OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 30 August 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-55 dari INFINITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Merdeka ke-55 tahun 2012

Sekejap lagi Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang Ke-55. Tujuan kita menyambut kemerdekaan ini adalah untuk memperingati jasa dan pergorbanan orang terdahulu dalam membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.

Tema sambutan hari merdeka tahun 2012 adalah " 55 Tahun Janji Ditepati ". Oleh kerana tiada logo rasmi pada tahun ini, jadi aku mengambil keputusan untuk meletakkan bendera malaysia di atas sebagai perghormatan pada hari kemerdekaan.

Hari kemerdekaan tahun ini terasa sedikit hambar kerana kontoversi-kontroversi yang melanda pada pemilihan lagu, logo dan tema kemerdekaan tahun ini. Ramai rakyat malaysia membantah pemilihan lagu, logo dan tema tahun ini kerana terdapat unsur-unsur politik yang kuat disebaliknya.

Pada Pendapat Aku.. " Kita sebagai rakyat malaysia kena menghormati hari kemerdekaan. Hari kemerdekaan bukannya tempat untuk kita saling menghina antara satu sama lain. Jadi sama-sama lah kita melupakan hal yang remeh temeh ini dengan memperkuatkan hubungan silaturahim antara kita semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. "

" We all Malaysian. There no need for us to fight each other because of this day. Lets hold our hand together and sing along National Anthem (Negara Ku) with high national spirit. Thanks to god our beloved country is still peaceful and we lived in harmony. "

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Terima Kasih Emak, Kerana Melahirkan Abang Pada Waktu Ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak ada kata-kata yang boleh abang ucapkan pada malam ini, waktu ini, selain mengucapkan terima kasih kepada emak yang tercinta. Terima kasih sebab melahirkan abang pada waktu pagi 30/8 ini.. Abang bersyukur sebab dapat lahir ke dunia pada pagi yang sejuk dan aman seperti ini..

Kalau emak dapat tahan lagi sehari, pasti abang dah jadi anak merdeka.. hehe. Tapi perkara itu mustahil untuk ditahan.. Emak pun dah bertarung nyawa untuk melahirkan abang pada waktu ini.. Abang tak mungkin dapat balas balik segala pengorbanan yang telah emak berikan.

Emak nak abang jadi anak yang baik.. Tetapi abang ni bukannya anak yang baik.. Abang banyak dosa pada emak.. Sangat banyak. Abang masih tak dapat berikan kepada emak.. sesuatu, yang dapat dibanggakan. Abang masih tak dapat berikan apa-apa pun pada emak walaupun sedikit..

Maafkan abang jikalau dah buat emak mengalirkan air mata.. Abang minta ampun minta maaf sebab abang sangat nakal dulu.. Macam-macam abang buat sehingga menaikkan kemarahan emak. Maafkan abang emak.. Halalkan makan minum abang dari abang lahir sehingga sekarang dan yang akan datang.

Abang akan sentiasa memohon kepada Allah.." Ya Allah, peliharakan lah kedua IbuBapaku sepertimana mereka memelihara aku sejak dari kecil." 

Amin
Terima kasih emak.. salam dari pantai timur.




Wednesday, 29 August 2012

TAJUK SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com
Masa blogwalking tadi terpandang lah satu segmen ini.. Segmen pencarian 222 Blogger bertuah oleh Norzi Beautilicious House. Tapi kenapa 222, kenapa tidak 200 atau 300 ???

Sebenarnya Norzi Beautilicious House ini menyambut ulangtahun keduanya.. Jadi Norzi Beautilicious House mengabadikan angka 2 itu dengan menganjurkan Segmen pencarian 222 blogger bertuah ini..

Hadiah segmen ini banyak ditujukan buat blogger-blogger wanita.. Buat blogger lelaki seperti aku.. Kalau ada rezeki boleh bagi pada emak, adik atau bakal isteri.. hehe. Hadiah-hadiah buat blogger yang bertuah adalah..

  1. DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN ( 2 Blogger Bertuah!)
  2. 2 unit x wallet/purse (2 Blogger bertuah!)
  3. Baucer RM10 x 5unit (222 blogger bertuah!)
Layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Tarikh tutup segmen ini adalah pada 31/8/2012.. Maknanya dua hari sahaja lagi.. Kepada blogger-blogger yang berminat boleh lah klik banner di atas atau klik di sini..

