OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 31 July 2012

Selesai Sudah Motor Starter - Kursus Amalan Kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Akhirnya modul Motor Starter sudah pun disiapkan dalam masa 1 hari setengah.. hehe.. ^_^.. Paling laju setakat ini.. Tak banyak yang boleh dikatakan pasal motor starter ini sebab senang sangat.. Yang susah sikit pun adalah untuk sambungan star-delta.. 

Hmm.. Susah??.. Lagi tepat kalau aku kata, " yang paling banyak sambungan adalah sambungan untuk star-delta Motor Starter..  Yang lain, kacang je.. 

kursus amalan kejuruteraan
Aku nak bagi presentation sedikit pasal gambar diatas.. Gambar diatas adalah Sambungan Star-Delta pada motor.. KM3 itu adalah direct on-line (D.O.L) motor starter, KM2 adalah sambungan delta.. Manakala KM1 adalah sambungan star.. F1 itu adalah connecter yang akan menyambung keluaran star-delta kepada motor (M). 

Setelah litar siap dipasang, kita boleh nampak sambungan Star akan menyebabkan motor itu untuk berpusing pada permulaannya.. Setelah 5 saat (menggunakan timer), sambungan itu akan bertukar kepada sambungan Delta untuk menstabilkan pergerakan motor tersebut.. 

Kalau star-delta itu disambung secara terbalik, litar masih berfungsi seperti biasa.. Cuma, pada permulaan itu kita akan dengar bunyi yang dikeluarkan motor itu agak kurang bermaya.. Tak mengejutkan.. ^_^
kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

kursus amalan kejuruteraan

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Nak Jadi Blogger Yang Dihormati??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum ini aku dah buat satu entri bagi follower blog ini meninggalkan link blog mereka. Tetapi daripada beratus follower itu, hanya beberapa orang sahaja yang sudi meninggalkan link mereka disini.. kecewa gak la, tapi nak buat macam mana..

Untuk menyenangkan kerja aku dan korang semua.. Aku nak sedikit kongsi tips untuk review link blog anda semua dalam Blogger profile. Ini adalah salah satu cara untuk menjadi blogger yang dihormati dan dikenali ramai..

Tutorial on link blog pada Blogger profile 

1. Mula-mula pergi kat dashboard blogger korang. Tekan nama anda, pastu klik pada "blogger Profile". Tekan pula edit profile

 2. Tick blog mana yang korang nak ianya muncul pada blogger profile korang. Pastu klik "Save Setting"


Ok dah selesai, selepas ini link blog anda akan muncul apabila orang klik gambar follower anda..


Kredit pada jejaka terhangat

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 30 July 2012

Motor Starter - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ^_^

Hari ini aku teruskan pula modul Motor Starter untuk Kursus Amalan Kejuruteraan.. Konsep motor starter ini mudah je.. Hasilkan litar yang selamat dengan voltage 415v untuk menghidupkan motor yang berkuasa 3 kuasa kuda.. Itu sahaja.. Sambungan yang aku belajar ini ada 3 jenis..

  1. Direct On-Line (D.O.L) Motor Starter 
  2. Direct On-Line (D.O.L) Forward-Reverse Motor Starter
  3. Star-Delta Motor Starter
Untuk hari ini aku hanya dapat menyiapkan jenis 1 dan 2 je.. Insyallah esok aku dan amirul akan siapkan terus jenis yang ketiga... Motor starter ini aku rasa lagi mudah dari modul relay Control.. 






Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Sunday, 29 July 2012

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Segmen kenali komuniti blogger ini dikendalikan oleh caer, bertujuan untuk meningkatkan traffic sesama komuniti blogger. Selain itu 2 orang yang bertuah akan mendapat header design siap daripada caer sendiri. 

Sesiapa yang berminat boleh lah join disini.. 

Tag - cik yaya dan semua yang membaca blog ini.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

SEGMEN : Misz Mieza Nak Promot Blog Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sementara masa masih ada, aku nak join segmen Misz Miera kerana dia nak tolong promote blog ini.. Disamping meningkatkan traffic, kita juga boleh menambah kenalan disini.. Kepada sesiapa yang nak join juga boleh lah tekan disini.. 

