OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 31 October 2012

Preview 4 - Nabila Biela

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nabila Biela

Terima kasih kepada Cik Nabila Biela sebab sudi review blog saya yang tak sebeberapa ini.. hehe. Blog kanak-kanak ea.. Takpe laa. Sebab saya pun memang sukakan anime dan manga. Apabila pertama kali tengok header blog ini pasti perkara yang terlintas di dalam minda itu adalah.." blog kanak-kanak ni ". Betul tak? jawab-jawab.. hehe ^_^


Ok lah.. Blog yang saya review kali ini adalah blog yang diberi nama Nabila Beila. Blog ini baru bertapak selama 6 bulan tetapi sudah mampu berdiri dengan gahnya di persada alam maya ini disebabkan kegigihan dan kesungguhan Cik Nabila Beila memperomosikan blognya. Korang boleh add Cik Nabila Beila di Facebook account Nabila Beila.

Pengisian blog Cik Nabila Beila lebih kepada luahan hati, cinta dan makanan rohani iaitu nasihat/counseling. Sesuai dengan gelaran mahasiswa USIM dalam bidang counseling yang dipegangnya. Cik Nabila Beila ni orang kampung saya jugak, orang Terengganu.

kalau korang rasa nak cari counselor bagi mengubat rasa di dalam hati itu, follow lah blog NABILA BIELA.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 29 October 2012

Preview 3 - 3 Pengomen Paling Pantas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.. Aku akan review 3 blog pengomen yang paling pantas. Ramai juga yang comment tetapi aku hanya akan ambil 3 blog untuk entri ini.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

Pengomen pertama yang paling pantas adalah  daripada Sibu, Sarawak, Malaysia. Isabel Diaz ini adalah tuan punya blog ANGEL LOVE SOLDIER dan Bloglist Angel Love Soldier. Dia juga mempunyai Facebook fanpage yang rasmi untuk blog Angel Love Soldier. Menurut Isabel Diaz, blog Angel Love Soldier ini wujud untuk mengisi masa lapang dirinya. Selain itu, blog ini juga wujud untuk perkongsian ilmu dan berkongsi pengalaman hidup. 


http://dingraphic.blogspot.com/


http://dingraphic.blogspot.com/p/request-here.html
Pengomen yang kedua adalah seseorang yang mengelarkan dirinya Din. Nama blog ini adalah !Din_Graphic!. Halaman blog ini memaparkan tentanng tutorial, informasi, teknologi dan kreativiti berkenaan graphic. Din_Graphic juga menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja secara percuma. Salah satu perkhidmatan tersebut adalah MEMBINA HEADER BLOG. Sesiapa yang berminat untuk request header silalah tekan 

REQUEST HERE !


Ada borang yang perlu diisi dan diserahkan di inbox Facebook Din,tensei.


http://budakpeliksstory.blogspot.com

Pengomen ketiga terpantas adalah adik Anis. Adik anis ini baru berumur 15 tahun dan berasal dari Kedah. Dari pandangan aku, adik Anis ini memang peminat Kpop. Ciri-ciri ini boleh dilihat berdasarkan layout dan background blog ANIS FARHANA. Adik Anis ini juga peminat salah seorang blogger yang famous iaitu Maria Elena


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 28 October 2012

Beraya Aidiladha Di Kampung Parit Samsu, Muar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apa khabar semua?? ^_^. Pasti semua sudah kekenyangan dengan nikmat daging yang melimpah ruah sampai ke rumah kita. Betul tak?? hehe.. Allhamdulilah.." Syukur kepada yang maha esa atas segala nikmat dan rezeki yang telah dia berikan kepada kita semua. "

Tahun ini aku beraya di Kampung Parit Samsu, Muar.. Aku tak balik beraya tahun ni, jadi aku ikut kawan aku balik ke kampung dia. Disini aku dan kawan-kawan dapat pengalaman menguruskan kerja-kerja sembelihan binatang korban. Nampak saje senang, tetapi rupa-rupanya kerja ini memerlukan pengalaman dan cara yang betul untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan binatang tersebut.


Gambar kali ini tak banyak sangat sebab tak sempat nak ambil. Tambahan pula, aku diperlukan semasa aktiviti ini dijalankan. Satu keajaiban yang aku lihat pada hari tersebut adalah betapa mudahnya binatang-binatang ini menyerahkan dirinya untuk disembelih. Pada riak wajahnya pula terpapar senyuman kegembiraan. Allahu akbar.