Baju dan barangan lain yang dijual di Norzi Beautilicious House dengan harga yang sangat murah dan sangat-sangat cantik.. ^_^
Norzi Beautilicious House

Norzi Beautilicious House

Norzi Beautilicious House

Norzi Beautilicious House

Norzi Beautilicious House

Norzi Beautilicious House

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli

Tuesday, 28 August 2012

Electrical Winding Work & Troubleshooting 2 - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selesai Transformer kami teruskan pula kepada motor. Tugasan motor ini memerlukan kami membina gelung wayar untuk diletakkan di dalam motor tersebut. Bab-bab lilit wayar itu senang sahaja.. Tetapi apabila tiba masa untuk memasukkan wayar itu kedalam motor tersebut memang sangat mencabar kesabaran.. Ambil masa sangat lama untuk memasukkan wayar tersebut dengan kemas..




Apabila wayar dimasukkan seperti ini( contoh ), motor akan ditutup dengan penutupnya.. Motor ini sudah dikira berjaya kalau kipas berjaya dimasukkan dan berpusing dengan baik..
 Contoh

Selepas selesai motor, kami masuk lab untuk menjalankan experiment bagi single, two dan three phase motor.. Disini kami melihat perubahan pada pergerakan motor.. Adakah pergerakan itu  mengikut arah jam atau melawan arah jam apabila suis itu dibuka dan ditutup??





Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli

Electrical Winding Work & Troubleshooting - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Apabila Amalan Kejuruteraan bermula, entri pasal engineering juga bermula kembali.. Selepas cuti raya seminggu, kami semua kembali teruskan amalan kejuruteraan dengan Modul Electrical Winding Work & Troubleshooting. 

Untuk modul ini, kami perlu menyiapkan sebuah transformer dan motor.. Transformer ini bukan robot gergasi di atas itu ya.. hehe.. Contoh transformer adalah seperti dibawah.. 

Kami bermula dengan menggunakan melilit insulated coil pada bekas plastik berbentuk empat segi itu.. ^_+. (tak tahu nama).. Lilitan pertama adalah untuk primary coil.. Sebanyak 432 lilitan diperlukan untuk primary coil.. Selepas selesai 432 lilitan, kami teruskan lilitan untuk secondary pula. Lilitan ini adalah diatas lilitan primry tadi.. Sebanyak 86 lilitan diperlukan untuk secondary coil. 

Untuk mengira bilangan lilitan, kami menggunakan counter di bawah.. Transformer itu akan dipusingkan untuk melilit coil disini..


Apabila selesai melilit, Transformer itu akan jadi macam ini..



Kerja yang terakhir adalah meletakkan laminated sheet pada transformer itu.. Tujuan kita meletakkan laminated sheet ini adalah untuk mengurangkan eddy current .

Last sekali, apabila transformer itu dah menjadi seperti gambar kedua diatas.. Kami jalankan open circuit test dan short circuit test. Test ini agak rumit untuk diterangkan dan susah difahami.. Jadi tak payah terangkan lah orrr.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli



Monday, 27 August 2012

Musim Bercinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
cinta sejati
Entah macam mana malam ini aku terasa nak bercerita pasal cinta.. Sudah agak lama aku tinggalkan perasaan yang indah dan penuh dengan kesakitan itu.. Walaupun dah tinggalkannya tetapi ada masa-masa tertentu yang akan membuat aku ingin sekali lagi mengecapi perasaan itu.. Perasaan yang, hanya orang yang pernah jatuh cinta sahaja yang tahu.

Bercakap pasal cinta, apa yang aku dapat perhatikan sehingga hari ini adalah Cinta ini ada musimnya.. Setiap hari ada orang yang bercinta tetapi pada musim cinta, ramai orang yang akan post kata-kata yang indah dan mencairkan jiwa di dalam facebook mahupun blog. Senang kata kat facebook tu berlambak-lambak post pasal cinta.

Apabila musim bercinta ini berlalu, akan ada satu musim yang akan menggantikannya.. Pada musim ini.. Kata-kata.. " We Are Not Meant Together.. Let Breaks." adalah kata-kata yang sangat popular. Masa ni dalam facebook banyaklah lagu-lagu sedih dan ayat-ayat untuk menaikkan semangat diri ini.. " Jodoh itu ditangan Allah." " Kalau dah jodoh tak kemananya." dan sebagainya..

Senang kata apabila orang buat post pasal cinta.. Mula lah ramai yang ikut.. Apabila orang buat post pasal putus cinta pastu ramai juga yang ikut.. Jadi aku nak tanya korang semua.. Cinta ni bermusim ke???