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 28 July 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Assamualaikum dan salam sejahtera.. Adoi, kena tag oleh cik yaya lagi. Laju dia dari aku..hehe.  Baiklah, segmen kali ini pula dari Izzah Ismail.. Segmen ini adalah untuk tambah follower bagi sesiapa yang tak capai 1000 dan keatas. Follower saya sekarang adalah 353.. Kalau berminat nak join sama, klik disini..

Tag---- Kak emma, Mrs erry dan adik kembar aku tapi lain emak lain ayah, Haz

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

SEGMEN : Blogrunning Sambil Follow by Adib

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tengok cik yaya join segmen ini, aku pun nakjuga lah.. hehe. Segmen kali ni datang dari adib.. Baru buat blog tapi dah berani buat segmen.. Aku yang dah hampir setahun jadi blogger ni masih tak buat segmen walaupun satu.. hehe. 

Kalau aku buat segmen lepas ni, korang nak join tak??

Terima kasih..salam dari pantai timur. 

Segmen: Bloglist Ain bulan Ogos!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya nak masuk dalam Bloglist Ain untuk bulan ogos tetapi adakah banner diatas betul?? Maaf kalau salah, sebab saya ada masalah dengan photobucket.. Setiap imej dari photobucket mesti saya tak dapat review.. Jadi harap ain terima blog saya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Keluar air mani secara tidak sengaja semasa berpuasa.. Apa nak buat??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tajuk kali ni bukannya pasal perkara-perkara lucah atau yang mengaibkan.. Ianya adalah salah satu perkara yang mungkin terjadi di dalam bulan puasa ini.. Mungkin tak terjadi pada anda tetapi terjadi pada orang lain.. Sebelum saya mula, saya ingin meminta para ustaz atau ulama diluar sana agar membetulkan saya jikalau ada salah dan silap..

Korang semua tahu kan perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, keluar air mani dengan sengaja, bersetubuh di siang hari dan sebagainya.. Tetapi kalau keluar air mani secara tak sengaja pula macam mana?? Apa hukumnya?

Keluar air mani secara tak sengaja banyak berlaku kepada kaum lelaki.. Orang lelaki mesti dah boleh agak macam mana boleh terjadinya perkara ini.. Bagi orang perempuan pula, tak ramai yang tahu pasal ini.. Jadi sebagai ilmu buat kaum hawa.. "Allah s.w.t menganugerahkan mimpi basah kepada kaum lelaki.".. Mimpi basah ini terjadi jikalau orang lelaki termimpi perkara-perkara yang boleh mengeluarkan air mani dari kemaluannya dalam keadaan tidur.. Orang kampung kata mimpi sedap laa..

Hukum keluar air mani secara tidak sengaja adalah tidak membatalkan puasanya.. Puasa seseorang itu dikira masih sah, cuma diwajibkan mandi wajib selepas bangun dari tidur.. Cara mandi wajib ini adalah seperti biasa..
  1. Niat di dalam hati ketika air sampai ke mana-mana anggota badan
  2. Membersihkan anggota badan dari sebarang najis
  3. Meratakan air keseluruh badan
Di bulan ramadan ini, memasukkan air kedalam hidung dan telinga tidak perlu sebab itu adalah bahagian-bahagian yang batin. Apabila semuanya dah selesai, jalanilah ibadat puasa seperti biasa.. wallahualam

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 27 July 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terima kasih kepada Ibu Hannah kerana bagitahu pasal segmen ini.. ^_^.. Segmen kali ini bertajuk kenangan ramadanku.. 

Hmmm.. Banyak perkara yang pernah berlaku di bulan ramadan ini.. Bermula dari saya kecil hingga lah sampai sekarang ni ada je peristiwa yang menarik.. Banyak, tetapi untuk segmen ini, saya nak ceritakan kisah masa saya budak-budak dulu main mercun.. 