Muka-muka kepenatan selepas bergeluman dengan daging


Selesai dengan aktiviti menguruskan daging lembu, malam itu kami uruskan pula majlis tahlil. Makanan malam tu memang tip top terutamnya sup gear box dan rendang daging. Terbaik!!. Last sekali kami disajikan dengan persembahan silat sendeng. Bunga silatnya boleh tahan lawa.. hehe.

 Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Friday, 26 October 2012

Blog Review Kepada 3 Pengomen Yang Paling Pantas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Sembahyang raya sudah, jadi sekarang masa untuk mencari makanan. hehe. Kebetulan kawan ajak makan pukul 10 nanti. Jadi buat sementara waktu ni saya nak buka tawaran Blog Review kepada 3 pengomen yang paling pantas.

Jadi cepat-cepat lah comment untuk di review oleh saya.. Ok.. Selamat Hari Raya.. ^_^. maaf zahir batin.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 25 October 2012

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


" Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 10 zulhijjah kepada semua umat islam. Ampun maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja atau pun tidak disengajakan. Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. ".  ^_^


Marilah kita sama-sama memeriahkan Hari Raya Aidiladha ini dengan saling maaf memaafi kesilapan antara satu sama lain." Buang yang keruh, ambil yang jernih. " Kita sesama islam adalah bersaudara walaupun berlainan warna kulit, bahasa atau darjat.


Selepas selesai solat sunat aidiladha, sama-sama lah kita mengerjakan salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ini iaitu Ibadat Korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari sahaja iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan Khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelamnya matahari pada hari ke-13 zulhijjah. Ibadah Korban ini boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau siang 13 zulhijjah. Semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Blog Ini Ada Malware Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Tadi aku dapat feedback dari seorang kawan mengatakan ada malware di dalam blog aku ini. Apabila buka aku ni blog ini terus naik warning malware. Dia pun dah malas nak buka blog aku sebab ada virus. Jadi aku nak tanya korang semua, pernah ke dapat malware warning pada blog aku ini??? 

kalau ada sila bagitau aku. Kerjasama anda semua amat penting kepada aku.

Sebagai langkah berjaga-jaga aku sudah scan virus di blog aku dengan menggunakan http://www.urlvoid.com dan http://www.unmaskparasites.com . Hasil scan aku adalah seperti berikut. Blog aku bersih dari sebarang malware. 


Ini pula result hidden link di dalam blog aku. Maknanya ada spammer yang tidak bertanggungjawab telah meletakkan link yang tidak sepatutnya di dalam blog aku. Aku dah detect spammer ini sebelum ini dan block anonymous dari comment blog aku. Aku dah buang semua comment itu, tetapi ada lagi link yang telah disembunyikan oleh mereka. Keji-keji.. 



Yang aku perasan sekarang kat chat box tu banyak link-link yang tidak sepatutnya berada disitu. Jadi aku minta kerjasama semua, janganlah tinggalkan link-link spam atau iklan yang disembunyikan di dalam chat box itu. Cara sebegitu memang sangat tidak adil. Jangan sampai aku ambil tindakan membuang terus chat box itu. Ok..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Raya Aidiladha 2012

Ada masa 2 hari lagi belum menyambut Hari Raya Aidiladha, tetapi entah mana silapnya.. Aku tidak rasa ada kemeriahan hari raya di alam maya ini. Tidak seperti masa kita semua menunggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

Apa pun aku nak ucapkan " Selamat hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam terutamanya yang sedang mengerjakan ibadah haji dan juga kepada bonda, ayahanda dan ahli keluarga yang lain. Maaf along tak dapat balik ke rumah untuk sambut hari raya pada tahun ini bersama-sama kamu semua. Tapi tak apa lah, along beraya kat sini bersama kawan-kawan. Jadi tak payah lah risau.. ^_^ ".  Ucap awal sangat kot.. hehe. Tapi takpe lah sebab aku akan sibuk hari raya nanti.

Sedikit info berkenaan Kenapa Kita Menyambut Hari Raya Aidiladha ini :


Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
ibadah korban

sumber - http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-malaysia/5993-perayaan-aidiladha.html

Terima kasih..salam dari pantai timur.



Monday, 22 October 2012

LIKE.SHARE.WIN @ FB ♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

http://www.testatelissia.com/

Malam ni aku nak join simple contest dari blog testatelissiaKebetulan malam ni aku tak buat apa-apa, jadi boleh la aku tolong promote contest ini sebab contest ini tak suruh pun kita tulis entri. Saje aku memandai.. haha

Nama pun simple contest kan?.. Jadi jom kita tengok syarat-syarat yang di tetapkan.

