OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 30 September 2012

Dari Hati ke Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku apabila ada orang yang boleh mendengar masalah aku seperti mana yang aku hendakkan. Dengan budi bicaranya yang memahami membuatkan aku sangat selesa bersamanya. Ruangan bicaranya memenuhi ruangan hati aku yang memerlukan seseorang di dunia ini. Luahan hatinya membuatkan hati aku yang dilanda ombak badai, tenang setenangnya air sungai yang mengalir. Dia lah insan yang banyak memberikan kekuatan kepada hatiku ini. Di masa aku memerlukan kekuatan, dia hadir tanpa ku disedari. Hanya dengan beberapa patah perkataan darinya sudah cukup untuk membuatkan diri aku sedar dan menilai kembali apa yang telah aku lakukan. Dia lah kawan yang aku tak nak lepaskan sampai bila-bila.

Siapa dia? rahsia..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saturday, 29 September 2012

Someday We Will Meet Again

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini salah satu lagu kegemaran aku.. Lagu yang berkisar perpisahan.. Kepada kawan-kawan semua tak kira lah dari sekolah atau pun matrikulasi, walaupun kita berpisah masa ini tapi suatu hari nanti kita akan bersua kembali..


Like a mountain I must conquer
Like a battle I must endure
I will fight for your honor
Steadfast and sure

Some kind a vision that's fit for a king
And I've got a feeling I can do anything
And we will meet again
We will meet again
Yeah, yeah
We will meet again

I will search the whole world over
If that's what I must do
I'll follow every winding road
Just to be with you
Cause I've got a dream that I just can't ignore
Before I get through, I will open every door
And we will meet again
We will meet again

And nothing can stop this journey
Across an unknown land
And like a fire that keeps on burning
We will make our stand

We are bound together by fate
Set apart by what we've found
yet we'll make this sacrifice
'Cause we know where we are bound

Side by side, we will ride once again
And if we keep the flame alive, my friend
We will meet again
We will meet again
We will meet again

I will search the whole world over
If that's what I must do
I'll follow every winding road
Just to be with you
Cause I've got a dream that I just can't ignore
Before I get through, I will open every door
And we will meet again
We will meet again

And nothing can stop this journey
Across an unknown land
and like a fire that keeps on burning
We will make our stand
And we will meet again
Yeah, yeah
We will meet again

Whoa, whoa

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Friday, 28 September 2012

Pertandingan Video Osem UTeM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

save palestin

Bersempena Karnival Penghayatan Islam ke-3, Persatuan Badar (Badan Dakwah Dan Rohani) UTeM telah menganjurkan Pertandingan Video Osem UTeM.

Objektif utama project video ini adalah untuk mengumpulkan idea-idea segar dalam bentuk video kreatif bagi membina pandangan masyarakat terhadap agama islam. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga UTeM. Video ini perlu dilakukan secara kumpulan dan panjang maksimum video ini ialah 5 minit.

Hadiah yang lumayan ditawarkan kepada peserta yang mendapat tempat di dalam pertandingan ini.. Tempat pertama akan mendapat duit RM300 beserta dengan sijil penyertaan. Tempat kedua, RM200 + sijil dan tempat ketiga akan mendapat RM100 beserta sijil. Tarikh tutup adalah pada 16 oktober 2012..
Sertailah sebelum terlambat..   



Terima kasih..salam dari pantai timur..

Thursday, 27 September 2012

Blogwalking Setakat Yang Mampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini kelas aku banyak batal.. Jadi dalam masa terluang ini aku ingat nak buat blogwalking ke peserta segmen yang aku sertai sebelum ini.. Kali ni aku nak blogwalking setakat yang mampu..

Tapi sebelum itu aku nak baca dulu manga Naruto, Bleach dan Toriko yang baru keluar tadi.. Semua manga ini sedang berada dipuncaknya sekarang. Jadi aku dah tak sabar nak baca..Hehe..

