrashid Noordin, Khalil Azha Mohd Annuar, Zainolizam Musa, Oon Cee Xian, Musa Yusup Lada

Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Intelligent Parking Management System (IPMS)

SILVER
10
Engr. Vigneswara Rao Gannapathy, Dr Kok Swee Leong, Engr. Siva Kumar Subramaniam, Mazran Esro, Teh Zhen Xiang, Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi

Faculty of Electronics and Computer  Engineering(FKEKK)

Intelligent Health Monitoring System by Using Wireless Zigbee Technology (IHMS)

SILVER
11
Muhamad Faizal Yaakub, Mohd Farriz Hj Md Basar,
Asri Din,Muhammad Sharil Yahya, Faridah Hanim Mohd Noh, Abdul Halim Jusuh, Afdzal Ridzuan Khalid

Faculty of Engineering Technology (FTK)
Emergency Exit System Enhancement Devices (EESED)

SILVER
12
Norhafiz Salim, Awangku Khairul Ridzwan Awangku Jaya,
Mohamad Haniff Harun, Mohd Nurul Al-Hafiz Sha'abani,
Mohd Bazli Bahar, Mohd Hafiz Taib, Arman Hadi Azahar

Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Home Intergrated System Management (HISM)

SILVER
13
Mohd Yuhazri Yaakob, Hasoloan Haery Ian Pieter, Noraiham Mohamad, Saifudin Hafiz Yahaya, Ahmad Yusairi Bani Hashim, Low Mei Ching, Myia Yuzrina Zalkis Ayol, Sawita Amir, Tan Teng Teng, Grace Hii Leh Ung

Faculty of Manufacturing Engineering (FKP)

A New Future Eco² Green Technology In Innovative Ceiling And Attic Panel

SILVER
14
Fadilah Abdul Azis, Mohd Shahrieel Mohd Aras,
Muhammad Nur Othman, Mohd Farriz Hj. Md Basar,
Muhammad Safie Rosli, Syed Razlan Shah Syed Abdul Rahman
Muhamad Fauzi Ab Latip

Faculty of Electrical Engineering (FKE)
Small Maneuverable Recent Technology Of
Remotely Operated Vehicle (SMART-ROV)

BRONZE
15
Dr. Mohd Ahadlin Mohd Daud, Nurlinda Mohmad Joha,
Afiq Shamsir, M.L. Tayalan
Faculty of Mechanical Engineering (FKM)
Polymer Waste For Composite Structure

BRONZE
16

 
Dr. Hady Efendy, Yong Kar Hoe, Muhammad Faizal Ghazali
Faculty of Mechanical Engineering (FKM)
Ceramic Membrane Support

BRONZE

AL-HAMIID

Allah Maha Terpuji.. Ibnu Qayyim menjelaskan, bahawa Allah Maha Terpuji dari dua segi. Pertama, seluruh makhluk menyebut pujian kepada-Nya, segala bentuk pujian yang diucapkan oleh seluruh penduduk langit dan bumi, sama ada generasi pertama (Awwalin) atau yang terakhir (Akhirin), didunia mahupun di akhirat. Dan seluruh pujian yang bukan berasal daripada mereka, tetapi telah ditetapkan bersamaan dengan zaman yang selalu berhubungan dengan pujian yang memenuhi seluruh semesta dari alam atas mahupun bawah tanpa ada batasnya adalah hak Allah.

Sesungguhnya Allah berhak mendapatkannya kerana dia-lah yang menciptakan mereka, memberi rezeki, mengurniakan kenikmatan zahir dan batin, dunia dan akhirat. Dia menghindarkan mereka daripada keburukan dan perkara-perkara yang buruk. Segala bentuk kenikmatan yang ada pada hamba berasal daripada Allah s.w.t, dan tidak ada yang mampu menolak keburukan kecuali dia. Oleh kerana itu, Dia berhak mendapatkan dari mereka segala bentuk pujian setiap waktu, dan memang sepatutnya mereka bersyukur kepada-Nya setiap saat.

Kedua, Dia terpuji atas nama-nama indah, sifat-sifat yang sempurna dan tinggi. Segala bentuk pujian yang agung yang dia miliki, Bagi-Nya segala sifat kesempurnaan dan dia memiliki yang paling sempurna di antara sifat-sifat tersebut. Setiap sifat daripada sifat-sifat-Nya berhak untuk mendapat pujian yang paling sempurna. Begitu juga dengan seluruh sifat-sifat-Nya yang suci, bagi-Nya dan perbuatan-Nya kerana seluruh perbuatan-Nya berorientasi antara kurnia dan kebaikan dengan perbuatan keadilan dan hikmah yang mana dia berhak menerima pujian yang paling sempurna atas hal itu.

Bagi-Nya, segala pujian atas ciptaan-Nya, syariat-Nya, ketentuan-Nya, balasan-Nya di dunia dan di akhirat. Segala bentuk perincian pujian bagi-Nya dan hal-hal yang terpuji atas-Nya tidak dapat dicerna oleh otak dan ditulis oleh pena..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...