OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 30 June 2012

Portfolio 1 Citizen.. Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk portfolio bagi program 1 Citizen, aku masih belum buat keputusan nak buat kategori mana untuk presentation hari isnin ini.. Idea aku dengan kawan aku, adalah buat video berkaitan dengan salah laku penggunaan internet dan kesannya.
 
Tujuan portfolio ini adalah:

The main purpose of this competition is for you to demonstrate your understanding what it means to be a responsible Netizen through different tools and media. Coming up with a project of your own will confirm and verify your understanding of the ground rules that are to be used acceptably in the digital world today. It is hoped that through these works, 'good behavior' online will also be promoted globally.   ---> from 1 citizen website.

Kategori yang anda boleh pilih untuk hantar portfolio
  1. Video/Animation
  2. Poster
  3. Photo 
  4. Creative Writing
  5. Slide Show
  6. Audio/Song
  7. Blog Activity
  8. Facebook Page
  9. Open Category
Antara 9 kategori yang terdapat diatas, tentu anda tertanya-tanya.. Kenapa aku tak pilih je Blog Activity kan?? Sebab aku tak pilih blog activity adalah kerana portfolio untuk blog adalah individu. Maknanya seorang sahaja untuk satu blog. Portfolio ini aku nak buat pair( dua orang ). Jadi sudah tentu tak boleh pilih kategori blog activity. 

Tetapi...!!! Sebagai seorang blogger. Aku akan cuba buat juga portfolio untuk blog activity. Dah jiwa blogger.. Sayang la kalau tak buat sesuatu yang berkaitan dengan blog. Kalau tak boleh submit kepada lecture.. Sekurang-kurangnya aku boleh submit kepada anda semua. Mana tahu, anda berminat untuk join program 1 Citizen.. 

Terima kasih..salam dari pantai timur. 

Friday, 29 June 2012

IC citizen Certification...Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini adalah hari untuk kami ambil IC citizen exam.. Untuk layak ambil exam ini, anda mesti menghadiri khursus di tempat yang dinyatakan sekurang-kurangnya 2 hari. Selepas 2 hari, baru anda boleh mendaftarkan diri untuk jawab exam.

IC citizen exam ini mengandungi 45 soalan objective. Masa yang diberikan adalah 50 minit. Exam ini akan menentukan sama ada anda benar-benar memahami cara untuk menggunakan teknologi dengan betul. Soalan yang diberi tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu senang. Yang penting anda faham apa yang terkandung dalam program 1 citizen. Kandungan program yang perlu diketahui adalah:
  1. e-Acess - e-Acess is about understanding the privilege of using electronic information as well as the right to having equal, secure and reliable acess.
  2. e-Literate - e-Literate is the ability to use technology and knowing when, when not and how to use it appropriately. It highlight how online behavior can have major conseguences offline.
  3. e-Rule - e-Rule defines as governing communication and technology use including respect for ownership and authorship.
  4. e-Safety - e-Safety is about measures and best practices for Netizens to guard their personal safety and the security of their network.
  5. e-Interaction & Collaboration - e-Interaction & Collaboration is an exchange and sharing of formation using digital systems and importance of having humanity, loyalty and respect for others when communicating.
  6. e-Enterprise - e-Enterprise is about business conducted online using any internet-based application. It is designed to educate on appropriate online buying behaviors, channels as well as tactics for making a secure online transaction.
  7. e-Care - e-Care is about physical and psychological well-being in a digital world.
  8. e-Accountability - e-Accountability is about the privileges and responsibilities of all users along with the ethical behaviors and expectations that comes with it. e-Accountability also includes credibility and integrity of online content and critical thinking about what is true/false.
Anda akan diberikan sijil lulus jikalau markah anda melebihi 640 daripada 1000. Selesai sahaja menjawab exam, anda perlu menjawab survey yang disediakan.. Bagi pelajar malaysia, anda juga perlu menghantar satu portfolio yang mengandungi 1 atau lebih element yang dipelajari. Contoh portfolio ini boleh didapati dilaman web 1 Citizen. Portfolio ini saya akan tunjuk selepas siap..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 28 June 2012

Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini nampak tajuk segmen yang menarik itu dari mak dara. Saya seorang silent reader tapi saya suka baca blog anda semua.. Boleh dikatakan setiap masa saya check update post di dashboard. Yelah kan, Anda semua sangat rajin update blog.. Bermacam-macam berita yang menarik anda postkan.. Saya juga suka tunggu update dari seorang blogger tu yang postnya amat menyentuh hati.. Jarang-jarang je update, tetapi setiap postnya amat bernilai tinggi.. Siapa??? ^_^
Biarlah Rahsia.
Bercakap pasal silent reader ni, saya biasanya akan klik, View in Google Reader.. Apabila saya buka link ini, saya dapat baca semua post yang terbaru tanpa perlu klik ke blog anda semua. Saya minta maaf kepada anda semua kerana cara ini agak mementingkan diri. Tapi ketahuilah, saya sentiasa baca setiap post anda semua tulis. Inilah cara saya sebagai seorang silent reader.. 

Blog yang biasa saya baca, tapi menjadi seorang silent reader.

  1. A day in the life of " eMma EeMa "
  2. Bro Framestone
  3. Bersama Mazidul 
  4. Ben Ashaari
  5. Lulu pages
  6. Iena Eliena
  7. Gadis pencinta pink
  8. Blog mak budak 
Dan banyak lagi lah.. Banyak sangat untuk diletakkan dalam list.. Pokoknya, setiap update post yang anda tulis.. Hampir semuanya saya baca.. Jadi jom lah rajin-rajinkan diri kita untuk update blog yang kita sayangi itu.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

1 Citizen...Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini khusus amalan kejuruteraan berlangsung di Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK). Dari pagi sehingga sekarang, kelas ini masih berterusan. Sebab masih dalam kelas, jadi aku nak tulis sikit je untuk masa ini.. Apa yang aku belajar di fakulti ini adalah laman web 1 Citizen. Dibawah adalah maklumat tentang 1 Citizen.



FOSTERING NATIONAL UNITY VIA APPROPRIATE USE OF TECHNOLOGY

The World's First Certification Program That Promotes Appropriate Use Of Technology
Do you practice ethical use of digital systems and tools when exchanging and sharing information? Do you have a proper Netiquette attitude when using technology? Are you able to distinguish which is appropriate or inappropriate use of technology? Are you protected from spyware, hackers,
phishing, identity theft and stalking when you are online?
You may be ICT-savvy; but can you claim you have all it takes to become a 'skilled and informed driver' on the information superhighway?
Welcome to 1CITIZEN Program!
1CITIZEN is a special training program developed by Prestariang Systems Sdn Bhd to foster national unity via appropriate use of technology. It inspires Netizen to become critical thinkers that understand ethical consequences of
online behaviour. This program help you getting your IC CITIZEN Certification; a world class certification program in Netiquette to confirm and verify your understanding
of ground rules for acceptable use in the digital world today.
Program Objectives
To develop a sense of 'keNegaraan', collaboration, responsibility and ownership to the communities during their online digital experience
To 'infuse' positive messages among Youth
To encourage youth volunteerism and activism
To integrate a Malaysia-owned Globally Benchmarked and Standards for digital literacy Certification
Certification Overview
IC CITIZEN Certification is the first of its kind in the world that is specially developed and designed to produce digitally literate and responsible citizens. This unique yet universal certification program aims to impart Acceptable Usage Policy (AUP) that lays down rules of acceptable 'netiquette' or behavior that must be applied when operating digital devices and accessing the Internet within a society.

IC CITIZEN subscribes to the idea of Netizen, a concept coined by Michael Hauben (1992).
IC CITIZEN Certification Objectives
To produce digitally literate and responsible citizens via:
-Becoming critical thinkers in analyzing sources of information and messages as well as to evaluate what the impact can be
-Understanding ethical consequences of online behavior
-Making good ethical decision of their behaviors online
To prepare users for a society full of technology without misusing and abusing them
To globally promote 'good behavior' when communicating, foster 'unity' and 'collaborative culture' in the digital world
To ensure the rights to an equitable, secure and reliable access to Digital Media & Resources
Acquire Knowledge & Understanding in 8 Critical Values
The program certifies knowledge and understanding of the following Values: e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Interaction & Collaboration, e-Enterprise, e-Care and e-Accountability.
Program Outcome
Upon completing the training, you will take the IC CITIZEN exam that consists of of 45 multiple-choice questions in a 60-minute time limit. This test will demonstrate and verify your understanding on how to use technology appropriately.