Cukup kot entri kali ini.. Pendek sudah laa.. hehe.. Sebab aku pun dah tak tahan nak baca manga tersebut..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 26 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Nak join yang ni pulaklah .. Segmen tangkap follower sebanyak mungkin. Nampak menarik je.. ^_^ Follower blog saya sekarang adalah..

Saya tag semua yang tengah baca entri ini.. :D

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Tuesday, 25 September 2012

MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kebetulan saya pun ada sesuatu nak nak disampaikan kepada seseorang.. Jadi saya ingin join segmen mak dara ini untuk meminta maaf kepada kawan baik saya.. Harapnya dia maafkan saya atas kesilapan yang telah saya lakukan.

  1. Abang minta ampun dan maaf
  2. atas segala perbuatan Abang yang telah melukai hati awak.
  3. Abang bersalah kepada awak apabila berbicara tanpa berfikir 
  4. dan membiarkan emosi menguasai diri ini.
  5. Abang tahu kita dah tidak seperti duhulu lagi
  6. Tapi Abang berharap jalinan persahabatan kita kekal hingga akhir hayat.
Itu sahaja yang saya nak sampaikan.. Dia juga seorang blogger, jadi saya harap dia akan terbaca mesej ini suatu hari nanti. 

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 24 September 2012

Tiada Tempat Yang Selamat Di Atas Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Inilah yang dikatakan.." Malang tidak berbau.". Hari ini sahaja aku dapat menyaksikan dengan mata aku sendiri 2 kemalangan besar yang meragut nyawa. Kemalangan pertama di dalam gambar di atas itu berlaku pada awal pagi tadi. Menurut orang awam, ada mangsa yang meninggal dunia. Jarak kejadian kemalangan ini berlaku dari tol Ayer Keroh adalah lebih kurang 750 meter, laluan menghala ke utara. Betul-betul berlaku di bawah jambatan UTeM. Apa yang aku nampak adalah kesan terbakar yang teruk dengan muatan lori yang membawa rokok dan arak bersepah di tepi jalan.

Kemalangan yang kedua ini yang paling menyeramkan aku.. Kemalangan ini berlaku di persimpangan lampu isyarat MITC. Tempat yang setiap hari aku lalu. Kemalangan ini berlaku apabila sebuah lori merempuh 2 buah lori lain, l kancil, 1 iswara,1 honda dan 4 buah motor yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. 2 orang meninggal dunia dalam kemalangan ini.

Sebab itulah aku kata, tiada tempat yang selamat di atas jalan raya.. Jadikan kejadian ini sebagai peringatan bagi kita yang masih hidup.. 


Semoga Allah mencucuri rahmat.. Al-fatihah








sumber- http://www.facebook.com/EvolusiAnakMelaka

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 23 September 2012

Tapi Blog Juga Boleh Jatuh Tanpa Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Ini sambungan bagi entri sebelum ini.. Macam berat sebelah je kalau aku tak sebut pasal follower. Aku dah ceritakan pendapat aku pasal pembaca sebelum ini. Memang betul blog boleh hidup tanpa follower, tetapi blog juga boleh jatuh tanpa follower. 

Dalam masa hampir setahun aku menjadi blogger dah macam-macam cara aku buat untuk mencari follower. First, aku buat blogwalking dan tinggalkan comment di blog-blog yang ada. Kedua, aku join segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Aku tahu kewujudan segmen ini pun hanya pada bulan 4 tahun ini.. Semasa aku mula serius untuk berblog.

Dan yang ketiga aku join group facebook untuk tambah follower. Antara kesemua cara yang telah aku lakukan, join segmen adalah cara yang paling pantas untuk menambahkan bilangan follower. Sejujurnya, aku memang nak kan follower yang ramai. 

Blog boleh jatuh tanpa follower kerana follower ini lah yang memberikan semangat kepada blogger baru seperti aku ini untuk terus setia menjadi seorang blogger. Rasa seronok jikalau setiap entri yang kita tulis  itu mendapat comment dan feedback dari orang lain. ^_^. 