Terima kasih.. salam dari pantai timur..
Mohd Lokman Bin Ramli

Senyum Sokmo

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulilah aku dah pun selamat sampai ke Melaka hari ini.. ^_^. Malam ini aku nak tidur awal sedikit sebab esok pagi ada kelas. Jadi entri untuk malam ini tak lah panjang sangat. Aku cuma nak berkongi sedikit sebanyak karacter diri aku di dalam dunia maya ini..

Bagi yang sudah mengenali diri aku ini pasti banyak melihat aku buat simbol senyum ini.. ^_^ . Simbol ini adalah tanda aku bergembira. Aku berkenan dengan simbol ini apabila membaca blog kawan aku yang nama blognya terpaksa dirahsiakan. Simbol ini nampak lebih menampakkan kegembiraan yang sebenar dan ikhlas berbanding simbol ini.. :) 

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas lagi aku sertakan gambar luffy di bawah.. Macam ni lah senyuman yang melambangkan simbol senyum ^_^.
senyum
Kalau yang manja sedikit... Macam ini.. hehe
manja
Harap korang dah boleh bayangkan macam mana aku buat senyuman itu.. Hehe..
lokman

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli

Saturday, 25 August 2012

Kelebihan Kursus Amalan Kejuruteraan di UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cuti 2 minggu dah pun berakhir.. Malam ini adalah malam terakhir aku berada di kampung. Esok pagi aku akan bertolak balik ke Melaka untuk sambung Kursus Amalan Kejuruteraan yang masih berbaki 2 modul. Pejam celik pejam celik.. Dah nak habis kursus amalan kejuruteraan ini.

Awal-awal dulu memang rasa tak suka sebab orang lain cuti, tapi kitorang kena sambung belajar lagi. Rasa sangat tak adil sebab langsung tak ada cuti semesta selepas ini. Tetapi apabila sudah dua bulan belajar aku mula rasa sedikit keseronokan. Orang lain tak tahu laa. hehe

Aku mula rasa seronok sebab kursus amalan kejuruteraan ini banyak menekankan praktical daripada teori.. Sesuatu yang amat aku suka sebab aku perlahan sedikit dalam bab-bab teori. Praktical-praktical yang diberikan juga membuka mata kami kepada ilmu-ilmu yang baru. Ilmu yang universiti lain tak dapat berikan sepertimana di UTeM.

Kami belajar segala basic ilmu di semua Fakulti Kejuruteraan di UTeM. Ini termasuklah ilmu mekanikal, ilmu elektronik, ilmu penggunaan internet yang selamat, ilmu perancangan kerja cemerlang, ilmu pembuatan logam/plastik dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu ini merupakan asas kejuruteraan.

Kita sebagai budak kejuruteraan tidak terbatas kepada subject major kita sahaja. Semua subject yang berlabel kejuruteraan berkait rapat antara satu sama lain. Kita akan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi beruntung lah jikalau kita ada ilmu walaupun sedikit dalam bidang-bidang yang lain.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli

Sapa Nak Masuk Bloglist Pertama Wa??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya berminat untuk masuk dalam bloglist pertama wa.. Jadi saya tag semua yang baca entri ini.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 24 August 2012

Nak Buang Bayi Dalam Tong Sampah Ke???

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam aku terdengar tentang Orphan Care di dalam TV3. Sebelum ini aku tak pernah tahu kewujudan pusat penyerahan bayi di Malaysia. Orphan Care adalah sebuah organisasi yang menjaga bayi yang ditingggalkan dan tidak diterima oleh ibubapanya yang belum berkahwin. 

Tujuan menubuhan Orphan Care ini bukannya untuk menggalakkan orang ramai membuang bayi tetapi ianya kerana meningkatan jumlah bayi yang dibuang setiap tahun. Setiap hari kita mendengar berita bayi ditemui dibuang di dalam tong sampah, dalam longkang, dalam semak, dalam sungai dan lebih kejam lagi bayi tersebut dikisar sampai hancur. Kita ni lebih hina dari binatang ke?? Binatang pun tak bunuh anaknya.. Kita?? fikir-fikirkan lah.. 

Bagi ibu-ibu yang masih mempunyai kewarasan dan sifat kemanusian boleh lah meninggalkan bayi di dalam tempat di beri nama Baby Hatch. Baby Hatch dilengkapi sensor berat badan yang mengaktifkan penggera untuk memberitahu petugas. Baby Hatch dilengkapi lampu, air-conditioned, dan kamera litar tertutup.. 