**For Malaysian students, you are also required to produce a portfolio of work that incorporates one or more elements.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

"Segmen Tingkatkan Followers dan Trafik Blog bersama Jejariruncing"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Apabila exam dah habis. Aku boleh la mula berblogwalking secara serius selepas ini.. Hehe.. Final exam sem ini boleh dikatakan mencabar jugak. Tetapi aku yakin sem ini aku dapat buat lagi baik dari sem lepas. Jadi, harap-harap aku dapat pointer lagi tinggi dari sebelum ini.. 

Tadi semasa blogwalking, aku ternampak segmen yang menarik ini.. Tengok banner kat atas pun dah tahu siapa orangnya kan??? ^_^.. ya itulah kak Elia, pemilik blog Jejariruncing.. Merupakan salah seorang blogger yang terkenal dan disegani di negara kita. Pada tahun 2011, blog dia ini adalah top 10 dalam engine carian google.

Berbalik kepada segmen ini, kak Elia telah terpilih antara  TOP 10 Levi's Curve ID Blogger Award.  Hebat tu.. Jadi kak Elia sekarang perlukan sokongan daripada kita semua untuk disenaraikan dalam Top 5.  Ada hadiah yang lumayan menanti kita sekiranya kak Elia berjaya tersenarai dalam Top 5.

Kak Elia bagitau.." Sekiranya saya layak memasuki Top 5, saya akan menghadiahkan sama ada Baucer Levi's bernilai RM100, wang tunai RM100 ataupn barangan yang bernilai RM100 atau lebih kepada salah seorang peserta segmen ini(yang menepati semua syarat). Saya akan pilih peserta segmen yang paling hebat berkempen. Jadi selain daripada hadiah baucer Levi's Rm300 daripada pihak EH! tu, saya tambah lagi hadiah peribadi saya seperti yang dinyatakan diatas."..

Tekan read more untuk cara voting..

Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink

Join segmen ini.. Blog pilihan aku adalah Aisyah Humaira'.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY

Join segmen ini.. Kekerapan aku berblogging dalam sehari adalah lebih kurang 10 jam..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 27 June 2012

Betapa Besarnya Darjat Seorang Ibu

MALAIKAT DI RUMAH MU...
Suatu hari ada seorang bayi yang akan dilahirkan ke dunia. Sang bayi bertanya kepada Tuhan;
“Para malaikat mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tapi bagaimana cara aku hidup di sana, sedangkan aku begitu kecil dan lemah?”

Tuhan menjawab;
“Aku telah memilih satu malaikat untukmu, dia akan menjaga dan mengasihimu..”

Sang bayi berkata lagi;
“Tapi di sini , di syurga, aku hanya bernyanyi dan ketawa ria. Semuanya sudah cukup membahagiakanku..”

Tuhan menjawab lagi;
“Malaikatmu akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari, kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia..”

Sang bayi bertanya lagi;
“Dan bagaimana aku bisa mengerti saat orang berbicara kepadaku, aku tidak mengerti bahasa mereka?”

Tuhan menjawabnya;
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan bagaimana kamu berbicara..”

“Aku mendengar di dunia banyak orang yang jahat, siapa yang akan melindungiku?”

“Malaikatmu akan melindungimu, walaupun nyawanya akan dipertaruhkan..”

“Pasti aku akan sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi..”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentangKu, dan dia akan mengajarkan kepadamu bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu..”

Saat itu syurga begitu tenang sehingga suara dari dunia dapat didengar, dan sang bayi bertanya kepada Tuhan;
“Tuhanku, jika aku harus berangkat sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?”

Jawab Tuhan;
“Kamu akan memanggil malaikatmu…..IBU…”
ALHAMDULILLAH.....terima kasih YA ALLAH...

Sijil Kemahiran


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Berbalik kepada post sebelum ini, aku ingin berkongsi cerita semasa aku menjalani latihan kemahiran untuk sijil kemahiran tahap 1 dan 2. Latihan kemahiran itu aku buat selepas SPM di Batu 6 Elektronik (BEE)...  Biasalah selepas spm, tiada apa nak buat. Jadi aku enroll masuk ke BEE.