Masa budak-budak dulu, mercun itu memang jadi kesukaan.. Tiba bulan puasa mula lah semua sibuk cari mercun colok, mercun jarum, mercun bola dan macam-macam lagi.. Setiap malam saya dan kawan-kawan akan pergi ke masjid.. Pergi ke masjid tu memang pergi sembahyang, tetapi sembahyang isyak je lah.. Lepas sudah sembahyang isyak, mula lah kami bergerak ke dalam kampung bermain mercun.. Time ni tak takut dah nak lalu jalan yang gelap gelita sebab tahu hantu takkan muncul.. Kami diajar syaitan diikat sepanjang Bulan Ramadan.. Jadi yakin la takkan ada lembaga-lembaga yang akan mengacau kami. 

Kami akan bergerak dalam kumpulan.. Di kampung saya ni ada 4 kumpulan, seingat saya la.. Kalau kami terserempak, mula lah start war.. War kami ni biasanya menggunakan mercun bola sebab senang nak lempar...Duk lempar mercun itu antara satu sama lain.. Kami hentikan war ini apabila masing-masing dah kehabisan mercun.. Bahaya, memang bahaya.. Tapi mujurlah masa itu sampai sekarang tak ada perkara yang tidak dingini berlaku..

Sekarang ni aku dah tak main mercun sebab dah pernah kena sekali sampai melecur muka.. Tapi itu cerita lain.. Hehe ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Follower INFINITY !! Please responses

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Entri ini khas buat blogger yang follow blog ini.. Hari ini saya ingat nak singgah ke semua blog yang jadi follower saya.. Tetapi apabila buka Google Friends Connect, ramai yang tidak letak link blog mereka.. Jadi saya harap korang semua tinggalkan link blog di bahagian comment entri ini.. Kerjasama anda sangat dihargai..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Thursday, 26 July 2012

Bertarung Dengan Harimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum puasa hari tu aku dengan seorang kawan aku, Khairul Afzan pergi jalan-jalan ke Taman Botanical Melaka dan terserempak dengan harimau.. Aku pergi ke situ sebab bosan duduk kat asrama.. Jadi saje nak pergi jalan-jalan.. Nanti bila start sem baru dah tak ada masa nak pergi.. Macam mana boleh tersermpak harimau kat sana??? haa.. macam ni ceritanya..


Petang tu kami masuk taman botanical melalui jalan Melaka Wonderland.. Selepas parking motosikal kami pun start bersiar-siar sambil mengambil gambar pemandangan disana.. Tengah-tengah mengambil gambar, kami dikejutkan dengan kelibat harimau yang muncul diatas terowong.. "Tengok gambar diatas".. Terkejut jugak lah kami sampai buka langkah melihat harimau itu merenung tajam..


Tapi bila datang dekat baru perasan, harimau itu adalah salah satu model yang dipaparkan disana.. Wah!! hebat juga lah orang yang mengukir model tersebut.. Nampak real.. Aku sebenarnya dah beberapa kali pergi kesana, tetapi tak pernah perasan ada harimau yang menunggu diatas itu.. Hehe.. Buat suspen je..





 Ini tetamu yang sambut kedatangan kami.

Giveaway : Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alang-alang tunggu masa untuk pergi ke bazar, aku ingin join first give away Miss Z.. Hadiahnya adalah Handmade card raya buat 20 orang yang bertuah.. Adakah kali ini aku akan ada dalam senarai 20 orang tersebut?? hmm.. rasanya tak kot.. hehe.. Aku ni tak pernah bertuah..

Permintaan miss z adalah menyediakan pantun hari raya.. 

Buah tembikai di tengah padang
Jadi hidangan bagi orang kota
Saudara jauh datang berkunjung
Bermaaf-maafan sesama kita

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saya nak Card Raya dari Emma EeMa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini Kak Emma buat satu entri yang menarik di blognya.. Dia nak bagi card raya untuk menghidupkan balik tradisi yang lama.. Zaman sekarang card raya sudah tidak popular lagi.. Semua orang ada handphone dan internet.. Jadi wish raya pakai sms, mms dan facebook je. Murah dan jimat sudah semestinya, tetapi feeling atau perasaan semasa ucap selamat hari raya itu kurang berbanding card raya..