Tetapi ingat, apabila bayi sudah ditingggalkan di dalam baby hatch, korang tidak akan dapat membuka pintunya kembali. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan bayi tersebut. Fikirlah baik-baik.. 

Kalau tak nak buang bayi, janganlah kita buat anak.. Kalau tak tahan sangat, kahwin je.. Selesai masalah.. Kasihan kepada bayi yang tak bersalah itu. Dia tak sempat nak melihat dunia. Biasanya bayi yang meninggal akan membantu emaknya di akhirat... Tetapi kalau emaknya yang membunuhnya.. Apa yang akan berlaku nanti??

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 22 August 2012

Beraya Bersama Kawan-Kawan Sekolah Teknik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SMTWT

Tahun ini aku rasa raya ini agak membosankan sebab tak ada kaki(kenderaan) nak pergi jalan-jalan. Duduk rumah je kunyah biskut raya sambil tunggu sanak saudara atau kawan-kawan datang.

Kawan aku, Shahidan ada buat rumah terbuka semalam di Pulau Duyung, Terengganu.. Aku tak ada kenderaan nak pergi, tapi mujurlah ketua kelas aku dulu rajin nak mari ambil kat rumah. Terima kasih banyak-banyak ya Shafiq.. Kalau tak tak kemana lah aku tahun ini.

Seronok dapat jumpa dengan classmate Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu. Apabila berjumpa macam ini teringat pada zaman sekolah dulu. Rindu saat-saat kita semua masih bersama. Seronok masa kita semua belajar dan bergelak ketawa bersama-sama. Kalau lah boleh diundur masa, nak sahaja merasa keseronokan belajar di sekolah semula. ^_^

Terima kasih semua.. Rindu pada korang semua.. salam dari pantai timur.



Segmen survival : Battle Royale

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entri ini adalah untuk satu segmen yang lain dari yang lain.. Berbeza sangat, sangat dan sangat segmen ini berbanding segmen-segmen yang korang semua anjurkan. Segmen ini diberi nama BATTLE ROYALE.

Dengar sahaja battle royale tentu kaki-kaki gusti smackdown tahu bagaimana segmen ini akan dijalankan. hehehe.

Segmen ini adalah segmen survival. Seramai 16 peserta (8 blogger lelaki dan 8 blogger perempuan) akan berentap dalam segmen ini.. Sebanyak 16 episod (16 entri akan disiarkan) selama 11 minggu. Seorang demi seorang akan disingkirkan melalui undian. Hanya 2 orang blogger yang benar-benar kental dan bijak akan mara ke pentas final. Juara segmen ini akan dipilih melalui undian dari 5 peserta yang tersingkir.

Kunci kejayaan dalam segmen ini adalah kesungguhan update blog, komunikasi berkesan antara peserta, perancangan strategi, Intel (maklumat), sedia melakukan tugasan dan penggunaan masa yang bijak..

Aku dah sertai segmen ini.. Sekarang tengah tunggu 4 orang lagi peserta yang berminat untuk join segmen ini.. Kalau berminat sila klik disini..

Cepat join sebab tempat sangat terhad..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 21 August 2012

Nak Gemuk Sekejap Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

gemuk
Masuk hari ini, aku rasa dah semakin naik perut ini.. Ini baru raya ketiga, tapi perut aku ni dah membulat sebesar-besarnya. Tapi yang peliknya nafsu makan tu tak pernah kenyang walaupun setiap masa makan.

Tengok je satay dan nasi kapit mesti terus makan.. Biskut raya dan kacang itu jangan kata lah, setiap masa ada dalam mulut. Kalau berterusan macam ni konfirm bertambah kegemukan aku.

lelaki gemuk ada orang nak ke tak ea??? Sebab lelaki susah nak suka orang perempuan yang gemuk. Pilihan lelaki adalah berisi dan mantap. Tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

Lepas ni mesti tak ada orang lah nak ke aku.. huhuhu


gemuk
Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 20 August 2012

Segmen Pertama INFINITY Dah Tamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime
Untuk pengetahuan kamu semua, segmen pertama saya sudah pun ditutup secara rasminya pada 18/08/2012. Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan sokongan kepada saya..

Seramai 77 peserta dari pelbagai latar belakang pendidikan telah menyertai segmen ini.. Paling ramai rakan blogger kita datangnya dari UITM.. Nampaknya budak-budak UITM memang rajin berblog. ^_^

Korang semua boleh melawat mereka di sini..