Syarat-syaratnya.. ^_^

  1. LIKE : page www.facebook.com/Testatelissia
  2. SHARE picture as PUBLIC.. hanya peserta yang share PUBLIC sahaja akan di shortlist.
  3. COMMENT : lepas LIKE & SHARE, tulis ' good luck ' di ruangan Comment.
  4. OPTIONAL : follow blog http://www.testatelissia.com/
  5. CONTEST DATE : 21.10.2012 - 18.11.2012
  6. PEMENANG : 2 orang pemenang berdasarkan cabutan bertuah
  7. HADIAH : tudung SYRIA, BAWAL/SHAWL {hadiah akan ditentukan kemudian}
klik gambar yang cantik di atas itu untuk share di facebook.

SEMOGA BERJAYA


Terima kasih..salam dari pantai timur.


Sunday, 21 October 2012

Baca surah Al-Fatihah Dalam Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baca surah Al-Fatihah Dalam Solat


Tergerak hati pada malam ini untuk meneruskan entri berkenaan rukun ke-4 solat iaitu MEMBACA SURAH AL-FATIHAH. Sebelum itu saya minta para ulamak atau para guru yang berada diluar sana agar memberi teguran jikalau ada salah dan silap dalam perkongsian saya ini..

Saya juga masih belajar cara bacaan yang betul untuk surah Al-Fatihah ini. Tidak layak untuk saya mengajar kamu semua. Jadi saya serahkan perbicaraan rukun ke-4 solat ini kepada ustaz yang lagi mengetahui dari saya.

Sama-sama lah kita pelajari cara bacaan Al-Fatihah yang betul dari USTAZ DON. Dengarlah..


Jikalau anda semua ada masa lapang dan ingin mempelajari kaedah membaca surah Al-Fatihah, silalah dengar perkongsian ilmu oleh Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail.


Kita membaca surah Al-Fatihah setiap hari di dalam solat fardu mahupun solat sunat. Tetapi adakah kita yakin bacaan kita itu betul?? solat kita tidak akan sah jikalau bacaan itu salah dan lagi buruk, maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

http://myibrah.com/kesalahan-membaca-al-fatihah

Mudah-mudahan Allah mengasihi dan memberkati kita yang mencari ilmu berkenaan cara bacaan surah Al-Fatihah yang betul.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Kelantan Menang Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

The Red Warriors

Sekalung tahniah kepada pasukan KELANTAN (The Red Warriors) kerana telah memenangi Piala Malaysia 2012. Bagi aku perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini amat sengit. Walaupun di awal perlawanan kedua-dua pasukan nampak bermain berhati-hati tetapi apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyumbat gol pertama minit-44, rentak perlawanan terus berubah.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus membalas balik gol tersebut dengan jaringan Rezal Zambery minit-49. Tak sampai seminit, Norshahrul menyumbat gol keduanya untuk menambah derita ATM pada minit-50. Pasukan ATM tidak berputus asa dan hasilnya Marlon Alex James menanduk masuk bola untuk gol penyamaan pada minit-62. Perlawanan berlangsung hingga ke masa tambahan.

Masa ini nampak semua pemain keletihan dan banyak kecederaan yang menyusul. Apabila masuk minit-92, semuanya berubah. Indra Putra menyumbat gol kemenangan untuk kelantan hasil gerakan yang cantik. Gol ini menjadi pemisah antara kedua pasukan sehingga tamat masa.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan The Red Warriors.

Bagi ATM dan terutamanya Hairudin Omar, jangan kecewa kerana anda semua telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan ini. Perlawanan ini sangat sengit dan menarik. Teruskan aksi cemerlang seperti ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Friday, 19 October 2012

Lain Orang Lain Citarasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ikan keli masak sambal cili api

Malam ni boleh lah nak bergembira sebab dah tiada assignment yang perlu dihantar. hehe.. ok. Berkait dengan tajuk kat atas tu. Malam ni housemate aku masak ikan keli masak sambal cili api. Bau memang sangat menyelerakan.. Tapi yang sebenarnya, aku kurang sikit dengan ikan darat seperti ikan keli. Sorry guys!!

Aku bukannya tak makan langsung ikan keli. Tetapi jikalau ada lauk lain selain lauk ikan keli, aku rela ambil lauk yang lain itu. Jikalau dah terdesak sangat baru aku makan. Cerewat aku ni kan?. huhu.. Nak buat macam mana, dah citarasa aku macam tu.

Aku dah cuba makan ikan keli sekali dan rasanya boleh tahan la sebab tak rasa hanyir. Itu pun mungkin sebab ikan keli itu ikan keli bakar. Kalau masak biasa ni aku tak tahu lah. Aku boleh makan ikan keli tapi selera terhadap ikan keli ini tiada seperti mana ikan laut.

ikan keli


Jadi aku nak tanya pendapat korang, sedap ke ikan keli ni??