Jadi jom kita semua cuba kembalikan tradisi card raya ini agar generasi masa kini tahu akan kewujudan card raya.. Bagi sesiapa yang nak card raya, sila tinggalkan comment berserta dengan alamat di blog Kak Emma.. Klik disini..

Maaf kepada kak emma sebab kak kena keluarkan sedikit wang untuk hantar card raya itu pada kitorang.. hehe.. ^_^ Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia ini.. Kat bawah adalah contoh card raya ihsan dari pak cik google..




Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Relay Control Sangat Senang - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hari pertama start buat relay control, aku hadapi satu masalah.. Puas aku cari apa masalah tersebut, tetapi tetap tak jumpa.. Jadi hari pertama itu, aku balik dengan perasaan sedikit kecewa..

Masuk hari kedua, aku teruskan cari masalah tersebut.. Biarpun orang lain dah jauh dihadapan, aku tetap nak buat litar tersebut sampai berjaya.. Apabila buat pengujian, masalah itu masih ada.. Akhirnya apabila dah malas nak cari sendiri masalah itu, aku minta bantuan technician yang bertugas..

Rupa-rupanya senang je masalah itu.. Patut la aku tak dapat cari.. Masalah yang timbul adalah wayar pada relay itu ada short.. Ikutkan sambungan semuanya sudah betul kalau mengikut teori.. Tetapi kalau mengikut litar schematic, sambungan itu perlu diubah supaya wayar itu tidak ada short.. Ooo.. Jadi kena lah baca litar itu baik-baik..

Apabila dah selesai masalah itu, tugasan yang lain aku buat laju je.. Apabila dah tahu dimana tricknya, confirm tak ada salah dah selepas itu.. Selepas selesai semua latihan yang diberikan, aku teruskan buat tugasan yang terakhir pada hari ketiga..

Tugasan ini memerlukan aku design litar traffic light yang mengandungi lampu hijau, kuning dan merah berfungsi mengikut keadaannya.. Dengan menggunakan Circuit Breaker (CB), Latching switch, Relay, 3 Timer dan 3 Lampu.. Aku start design berdasarkan pemahaman litar-litar yang sebelum ini.. Apabila buat pengujian litar itu ada satu masalah.. Satu lampu tak menyala.. Tapi masa tu aku tak risau langsung sebab aku dah tahu apa masalahnya.. Satu wayar pada timer itu salah.. Selepas ubah wayar itu confirm akan berjaya.. ^_^

 Inilah litar yang membawa masalah kepada aku.. Time ni tak kemaskan lagi sambungan wayar itu.. hehe.. nampak serabut je.
 Classmate aku sedang sibuk menyiapkan tugasan yang terakhir.. 

 Kalau tak salah, ketua kelas aku ni sedang meleraikan komponen sebab dah menyiapkan tugasan yang terakhir..  
Tempat untuk menguji dan penilaian yang dipantau oleh technician.

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Tuesday, 24 July 2012

Kalau Di Terengganu Boleh Dengar Bunyi Bedil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Time-time nak sampai waktu berbuka ini aku akan buka siaran radio untuk dengar orang azan.. Dengar dari radio ni lagi menyakinkan sudah sampai waktunya berbanding ikut jam..

Kalau aku berada di Terengganu sekarang, sudah pasti aku akan berada di muka pintu.. Negeri Terengganu mempunyai keistimewaan kerana ada bukit besar dan bukit kecik ditengah-tengah bandar.. Setiap tahun, penduduk dalam kawasan Kuala Terengganu termasuk aku akan dapat dengar bunyi bedil tanda sudah masuk waktu berbuka.. Dalam bulatan itu lah tempat bedil itu ditembak.. Bedil itu akan mengadap ke laut china selatan..

Dengar je bunyi tu, berlari lah aku pergi ke dapur.. Hehe.. Tembakan bedil untuk waktu berbuka dan bersahur ini sudah menjadi tradisi di Kuala Terengganu.. Warisan turun temurun dari zaman dahulu kala.. ^_^.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

JOM JOIN GIVE AWAY EDY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum masuk waktu berbuka, aku ingin join GIVE AWAY BY EDY.. EDY ni dalam kategori blogger hensem dan digilai ramai gadis.. ^_^. Terima kasih sebab sudi invite untuk join first time give away ini.. Sebelum boleh hantar entri ini, si EDY ni minta ceritakan sedikit pasal blog dia..