Orang yang commnet setiap entri kita tu biasanya bukan orang lain pun.. Follower kita jugak. Jadi sebab itulah aku tidak pernah menggunakan ayat.. " i follow you, follow me back.. Ok. -_^." untuk dapatkan follower. Aku ingin dapatkan follower yang sukakan cara penulisan dan apa yang aku sampaikan di blog ini. Jadi awal-awal lagi aku tulis " Follow lah blog ini dengan seikhlas hati.. ^_^. Nilai dulu sebelum buat keputusan." 

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Blog Boleh Hidup Tanpa Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada pandangan aku, Reader/pembaca adalah sangat penting buat sesebuah blog. Ini kerana, kalau tiada pembaca tiadalah follower. Aspek utama bagi seseorang itu membuat keputusan untuk follow sesebuah blog adalah membaca apa yang disampaikan di dalam blog tersebut. Mana ada orang follow blog tanpa membaca walaupun sedikit apa owner blog itu sampaikan. Kalau ada pun mesti kerana blog tersebut mempunyai design yang cantik dan memikat pemgunjung.

Apabila kita dah follow sesebuah blog, kita tak akan buka lagi blog tersebut melainkan owner blog postkan entri yang menarik. Betul tak?? Bagi aku macam tu lah sebab dalam Dashboard kita itu hanya menunjukkan update terbaru blog yang kita telah follow. Jadi yang mana datang dahulu, Pembaca atau follower?

Mestilah pembaca kan.. Sebab kita akan klik link blog tersebut untuk membaca entri yang menarik itu. Kalau tak kita hanya akan scroll down list blog, melihat dan membaca tajuk-tajuk entri yang terbaru itu. Jadi ada follower yang ramai tapi tak sudi membaca entri kita amat merugikan.

Kita juga kebanyakkan masa hanya menggunakan search engine seperti pak cik google, yahoo dan lain-lain untuk mencari maklumat. Jadi tanpa follower, blog kita itu masih mampu untuk hidup di dalam dunia maya ini dengan hanya pembaca. ^_^.. Tapi yang pasti kalau ada follower, bertambah banyaklah kelebihannya kepada blog kita..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 22 September 2012

Follower VS Reader

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebelum ini aku ada kata nak buat Blogwalking ke semua blog yang sertai segmen jom tingkatkan followers sampai lebam kan?? haaa.. yang sebelum ni.. Tapi tahu tak sesuatu?.. aku tak dapat blogwalking ke semua blog yang sertai segmen itu disebabkan jumlah peserta yang terlalu ramai.

Apabila buka senarai peserta, reaksi aku adalah " Wah!!!!.". Aku terkejut sebab tengok senarai peserta yang mencecah seramai 268 orang.. Perhh.. Itu bagi aku laa.. Bagi korang semua aku tak tahu.. Tapi yang pasti angka 268 itu amat banyak bagi penganjuran segmen. ^_^.

Tuan punya blog ini memang tidak main-main dengan tajuk segmen itu. Aku buat blogwalking ke seratus blog terawal pun dah lebam-lebam mata ini.. Bukan main banyak lagi blog yang ambil peluang ini untuk mendapat follower dan follow blog yang disukai.

Masa tweet dengan haz, aku sedar sesuatu.. Antara Follower dengan Reader/pembaca, siapa yang paling penting?? dari sudut pandangan aku.. Kepentingan pembaca lagi tinggi dari follower. Maaf kepada blogger yang sedang mencari follower yang ramai sekarang ni.. Tapi dari pandangan aku, pembaca lah yang lebih utama..

Kenapa?? 

Tunggu post selepas ini..

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Friday, 21 September 2012

Jawapan buat orang yang mencari kebenaran tentang islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malam ini aku dapat lihat seorang muslim yang hebat menerangkan kebenaran tentang islam kepada orang yang mencari jawapan itu. Aku pun menangis apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Sheikh Yusuf Estes. 

" Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku yang telah aku lakukan selama ini sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. ". Moga-moga Allah membuka hatiku untuk menerima hidayahmu.


Jomlah kita hayati apa yang diperkatakan oleh Sheikh Yusuf Estes. Semoga ianya memberikan kesedaran kepada kita semua.

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Siapa ada twitter?? jom follow

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Aku tengah obses dengan twitter sekarang ni.. Biasalah, benda baru.. Ehh.. baru lagi ke?? Rasanya twitter ni dah lama ada kat Malaysia. Aku je yang baru buat semalam. hehe.. Jangan gelak kuat sangat!!

Korang boleh nampak disebelah kanan blog ini ada column twitter. Jadi kepada blogger-blogger yang mahu berchatting dengan aku boleh lah tekan butan follow itu. Kalau nak search, tulis nama Lokman_Ramli..

Ada ramai kawan lagi meriah.. ^_^. Kalau tak nak twitter, korang boleh add aku di facebook.. Klik je widget facebook kat sisi kanan itu.. Confirm aku approve..

Apabila tambah column twitter kat sebelah kanan ini, blog aku terasa sedikit berat.. Harap korang boleh bersabar dengan masa loading blog ini.. Kalau ada masalah, bagitahu aku... Ok?

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Thursday, 20 September 2012

Blogwalking Penting Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malam ini aku nak ambil masa untuk buat aktiviti Blogwalking di blog-blog yang telah menyertai Segmen : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam dan Jom Join Bloglist Miss Nadya Power !!. Aku akan cuba melawat ke seluruhan blog pada malam ini. Sebelum itu, aku nak kongsi pandangan aku terhadap Blogwalking.

Blogwalking ini adalah satu aktiviti dimana kita melawat ke blog-blog rakan kita dan meninggalkan comment pada entri diorang ataupun di shoutbox. Blogwalking ini juga adalah salah satu teknik yang sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah follower dan mempromosikan blog kita kepada orang ramai.

Blogwalking ini sangat penting untuk kita menjalinkan hubungan silaturahim dengan sahabat-sahabat blogger di alam maya ini. Samalah juga keadaannya di mana kita hidup berjiran di dunia ini. Jikalau kita tidak bertegur sapa dan melawat jiran disebelah rumah, sampai bila-bila pun jiran kita itu tidak akan kenal siapa kita.

Jadi bagi aku, blogwalking ini sangat bagus dan penting buat seseorang yang bergelar blogger. Teknik blogwalking ini juga bagus bagi blogger-blogger baru yang inginkan blog mereka itu didatangi oleh orang lain. Bagi diri aku.. Apabila ada orang sudi baca dan comment entri aku walaupun seorang, semangat untuk berblog itu terus meningkat. ^_^. hehe.. Ada juga orang yang sudi mendengar apa yang aku sampaikan..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

FAIL PERIBADI AHLI BLOGGER 3:BATTLE ROYALE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Adoi!! Baru episod pertama dah kalah pertandingan Battle Royale.. Kalah dengan pasukan Haz.. Tak boleh jadi ni.. Untuk itu, saya sediakan tugasan kedua ini dengan secepat mungkin. Kali ini Abang AWIE OMAR meminta kami untuk menyediakan satu biodata lengkap berkenaan diri kami.

Biodata Lokman

Nama Kumpulan : Senshi BurogÄ ( Blogger Warrior )
Profesion/Bidang Diceburi : Pelajar IPTA ( UTeM )
Hobi : Berbasikal, Berblog, Berenang
Blog Pilihanhttp://www.hasrulhassan.com/
Tujuan Berblogging : Untuk meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu
3 Sifat Semulajadi/Pelik : 1-Pendiam, 2-Kretif, 3-Suka makan
Masa Saya Layari Internet : Apabila ada masa lapang
Peserta Pilihan : Hazirah
Mengapa Saya Pilih Hazirah : Saya pernah dengar, kemenangan menentang kawan baik memberikan kepuasan yang amat tinggi. ^_^
Pandangan Saya : Saya rasa battle royale ini sangat menarik kerana ianya memberikan kami peluang untuk bertindak sebagai satu pasukan dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Segmen yang lain dari yang lain.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Wednesday, 19 September 2012

Takbiratul Ihram

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

takbiratul ihram
Bismillahirrahmanirrahim...