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Thursday, 18 October 2012

Berhenti Menjadi Blogger Demi Kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime blogger

Berkait dengan tajuk entri yang sebelum ini.. Aku ada terfikir macam mana kehidupan aku sebagai seorang blogger apabila masuk ke alam pekerjaan. Aku ada kemukakan persoalan, Haruskah aku berhenti menjadi blogger apabila sudah bekerja?

Bila duduk renung dan fikir balik.. Jawapan aku adalah TIDAK!!. Aku tidak akan sama sekali berhenti menjadi blogger kerana ini adalah minat aku. Blog ini seperti menjadi darah daging aku sendiri kerana aku akan merinduinya jika meninggalkannya.

Kalau blog ini tidak menjana duit seperti yang aku harapkan, aku akan tinggalkannya. Tidak sama sekali!! ini bukannya tujuan aku menjadi blogger dan berbakti kepada blog ini. Aku bina blog ini bukannya semata-mata hendak mencari duit. Aku bina blog ini untuk meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu/maklumat.

Jadi kesimpulannya, aku tidak akan sama sekali berhenti menjadi blogger demi kerjaya. Sejujurnya, untuk update blog ini hanya memakan beberapa minit sahaja. Yang lamanya adalah mencari idea. Jikalau ada idea, sekejap sahaja siap.

Terima kasih kepada pengomen-pengomen yang telah bagi cadangan kepada aku pada entri sebelum ini. ^_^. Keperihatinan anda amat dihargai.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 15 October 2012

Berhenti Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

patut ke berhenti jadi blogger

Malam ni tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang terlintas di dalam fikiran. Macam mana kehidupan aku nanti apabila sudah habis belajar dan mula berkerja? dan bagaimana dengan keadaan blog ini apabila aku sudah mula berkerja?

Semuanya menjadi persoalan kepada diri aku.. Berdasarkan pengalaman aku semasa berkerja di supermarket dulu. Masa amat critical. Apabila dah berkerja, tiada langsung masa untuk melakukan perkara-perkara lain di siang hari. Waktu malam pula, mesti tidur awal sebab badan keletihan. Jadi waktu bila aku nak berbakti untuk blog ini?? Berbakti untuk update blog secara berterusan seperti sekarang ini..

Jikalau aku hanya mampu berbakti sebagai blogger sebagai seorang pelajar. Maknanya, aku hanya ada masa 2 tahun lagi untuk bergelar blogger. Selepas 2 tahun, haruskah aku berhenti menjadi blogger??

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Blogspot Reset Pageview Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pagi ni semua kecoh pasal pageview blog yang tiba-tiba sahaja jadi kosong balik. Jadi aku check blog aku dan rupa-rupanya aku juga alami masalah yang sama. Abang Hasrulhassan kata google sedang meneliti hal ini. Jadi kita tunggu dan lihat je lah.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Orang Pertama Mengatasi Kelajuan Bunyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Austria's FELIX BAUMGARTNER memperolehi tempatnya di dalam buku sejarah pada hari ahad, 14 October selepas mengatasi kebimbangan kuasa pada heater Visornya yang gagal berfungsi dan hampir menjejaskan misi tersebut.

FELIX BAUMGARTNER mencapai kelajuan 1,342.8 KM/H (MACH 1.24) apabila melompat dari stratosphere di ketinggian 128,100 kaki (39,045 meters). Dia adalah orang pertama mengatasi kelajuan bunyi dalam terjunan gaya bebas.


Terima kasih..salam dari pantai timur.


Terjunan Paling Tinggi Dunia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terjunan Paling Tinggi Dunia 2012

Hari ini tercatat satu sejarah dalam dunia apabila Felix berjaya melakukan terjunan gaya bebas dari altitude 120 ribu kaki dengan aksi yang mengagumkan. Aksi ini meletakkan Felix sebagai 3 pemegang rekod dunia bagi aksi terjunan gaya bebas paling tinggi di dunia, terjunan paling laju dengan kelajuan supersonic dan manusia terbang menggunakan belon paling tinggi di dunia. Masa dicatatkan untuk sampai ke bumi adalah 4 minit 22 saat.

Semua ini dilakukan disiarkan secara langsung oleh YouTube pada 15/10/2012. Data selengkapnya akan menyusul kemudian.