Terima kasih.. salam dari pantai timur


Sunday, 19 August 2012

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka

infinity
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Melihat follower yang dah hampir mencecah 400 orang, saya nak cuba buat segmen yang pertama.. Harap-harap dapat lah sambutan yang baik untuk segmen yang pertama ini. ^_^

Segmen kali ini bertujuan untuk mengenali blogger-blogger seperti saya yang sedang belajar di universiti, sekolah, politeknik, dan sebagainya.. Berdasarkan permerhatian saya, sebahagian besar blogger ini terdiri daripada golongan pelajar.. Jadi saya nak buat platform untuk memudahkan kita semua berkenalan sesama blogger.. Manalah tahu rakan blogger kita tu hanya tinggal dalam dorm dihadapan kita je.. ^_^

Segmen ini juga terbuka kepada blogger yang akan menyambungkan pelajaran tak lama lagi..

Bagi blogger yang sudah masuk alam perkerjaan juga boleh join segmen ini.. Sambung je ayat itu dengan nama bandar anda tinggal sekarang..

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Buat satu entri yang bertajuk " Segmen Lokman : Saya Blogger Dari ...." . ( sambungkan ayat itu dengan nama tempat anda belajar sekarang atau akan sambung belajar). Contoh, Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
  2. letak Banner di atas dan link kan ke entri ini.
  3. Follow blog Infinity jika sudi.
  4. Tag kawan sekurang-kurangnya seorang.. tak nak pun takpe( pilihan ).
  5. Tinggalkan link entri anda di comment box.
Dah siap... Simple kan??  first time buat segmen, harap kawan-kawan dapat bagi sokongan.. ^_^. Senarai peserta akan diupdate secepat mungkin..

Tarikh tutup adalah 19/08/2012
Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Bakar 4000 Satay Pada Malam Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam aku bakar satey sebanyak 4000 batang bersama-sama adik dan sepupu.. Nampaknya bakar
satay pada malam raya memang dah jadi tugas aku.. Dari dulu sampai sekarang.. Aku mesti dipanggil untuk bakar satey ini.. ^_^

Satay ini adalah satay yang orang kampung tempah dengan sepupu aku.. Untuk tahun ni sebanyak 8000 batang satay ditempah oleh 21 orang.. Malam tadi hanya separuh dibakar, separuh lagi akan dibakar pada hari raya kedua dan ketiga.

Satay yang dibakar pada malam tadi kena betul cara membakarnya.. Kalau salah, satay itu akan menjadi sangat keras untuk dimakan pada pagi ini.. Cara untuk bakar satay itu adalah bakar sampai dia nampak kekuningan. Jaga bara api supaya satay tidak hangus.

Jangan bakar satay itu garing sangat sebab satay itu akan menjadi keras apabila sejuk. Kalau untuk makan serta merta, memang bagus bakar garing. Tapi untuk dimakan pada hari raya elok bakar sehingga ia kekuningan sahaja. 






Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saturday, 18 August 2012

Kuat Betul Bunyi Mercun sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

meriam buluh
Habis sahaja berbuka, tiba-tiba dengar bunyi mercun yang sangat kuat. Betul-betul kuat sampaikan kucing aku tak duduk diam dibuatnya.. Keluar masuk, keluar masuk rumah aku. Mungkin dia ingat kita kena serang oleh penceroboh kot.. hehe

Tapi betul lah, tahun ini aku rasa ramai yang bakar mercun.. Sangat ramai, berbanding tahun-tahun sebelum ini.. Mercun yang diorang bakar pun dah dinaik taraf. Dulu budak-budak main mercun colok, mercun jarum dan mercun bawang.. Tapi sekarang ni bukannya mercun tapi mercun bola, mercun telur naga dan bunga api.

Sekarang nak tengok bunga api dah tak perlu tunggu hujung tahun ataupun bulan kemerdekaan. Kiri kanan, depan belakang.. Macam-macam bunga api yang meletup di atas itu..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Friday, 17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Lokman Dan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari raya

Dijangkakan kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad ini.. Pada hari raya tersebut pasti kita semua akan sibuk beraya.. Rasanya dah sampai masa untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada Keluarga, sahabat handai, dan rakan-rakan blogger sekalian..

Saya minta mohon maaf jikalau saya ada buat silap dan salah yang menguris hati kamu semua sepanjang saya bergelar Blogger. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower blog yang tak sebeberapa ini.

Terima kasih juga yang sudi menjadi sahabat saya walaupun kita tak pernah bersua muka.. ^_^

Selamat Hari Raya

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...