Kembali lagi saya dalam segmen solatku. Kali ini saya nak sambung dengan rukun solat yang ke-3 iaitu Takbiratul Ihram. Selepas kita berdiri tegak, maka mulailah kita melakukan takbir. Perbuatan ini dilakukan dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga sambil mengucapkan Allahu Akbar yang disertakan dengan niat. Bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi. Rujuk gambar dibawah.

Niat ini diniatkan di dalam hati. Korang boleh baca bab niat di dalam entri ini http://lokmanramli.blogspot.com/2012/08/berniat-dalam-hati.html

takbiratul ihram lelaki dan perempuan

Jom kita sama-sama baca apa jawapan kepada persoalan yang dikemukakan di bawah ini.. 

Soalan: Sahkah sembahyang seseorang yang bertakbiratul Ihram dengan perlahan iaitu dengan hanya menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara? Daripada apa yang saya tahu, takbiratul ihram itu perlu dilafazkan dengan suara sekurang-kurangnya sekadar didengari oleh telinga kita. Jika betul, bagaimana dengan solat kebanyakan masyarakat pada hari ini yang dilakukan begitu?

Jawab: Jika mereka melakukannya dalam keadaan tahu, maka tidak sah solatnya. Dan jika ia dilakukan dalam keadaan jahil, maka wajib atas mereka belajar. Adalah satu dosa jika ilmu-ilmu fardu ain tidak diketahuinya. Bagaimana amalan itu boleh diterima oleh Allah Taala jika ia dilakukan tanpa ilmu serta tidak menepati kehendak syariat. Manakala mereka yang melihat akan kesalahan ini, wajiblah menegurnya dan mengajarnya.

Wallahualam
Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 18 September 2012

Jom Join Bloglist Miss Nadya Power !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sementara ada masa beberapa minit lagi sebelum masuk kelas, aku nak hebohkan pasal segmen bloglist dari Miss Nadya. Segmen ini simple sahaja.. Tampalkan banner di atas dan bagi backlink kepada blog Miss Nadya. 

Backlink ini mudah sahaja.. Tekan banner dan tekan Link semasa anda tulis post. Masukkan URL entri Miss Nadya pada banner tersebut. Mudah sahaja. Kalau nak lagi mudah, highlight perkataan dan masukkan link entri Miss Nadya sepertimana yang saya buat di atas. Itulah backlink.

Untuk tuan punya permintaan pula..

Nama saya Mohd Lokman Bin Ramli. Berasal dari Kampung Petai Bubus, Terengganu.. Owner blog yang tak seberapa ini. Saya masih lagi bergelar student yang menyambung pelajaran dalam Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri di UTeM.

Salam berkenalan..

Terima kasih...salam dari pantai timur.


Segmen : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Time-time ketandusan idea macam ini, rasanya baik aku join segmen. ^_^. hehe. Segmen ini dikelolakan oleh Sa Michaisi... Bagi blogger-blogger yang mencari follower boleh la join segmen ini. Tekan je banner kat atas itu untuk join.

Aku join ni bukan sebab nak tambah follower sangat pun, tapi untuk support rakan blogger kita dan juga untuk aku buat blogwalking ke blog-blog yang baru. Walaupun aku dah hampir setahun menjadi blogger, tetapi masih banyak blog yang belum pernah aku lawati.