Aku suka Blog EDY FEE ini kerana sangat menarik dan menyenangkan.. Kenapa?? haa.. Blog dia ni tidak la berat sangat.. Cepat je loading.. Entri-entri dia juga sangat menarik untuk dibaca.. Antaranya adalah Tangisan Lelaki GagahNyamuk VS Pak Pandir , dan lain-lain lagi.. Setiap entri dia juga pasti mengandungi animasi yang lucu dan menghiburkan..

Cadangan aku adalah, teruskan tulis entri sebegitu kerana jarang-jarang je kami dapat jumpa dan membaca entri yang mempunyai animasi menghiburkan hati.. Lukis animasi itu dengan lebih kemas dan teratur agar kami semua tidak puas membacanya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 23 July 2012

Bila Lapar, Ayam Seekor Pun Boleh Habis


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nampak gambar kat atas tu?? hehe.. Tu lah gambaran apabila kita semua termasuklah aku, berada di Bazar Ramadan.. Kalau korang bukan macam ni, minta maaf ya.. ^_^.. OK.

Rasanya perkara ini sering terjadi.. Apabila berada di bazar ramadan, rasa macam-macam nak beli.. Nak beli nasi kerabu laa, kuih, martabak, roti john, ayam percik, ayam golek, satay, air dan macam-macam lagi.. Kita rasa semua boleh telan masa tu.. Betul tak?? ..hmm.. Betul kan? Ya lah, masa tengah lapar.. Tengok ayam golek seekor pun boleh makan semuanya sekali.. hmmm

Sebenarnya pemikiran sebegini tidak elok buat kita semua.. Kita asyik nak beli itu, nak beli ini.. Padahal belum tentu kita boleh habiskan semuanya.. Apabila tiba waktu berbuka kita makan satu bungkus nasi dengan segelas air pun dah mengenyangkan.. Rasa pelik kan??.. Padahal satu hari suntuk kita tak makan, tak minum.. 

Bila difikirkan balik, ini lah kelebihan buat orang yang berpuasa.. Nabi muhammad juga pernah berkata, "perut besar adalah sarang penyakit dan banyak makan adalah punca segala penyakit." 
Jadi adakah kita semua kan mengambil manfaat yang terdapat dalam ibadah puasa ini atau kita akan terus mengikut hawa nafsu yang merosak diri sendiri???.. Segala keputusan bergantung pada diri kita semua.. Fikir-fikirkan lah...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Relay Control - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni aku nak sambung kembali cerita pasal Kursus Amalan Kejuruteraan di UTeM.. Hari ini kami buat modul Relay Control.. Relay control ni cara sambungannya lebih kurang je macam wiring yang aku buat minggu lepas..Yang bezanya adalah litar itu dibuat dalam skala yang kecil..

Senang je dan tidak meletihkan.. Tapi apabila kerja yang senang ini tak dapat diselesaikan, memang menguji tahap kesabaran.. Rasanya nak putus asa je buat troubleshoot cari apa yang silap.. Puas cari tapi tetap tak jumpa.. Haiss.. sabar je lah..

Tapi takpe lah.. Esok ada lagi.. Rasanya betul kata technician itu, kerja ni kena buat relax je.. Tak payah buat cepat-cepat sangat.. Buat laju-laju ni risikonya adalah apabila ada yang salah susah nak kesan dan betulkannya kembali.. Last-last kena cabut semua dan pasang kembali. huhh.. Geleng kepala..

Hari ni gambar pasal Relay Control tu tak ada.. Niat nak ambil lepas siap.. Tapi apabila dah jadi macam ni.. Dah tak teringat nak ambil gambar tu.. Insyallah esok, aku akan cuba ambil beberapa gambar untuk tunjuk apa itu Relay Control..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.  