Niat aku adalah untuk mendapatkan sijil tahap 1, 2, dan 3 yang setaraf dengan sijil STPM dan juga Matrikulasi.. Mengikut kata-kata lecture daripada IKBM, sijil kemahiran memudahkan kita untuk mendapat kerja. Sijil kemahiran itu menunjukkan kita mempunyai ilmu dan juga kemahiran. Majikan biasanya akan memilih seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dan kemahiran yang tinggi sebagai pilihan utama mereka. Sijil kemahiran yang telah diiktiraf itu menjadi bukti kita mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan sesuatu kerja.

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan persaingan.. Kita perlu mencari modal untuk meletakkan diri kita sebagai seorang yang laris dalam pasaran kerja. Ada tiga perkara yang menjadi faktor utama untuk meletakkan diri kita dalam keadaan yang terbaik untuk mendapat kerja..
  1. Pengalaman : Tak boleh dinafikan, pengalaman lah faktor yang paling penting untuk meletakkan diri sebagai seorang yang berpeluang tinggi untuk mendapat kerja.
  2. Softskill :  Skill inilah yang menjadi pembezaan antara individu. Skill ini amat penting kerana kita perlu menjual diri kita sendiri kepada majikan. Menjual diri ini bukannya mengadaikan maruah... Tidak!!.. Menjual diri diri kepada majikan bermaksud menjual potensi dan kemahiran yang kita ada untuk meyakinkan majikan, kita adalah pekerja yang dia cari.
  3. Kabel Besar :  Yang ni tak boleh kata apa-apa.. Bayangkan macam ini sudah cukup.. Ada satu tawaran kerja dan ada dua orang yang datang untuk temuduga pada hari itu.. Seorang mempunyai sijil master dari universiti yang terkenal, manakala seorang lagi itu hanya mempunyai sijil diploma dari politeknik. Softskill antara dua orang ini lebih kurang sama je.. Tapi hubungan antara orang yang mempunyai diploma itu dengan majikan adalah anak beranak. Hubungan yang mempunyai master itu majikan adalah orang asing.. Pada pendapat anda, majikan akan memilih siapa untuk mengisi kekosongan kerja itu???
Itulah realiti dunia sekarang.. Aku berjaya mendapatkan sijil tahap satu.. Tetapi aku tak berjaya mendapatkan sijil tahap 2 kerana tarikh exam itu bertindang dengan minggu orientasi matrikulasi.. Aku terpaksa memilih antara 2, ambil exam untuk sijil tahap 2 atau pun daftar masuk matrikulasi. Tetapi untuk masa hadapan aku memilih matrikulasi lebih utama dari sijil tahap 2.

Ada sedikt kerugian yang aku dapat kerana untuk mendapatkan sijil tahap 3, kita perlu dapatkan sijil tahap 1 dan 2.. Kalau tak lulus exam sijil tahap 2, kita perlu repeat sijil tahap 1. Jadi macam aku ini.. Aku perlu belajar semula dari tahap 1 dan lulus untuk layak ambil sijil tahap 2..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

How To Produce PCB..Kursus Amalan Kejuruteraan

Seperti mana yang telah aku janjikan tadi.. Aku teruskan ilmu yang aku perolehi dengan proses seterusnya, Proses untuk membuat PCB.. Langkah pertama untuk proses ini adalah print litar daripada ARES. Print litar diatas kertas lut sinar dengan litar warna putih, manakala latar belakangnya berwarna hitam.

Langkah kedua adalah membersihkan copper board yang akan digunakan dengan menggunakan kertas pasir atau fine steel wool. Board itu mesti betul-betul bersih dan kering untuk proses seterusnya. Langkah ketiga adalah mengerat filem untuk digunakan dalam proses laminate. Menggunakan gunting tajam atau pisau adalah alatan terbaik untuk mengerat filem ini. Filem itu mesti mempunyai lebihan 1 cm atau lebih dari saiz board. Ini kerana filem itu akan mengecil semasa proses laminate.

Langkah keempat adalah proses laminate. Suhu laminator disetkan kepada 120c. Laminate board, yang dilapik dengan filem tersebut. Pastikan proses laminate ini dilakukan 2 kali.Langkah kelima adalah expose board itu dengan uv light. UV light itu dilakukan dengan alat uv light pcb scanner. Peringatan!! jangan buka alat itu kerana sinaran uv light yang direct boleh merosakkan cornea mata. Langkah keenam adalah membasuh board yang telah di scan dengan air bersih untuk menghilangkan lapisan filem yang masih belum tertanggal.