Jadi dengan sertai segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger, kita akan jumpa blog-blog hebat yang belum pernah kita lawati. Mungkin juga ada diantara mereka akan menjadi rakan baik dalam dunia maya ini seperti aku dan haz.. Siapa Tahu??

oh lupa plak.. Follower blog Infinity adalah seramai 533 orang..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Sunday, 16 September 2012

Segmen:Saya Bloglist September Bertuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya berminat untuk join bloglist blog gadis pecinta pink. Kali ni cik Nor Aidatul Akmar ini menawarkan hadiah kepada peserta bertuah yang join segmen ini.

Hadiah pertama adalah topup 5 bagi 4 orang peserta yang bertuah. Yang kedua, 1 set frebieees navigation bar bagi seorang peserta bertuah. Ketiga, 1 header dan footer blog untuk seorang pemenang. Dan yang terakhir, review 4 blog yang bertuah.

Tarikh tutup segmen ini adalah pada 19 september jam 11 malam. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Hari Malaysia 16/09/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini dah 16/9/2012, bermakna hari ini adalah Hari Malaysia.. Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang disertai bersama Malaya, Borneo Utara( sabah ), Sarawak,dan singapura.

Saya tak pandai sangat dalam sejarah ni, jadi kalau ingin tahu pasal penubuhan Malaysia, konflik dan sejarahnya klik http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html. ^_^

Saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh warganegara Malaysia.. Semoga negara kita tetap aman sentosa dan terpelihara dari permusuhan yang boleh merosakkan negara ini. Tak lupa juga nak bagitahu, tema hari Malaysia tahun ini adalah " Janji ditepati rakyat sejahtera ".

sumber : http://www.enciknakal.com/2012/09/tema-hari-malaysia-2012-janji-ditepati-rakyat-sejahtera.html

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Saturday, 15 September 2012

Senshi BurogÄ ( Blogger Warrior )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ketua kami, PaPa Blogger sudah pun secara rasmi mengumumkan Siapa Kami Di Dalam Dunia Blogger ini.. hahaha.. Kami lah Senshi BurogÄ, atau dalam bahasa jepun, Blogger Warrior.

Aku suka dengan nama kumpulan ini sebab watak anime kegemaran aku, Uchiha Itachi datangnya dari jepun. Wataknya dalam siri Naruto membuatkan aku teruja dengan kehandalan, kebijaksanaan dan kecekapannya dalam melaksanakan misi.

Orang salah anggap Uchiha Itachi ini sebagai watak yang jahat. Yang sebenarnya dia adalah pahlawan terbilang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menghalang peperangan yang besar berlaku di kampungnya. Dia juga seorang abang yang sangat penyayang. Satu-satunya kegagalan dalam misinya adalah dia terlalu sayangkan adiknya., Uchiha Sasuke. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Alunan Asmaul Husna yang Mengimbau Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila mendengar alunan Asmaul Husna daripada kumpulan hijjaz, aku teringat saat-saat mengalunkan nama-nama Allah di sekolah rendah. Terasa saat itu berlalu seperti sekelip mata sahaja. Cepatnya masa berlalu.

Seingat aku, setiap pagi ahad kami semua akan berbaris di dataran perbarisan untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Allah selamatkan sultan dan mendengar ucapan daripada guru, guru penolong kanan dan Guru Besar. Sebelum melakukan aktiviti ini kami akan bermula dengan mengalunkan asmaul husna.

Ini lah alunan yang bertenaga dan merdu  itu.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Terima Kasih Ya Allah Kerana Mempertemukan Aku Dengan Seorang Perempuan yang Sangat Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

menangis lah

Lama dah tak luahkan perasaan kat sini.. ^_^. Walaupun aku tak pernah rasa bercouple, tetapi aku ada seorang insan yang amat aku sayangi. Sejak dari pertemuan pertama kami sehingga lah hari ini, aku sentiasa memandang kehidupan dirinya.