Sunday, 22 July 2012

Teringat Keluarga Saat Berbuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terasa lama tak bercakap disini.. ^_^. Hari ini sibuk buat blogwalking ke blog yang join segmen Abang Ben Ashaari. Ternyata blog yang famous memang dapat banyak sambutan.. Puas pergi jelajah satu persatu blog untuk hantar jemputan... Kepada yang sudi terima jemputan itu, saya ucapkan ribuan terima kasih.. Tak lupa juga kepada mereka yang ikhlas follow blog ini, terima kasih banyak-banyak.

Allhamdulilah, sudah selesai hari kedua kita berpuasa di bulan ramadan.. Puasa kali ini agak berat sedikit kerana saya tidak akan sempat berbuka di rumah bersama-sama keluarga.. Apa lah nasib, tiket ke Terengganu semuanya dah habis.. Yang tinggal hanya 18 haribulan.. Raya di jangka jatuh pada 19, nak tak nak terpaksa ambil juga..

Time berbuka ni lah terkenan kembali saat-saat bersama keluarga.. Tambah-tambah lagi dengan juadah berbuka dari pantai timur, Nasi kerabu.. Lagi lah terasa.. Masuk hari ini dah dah dua kali berturut-turut saya berbuka dengan nasi kerabu.. Bukan tak ada makanan lain.. Tetapi nasi kerabu juga yang berjaya menambat selera ini.

Oppss.. Orang dah azan.. nanti saya sambung lagi..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Saturday, 21 July 2012

Segmen: Bloglist Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tengah-tengah boring macam ini, baik aku join segmen Bloglist Ramadan oleh Aku si Jebat.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sahur Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Allhamdulilah, Allah telah memberi keizinan untuk aku bangun bersahur pada hari ini.. Walaupun dengan hanya beberapa keping roti dan kurma yang menjadi hidangan.. Tetapi bersahur pada hari pertama ini agak menyelerakan kerana bersahur bersama-sama housemate..

Hadis Anas r.a katanya: Rasullulah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.. Daripada khutbah jumaat yang disampaikan semalam, kita disuruh untuk melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka kerana dua-duanya mempunyai keberkatannya.


Biasanya kita sebagai pelajar akan terus mengambil sahur pada pukul 2 pagi atau 3 pagi tanpa tidur.. Menurut para ulama, sahur itu tidak dikira bersahur tanpa tidur walaupun hanya sekejap. Apa yang kita makan itu mungkin akan membantu kita untuk menahan lapar pada siang hari, tetapi kita hanya makan sahaja la.. Keberkatan bersahur itu kita tidak dapat.. 


Dah rugi satu amalan yang memberikan keberkatan kepada kita pada bulan ramadan ini.. Tak susah pun sebenarnya untuk kita merebut peluang mencari keberkatan dalam bulan ramadan ini.. Cara paling senang untuk bersahur adalah tidur awal.. Tidur awal pada sebelah malam supaya senang untuk kita bangun pada sebelah pagi.. Sambil-sambil bersahur, kita boleh melakukan ibadah solat sunat tahajjud dan solat sunat yang lain.. Ini dapat menambahkan lagi pahala yang kita kejar pada bulan ini..


Saya bukannya ustaz ataupun orang yang banyak ilmu.. Kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 20 July 2012

RAKAN BLOGGER RAMADAN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nampaknya ramai juga yang ingin bertukar link dengan blog ini.. hehe.. ^_^. Aku baru sahaja siapkan bloglist RAKAN BLOGGER RAMADAN 2012 di tepi itu.. Sekarang ni bloglist itu hanya mengandungi blogger-blogger yang mempelawa aku untuk bertukar link.

Aku tak sempat untuk usha blog-blog yang join segmen Abang Ben sebab kena cari barang untuk prepare masa sahur esok.. Kemungkinan aku akan buat blogwalking pada sebelah malam ini.. Jadi aku buat khas entri ini supaya senang aku trace siapa yang dah bagi jawapan ya untuk masuk ke dalam bloglist ramadan ini..

Sila letak link blog anda supaya senang untuk diletakkan dalam bloglist.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...