Langkah ketujuh adalah proses etching. Untuk proses ini, acid ferric chloride banyak digunakan kerana murah, punyai jangka hayat yang lama dan membantu proses ini berlaku dengan cepat dan berkesan. Suhu terbaik untuk proses ini adalah 45c dan proses ini dianggarkan mengambil masa hanya 5 minit. Apabila seluruh cooper pada board itu tertanggal, cepat-cepat basuh litarv itu dengan air bersih.

Langkah kelapan.. Buang layer filem yang melindungi litar tersebut.. Basuh dengan air bersih apabila filem itu sudah dibuang. Keringkan litar itu untuk langkah kesembilan iaitu proses menebuk/mengerudi lubang. Peringatan!!.. hati-hati apabila mengerudi kerana board yang digunakan itu mudah pecah. Langkah kesepuluh dan yang paling last sekali adalah proses soldering komponen. Solder komponen mengikut tempatnya yang telah ditetapkan..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 26 June 2012

Second Day..Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum tu aku minta maaf jikalau post aku ini membosankan.. Apa yang aku tulis ini adalah khas buat kawan-kawan yang mengambil kursus amalan kejuruteraan. Selain itu, post ini juga berguna kepada budak-budak engineering.

Hari ini aku dan kawan-kawan belajar pasal Software Proteus. Software Proteus ini mengandungi 3 komponen penting.

ISIS (Intelligent Shematic Input System). 
A tool to create schematic diagram, with possibility to simulate programmable ICs like Microchip PIC, Atmel etc..

ARES (Advanced Routing & Editing Software).
A tool to create PCB layouts, automatic item placement and/or routing can be achieved by importing the schamatic from ISIS 
VSM (Virtual System Modelling).
A tool to simulate your schematic / PIC

Tadi kami hanya menggunakan 2 komponen, iaitu ISIS dan ARES... Secara ringkasnya, kami menggunakan ISIS untuk membina litar lengkap. Disini juga kami menjalankan simulasi, adakah litar ini berfungsi seperti mana yang kami mahu.. Selepas itu, daripada ISIS, kami tukarkan litar lengkap itu kepada PCB board dengan menggunakan ARES. Contoh PCB board yang sudah siap menggunakan ARES adalah seperti dibawah...



Dengan Menggunakan ARES, kami buat lakaran untuk mencari sambungan yang terbaik buat litar tersebut. Biasanya kita akan menggunakan banyak komponen untuk membina sesuatu litar kan???. Kalau menggunakan litar biasa atau dipanggil bread board yang berlubang-lubang itu, pasti litar kita akan menjadi sangat rumit. Jadi dengan menggunakan ARES, kita dapat memudahkan sambungan litar tersebut dan sekali gus menjimatkan ruang pada PCB board itu.

Itulah penerangan serba ringkas tentang ISIS dan ARES.. Selepas ini aku akan sambung proses seterusnya, iaitu proses etching..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 


Logic Gates..Kursus Amalan Kejuruteraan


LOGIC GATES AND COMBINATIONAL CIRCUITS
A combinational circuit consists of logic gates whose outputs at any time are determined from the present combination of inputs. A combinational circuit performs an operation that can be specified logically by a set of Boolean functions. A combinational circuit comprises of input variables, logic gates and output variables.

The Inverter
Operation:
When the input is LOW, The output is HIGH; when the input is HIGH, the output is LOW, thereby producing an inverted output pulse

The AND Gate
Operation:
For a 2-input AND gate, output Y is HIGH if both input A and B are HIGH; Y is LOW if either A or B is LOW, or both A and B are LOW.

The OR Gate

Operation:

For a 2-input OR gate, output Y is HIGH if either input A or B is HIGH, or if both A and B are HIGH; Y is LOW if both A and B are LOW.


The NAND gate

Operation:

For a 2-input NAND gate, output Y is LOW if input A and B are HIGH; Y is HIGH if either A or B are LOW, or if both A and B are LOW.


The NOR Gate

Operation:

For a 2-input NOR gate, output Y is LOW if either input A or B is HIGH, or if both A and B are HIGH; Y is HIGH if both A and B are LOW.
 