Aku bukan pilihan yang terbaik untuknya. Aku sendiri pun rasa yang jarak kami ini terlalu jauh. Dia terlalu baik buat diri aku yang penuh dengan kejahatan ini. Pertemuan aku dengannya adalah takdir Allah yang memberikan sinar baru buat dirinya dan juga pengajaran buat diri aku.

Aku bersyukur pada Allah kerana dipertemukan dengan insan sebaik dirinya. Banyak perkara yang aku belajar dari dirinya. Perkara yang tidak pernah terfikir terjadi pada insan-insan yang rapat dengan diri aku. Dari situ lah aku belajar betapa hebatnya diri seorang perempuan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Friday, 14 September 2012

Perkembangan Terkini EVerGREEN UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
PGMC.EVerGREEN.UTeM
Kebetulan semasa datang ke kelas tadi ternampak kereta ini di uji pandu di dalam kawasan UTeM. Nampak macam menarik je. Kereta ini aku perasan tak ada ekzos di belakangnya.. Nampak sangat project ini berjaya.

Apa yang tinggal sekarang adalah perlumbaan yang akan berlangsung di litar sepang pada khamis, 4 October 2012. Harapnya Team UTeM berjaya dalam perlumbaan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila lawati page FB EVerGREEN UTeM untuk melihat video dan gambar kereta ini berfungsi.

Senarai pemandu yang akan membawa kereta ini di litar sepang





Gudluck UTeM.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur



Thursday, 13 September 2012

Cabaran Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila dah habis Kursus Amalan Kejuruteraan, aku macam dah tak ada idea nak tulis post untuk kongsi dengan kamu semua. Macam kosong je dalam minda aku ini. Idea yang datang pun adalah pasal perasaan yang mengarut dan tak menarik pun untuk dikongsi bersama.

Mungkin ini lah salah satu cabaran menjadi blogger. Aku! kalau boleh hari-hari nak kongsi cerita yang menarik dengan kamu semua. Tak nak nampak kosong je blog ini. Tapi susah la, sebab langsung tak ada cerita yang boleh menarik minat kamu semua untuk membacanya.

Aku nak tulis post ni pun fikir banyak kali. Asyik tekan backspace je dari tadi. Hmm.. Aku perlu baca balik post-post aku yang lama dan fikirkan apa tema terbaik untuk blog ini. Nampak menyedihkan apabila tak update apa-apa pun disini.. T_T

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 12 September 2012

Syair Muhasabah Diri Yang Menyebabkan Imam Ahmad Menangis Teresak-esak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Malam-malam macam ni saya terjumpa satu syair yang sangat merdu dan penuh peringatan sehingga Imam Ahmad Bin Hanbal pun menangis mendengarnya.

Imam Ahmad Bin Hanbal(rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulaqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan dengan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya. " Seperti apa? Contohnya?."

Lalu muridnya mendendangkan syair ini. selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu.

" Jika Tuhanku bertanya pada ku... 
Tidak malukah kau bermaksiat pada-ku?

Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-ku..
Dan datang pada-ku dengan penuh dosa."


Semoga kita beringat selalu.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Hey Friends!!! Guest What.. I'am Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Fuh.. lamanya tak online.. Hampir seminggu.. Hehe. Apa khabar semua? semua sihat ke?.. Sepanjang saya tak ada kat dunia maya ini, tak ada orang buat nakal kan.. ^_^. hehe. OK..

Sory semua sebab dah lama tak update blog ini.. Setelah selesai menjalani Kursus Amalan Kejuruteraan sebelum ini, saya kena siapkan satu report berkaitan dengan apa yang telah saya belajar sebelum ini. Report ini merangkumi keseluruhan module dan latihan yang telah saya lakukan. Nak tak nak, kena siapkan jugak.