The XOR Gate

Operation:

For an exclusive-OR gate, output Y is HIGH if input A is LOW and input B is HIGH, or if input A is HIGH and input B is LOW; Y is LOW if A and B are both HIGH or both LOW.

The XNOR Gate

Operation:

For an exclusive-NOR gate, output Y is LOW if input A is LOW and input B is HIGH, or if input A is HIGH and input B is LOW; Y is HIGH if A and B are both HIGH or both LOW.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 25 June 2012

Kelebihan Bulan Syaaban


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kita dah pun meninggalkan bulan Rejab dan memasuki bulan Syaaban. Sedar tak sedar, hari ini dah pun 5 Sya'ban Tahun 1433 Hijrah Kita dah melangkah ke bulan syaaban bermakna ramadan yang kita semua nanti-nantikan hampir tiba. Rasulullah ada mengajar kita doa apabila kita memasuki ketiga-tiga bulan yang mulia iaitu bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Fadhilat  Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

First day...Kursus Amalan Kejuruteraan

FKEKK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini bermulanya amalan kejuruteraan seperti mana yang aku bagitahu semalam.. Kelas aku yang pertama diadakan di makmal perhubungan asas Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).. Didalam kelas ini, kami belajar sistem digital menggunakan multisim. 

Ini fungsi multisim:

Multisim is a virtual electronic circuit design, analysis, and simulation programmer that design and analyses analogue, digital and mixed mode circuits on a PC using virtual instruments. Virtual instruments are used to measure circuit behavior such as voltage, current, power, frequency and signals on a scope. They look just like real instruments without fear of damaging the circuit components or the instruments.

Banyak simulasi boleh digunakan dengan multisim ini.. Kalau di ikutkan note yang lecture bagi tadi, semua dah kita belajar. Revise balik je..Tapi hari ini, kami belajar sesuatu yang baru tentang multisim.. Dengan menggunakan logic converter, litar lengkap bagi digital boleh di cipta dengan sangat mudah.. kat bawah adalah apa yang telah aku belajar..
  
COMBINATIONAL LOGIC CIRCUIT

Logic Tools in Multisim

 
One of the virtual instruments in Multisim is the Logic Converter. The arrow in the figure L3-1 above shows the Logic Converter button.
 
When the Logic Converter button is clicked, the logic converter symbol is shown in the figure L3-2 above.
In the logic converter, most of the logic conversions needed is there.
Firstly, enter the Boolean expression into the logic converter as below:
 

Truth table
 
Then, click on the Boolean expression truth table conversions option:
 
Next, the Boolean expression can be simplified by clicking the right function as shown above.

Finally, click function below as shown above to generate the combinational circuit which shown in figure L3-4 below.
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 22 June 2012

Segmen Cioccolato World | Tambah Follower Blog & Twitter

Join segmen ini..
Kalau ada yang berminat..Klik disini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

AL-HAKIIM


Sambungan dari bahagian pertama..
Kedua, hikmah dalam syariat dan perintah-Nya. Allah s.w.t menetapkan beberapa syariat, menurunkan kitab-kitab, mengutuskan para rasul agar hamba-hamba-Nya mengetahui kewujudan Allah dan beribadah kepada-Nya.

Makrifat kepada Allah s.w.t, ibadah kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. ikhlas beramal dan memuji-Nya, serta rasa syukur dan sanjungan kepada-Nya, merupakan pemberian yang paling utama terhadap hamba-hamba-Nya secara mutlak, fadilat yang paling mutlak bagi orang yang dikurniakan Allah nikmat ini, serta kebahagian dan kesenangan yang paling sempurna bagi hati dan jiwa.

Syariat dan agama-Nya benar-benar mencakupi setiap kebaikan informasi-Nya mengisi hati dengan pengetahuan, keyakinan, iman dan akidah-akidah yang benar. Dengan berita tersebut, hati menjadi lurus dan menyimpangannya lenyap dan membuahkan setiap akhlak yang baik, amal yang benar, hidayah, serta petunjuk. Perintah dan larangan-Nya dalam masalah agama dan dunia. Allah s.w.t hanya memberikan perintah terhadap sesuatu yang kemaslahatannya murni atau kuat. Dan dia mengeluarkan larangan terhadap sesuatu yang mudaratnya murni atau kuat.