Bayangkan lah betapa banyaknya saya kena tulis setiap perkara yang saya belajar dalam masa 3 bulan ini. Report itu ada dalam 140 page keseluruhannya. Banyak bos. Nasib baik ada teman-teman yang membantu. Kalau tak entah bila boleh siapkan report itu.. ^_+

Apa pun saya dah pun kembali.. Selepas ini saya akan terus update blog ini jikalau ada masa lapang.. Kepada rakan-rakan yang join Segmen Blogger 3 : Battel Royale.. Maaf sebab lambat hadirkan diri ke mesyuarat pertama.. Selepas ini saya cuba buat yang terbaik untuk kumpulan.. Insyallah..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 6 September 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ingin join bloglist ini sebelum tempat comment dipenuhi dengan blogger-blogger yang berminat untuk mempromosikan blog mereka. Blog Sifu Hasrulhassan sudah pun aku review di dalam entri ini. Preview 2 - Hasrulhassan . Korang boleh bacanya untuk tahu pandangan aku terhadap blog yang hebat ini.

Tawaran untuk bloglist ini hanya terhad kepada 200 orang sahaja. Jadi jikalau anda mahu menunjukkan diri di dalam alam maya ini sila lah join di sini atau klik gambar diatas.

Kalau di sekolah atau universiti, kita perlu mencari guru untuk belajar sesuatu. Di dalam dunia blogger ini, kita juga perlu berguru supaya kita berada di landasan yang betul. Menjadi blogger sama seperti kita menjadi seorang pemberita. Kalau maklumat yang kita sampaikan itu baik, maka baiklah persepsi masyarakat. Kalau sebaliknya, maka sebaliknya lah yang terjadi.

Di dalam dunia maya ini, Hasrulhassan adalah salah seorang guru aku yang banyak memberikan panduan dan peringatan menjadi seorang blogger..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Kursus Amalan Kejuruteraan 2012 Tamat

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Akhirnya selesai sudah Kursus Amalan Kejuruteraan UTeM bagi tahun 2012. Macam-macam ilmu yang dipelajari sepanjang mengikuti Kursus Amalan Kejuruteraan ini. Segala modul sepanjang 10 minggu ini sudah pun saya kongsi di dalam blog ini.

Apabila saya kata sudah tamat.. Ini bermakna tirai perkongsian cerita Kursus Amalan Kejuruteraan ditutup dengan rasminya pada pagi ini. Terima kasih kepada pembaca-pembaca dan pengomen yang setia mengikuti cerita saya ini.

Sebelum bersurai, saya ingin memberitahu post-post yang akan saya tulis selepas ini. Post yang saya akan tulis adalah Penjelasan Asmaul Husna dan Solatku sehingga habis. Post-post biasa seperti luahan hati dan perkongsian informasi akan saya tulis seperti biasa.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 4 September 2012

FKE UTeM :- “Proton Green Mobility Challenge 2012”

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
FKE UTeM :- “Proton Green Mobility Challenge 2012”

Khas buat pelajar UTeM. Ini Email dari Team Alumni FKE UTeM dan EN. Mohd Ruzaini Bin Hashim yang masuk dalam box aku tadi.

" Salam dan selamat sejahtera kepada semua alumni dan pelajar FKE, UTeM. Pihak Fakulti ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua alumni dan pelajar FKE.

Untuk Makluman kepada semua,  satu pertandingan kereta elektrik "Proton Green Mobility Challenge 2012" akan diadakan di litar sepang pada 4-7 october 2012.

Gandingan mantap dari pelajar dan pensyarah telah ditubuhkan untuk menjayakan project ini. Oleh itu, sebagai tanda sokongan terhadap project ini, marilah kita sama-sama untuk like FB pege Evergreen ini untuk kita melihat perkembangan dan perlaksanaan project ini.

Sila clik http://www.facebook.com/PGMC.EVerGREEN.UTeM untuk like

Harap dapat sampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

sekian"




Bagi pelajar FKE yang mengambil Kursus Amalan Kejuruteraan pasti sudah melihat kereta tersebut yang berada di makmal mechatronics semasa kita melakukan modul Electrical Winding Work & TroubleshootingBetul tak??


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...