Kerana itu, di antara hikmah Allah s.w.t adalah agama dan al-quran yang dibawa Muhammad s.a.w merupakan bukti terbesar atas kebenaran-Nya dan kebenaran apa yang dibawanya, kerana itu adalah agama yang sempurna.

Secara global perkara-perkara yang berkaitan dengan nama al-hakiim adalah makhluk dan syariat seluruhnya berada dalam puncak ihkam (sempurna dan teratur). Dialah yang Maha Bijaksana dalam masalah hukum-hukum qadariyah dan syar'iyah-Nya serta hukum-hukum balasan-Nya.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 21 June 2012

"SEGMEN AYUEJEAN : MENCARI BLOGLIST"

Join segmen ini...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Al-HAKIIM


Dia lah Allah s.w.t yang Maha Bijaksana, yang memiliki sifat kesempurnaan hikmah dan hukum di antara makhluk-Nya. Al-hakiimu adalah zat yang ilmu pengetahuan-Nya luas, pujian-Nya luas, kekuasaan-Nya sempurna, dan rahmat-Nya yang melimpah. Dia lah yang menempatkan dan menurunkan sesuatu di tempat yang sesuai baginya (dalam hal penciptaan dan perintah), sehingga tidak ada persoalan yang ditujukan kepada-Nya dan tidak ada ucapan yang mencacatkan hikmah-Nya.
Hikmah Allah terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, hikmah dalam penciptaan-Nya. Allah menciptakan makhluk dengan kebenaran, tujuan serta matlamat yang benar. Allah menciptakan seluruh makhluk dengan sebaik-baik aturan, menertibkannya dengan sebaik-baik ketertiban, memberi setiap makhluk bentuk yang sesuai baginya, bahkan dia memberi setiap bahagian dari makhluk dan setiap anggota tubuh haiwan, bentuk yang sesuai. Dengan demikian, tidak seorang pun dapat melihat titik kekurangan dalam penciptaan-Nya. Sekirannya akal-akal para makhluk dari pertama hingga terakhir berkumpul untuk membuat sesuatu seperti apa yang diciptakan oleh Allah s.w.t atau yang menyamai keindahan, keteraturan, dan ketetapan yang dititipkan Allah kepada alam wujud ini, nescaya mereka tidak akan sanggup melakukannya.
Bagaimana mungkin mereka melakukan hal itu?? cukup dijadikan pertimbangan adanya para cendikiawan dan ahli hikmah dia antara mereka yang tahu banyak tentang hikmah Allah, dan melihat keindahan serta kesempurnaan sebahagian ciptaan Allah. Perkara ini merupakan perkara yang diketahui dengan melihat kebesaran Allah, kesempuranaan sifat-sifat-Nya dan hikmah Allah dalam penciptaan dan perintah-Nya. Allah mencabar para hamba-Nya dan menyuruh mereka untuk melihat, memberikan apresiasi serta mengamati apakah mereka menemui sebarang kekurangan pada ciptaan-Nya. Mata-mata itu pasti kembali dalam keadaan lemah dan tidak mampu mengkritik sesuatu daripada ciptaan Allah.
 
Tamat bahagian pertama...
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

En.SAFIRIN First Batch Gathering

 En.SAFIRIN (paling kiri)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tadi, kelas aku ada buat gathering untuk En.SAFIRIN (lecture signal) kelas kitorang di KFC ayer keroh. Tujuan gathering ini adalah sebagai tanda syukur kerana kami adalah batch pertama En.SAFIRIN sebagai seorang lecture. Selain itu, gathering ini juga adalah tanda terima kasih daripada kami kepada En.SAFIRIN kerana telah bersusah payah mengajar kelas kitorang. Segala ilmu yang kami dapat ini harap diberkati dan dihalalkan sampai bila-bila. Terima kasih banyak-banyak..



Jurukamera aku.. hehe
Harap maaf sebab gambar yang diambil agak kabur.













 
Wadi suruh pilih yang mana paling macho antara 3 di atas?? ^_^
Bos besar kelas aku..
Siapa yang pergi tadi pasti tahu ini milik siapa..Kan??
Masa bergelak ketawa dan bergembira sambil menunggu kedatangan lecture kami.
Lelaki idaman wanita..Still single tapi mahal.. Mencari yang comel dan solehah.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...