Boleh nampak bentuk bumi apabila berada di ketinggian ini.
Terjunan Paling Tinggi Dunia 2012

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

RED BULL STRATOS - Mission To The Edge Of Space

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Red Bull Stratos

Red Bull Stratos adalah misi tepi ruang angkasa untuk cuba mengatasi had manusia yang telah wujud sejak 50 tahun dahulu. Disokong oleh pasukan pakar, Felix Baumgartner merancang untuk naik 120,000 kaki dalam belon stratosfera dan membuat melompat jatuh bebas ke arah bumi pada kelajuan supersonik. Niatnya yang berani ini adalah untuk mengatasi had potensi manusia di atmosfera dan menyediakan data penyelidikan yang berharga kepada para saintis dan pasukan perubatan untuk masa hadapan.

Misi ini sedang berjalan secara langsung sekarang. Korang boleh melihat misi ini di laman web rasmi redbullstratos.

Red Bull Stratos

Laman web ini menyediakan simulasi yang amat hebat untuk kita melihat perjalanan misi ini.. Jom kita sama-sama berharap misi ini berjaya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 13 October 2012

Teruknya Hasad Dengki

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

troll

"Apabila kita melihat orang lain berjaya, kita rasa dengki. Apabila melihat orang lain jatuh kita rasa gembira". Teruknya sikap ini. Seboleh-bolehnya aku nak buang sikap buruk ini sejauh yang mungkin sehingga aku langsung tidak mengenal apa itu dengki. Sikap dengki ini hanya mendatangkan keburukan kepada diri kita semua. Sikap dengki ini juga boleh menyebabkan kita saling bermusuhan dengan kawan dan saudara kita sendiri.

Islam mengajar kita semua agar saling bersaudara kerana Allah. Islam mewajibkan kita mencintai saudara-saudara mereka seperti mana kita mencintai diri sendiri. Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Maksudnya : " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".

Berdasarkan hadis tersebut, Sempurnakah iman kita semua jika di dalam hati ini ada rasa iri hati dan dengki dengan kejayaan dan kelebihan yang dikecapi oleh kawan-kawan dan saudara kita sehingga kita terniat untuk merosakkannya??

dengki

wallahualam
Terima kasih..salam dari pantai timur.


Friday, 12 October 2012

Mohd Lokman Bin Ramli, Setahun Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

setahun menjadi blogger

Masuk hari ini bermakna, sudah Setahun aku menjadi blogger. ^_^ . Pelbagai ragam dan cabaran yang aku tempuhi dalam mentadbir Blog INFINITY. Untuk hari yang istimewa ini, aku ingin merungkap kembali kenangan, cabaran dan masalah yang aku lalui untuk menjadi blogger seperti sekarang.

Aku masih ingat permulaan aku membina sebuah blog. Aku start dari kosong. Tak tahu apa satu pun pasal blog ini. Aku daftar blog ini dengan nama INFINITY. Kenapa aku pilih nama ini?? Baca di Sini. Rasanya dalam banyak-banyak perkara dalam membina blog, Memilih Nama Blog adalah yang paling susah. Aku ambil masa 3 hari memikirkan nama blog ini.

Selepas itu, aku teruskan dengan membina blog. Aku cari tutorial membina blog ini 100% dari Pak Cik Google. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada blog-blog yang telah membantu aku. Terlalu banyak yang membantu aku sampai lost bilangannya. hehe. ^_^.

Permulaan blog ini sangat unik. Aku tidak sebarkan kewujudan blog aku ini kepada orang ramai selama 3 bulan kerana aku ingin menyiapkan cerita pasal cinta pertama dan memberikan kejutan kepada insan istimewa itu. Seronok tak terkata dalam masa 3 bulan itu.. ^_^. Korang boleh baca kisah aku dengan klik label cinta pertama di bawah.

Apabila 3 bulan berlalu, ombak tsunami melanda diri aku. Aku kehilangan arah tuju hidup ini dan aku amat memerlukan seseorang untuk aku bergantung dan mendengar segala luahan hati aku. Waktu inilah blog INFINITY menunjukkan sebab kewujudannya. Dia wujud untuk memberikan aku jalan mengurangkan rasa kesakitan di dalam hati apabila tiada orang yang memahami dan sudi mendengar luahan aku. Waktu inilah aku berjanji akan setia dengan blog ini sampai bila-bila.
setahun menjadi blogger

Dah bosan membaca ke?? hehe ^_^ . Maaf sebab banyak lagi aku nak sampaikan. Baca sampai habis tau. Sebab ini adalah pengalaman aku setahun menjadi blogger. Harap sabar ya.

Apabila dah berjanji, aku akan tunaikan. Aku terus setia pada blog ini dengan update entri setiap hari. Masa tu memang langsung tak ada orang yang datang ke sini. Follower masa itu pun hanyalah rakan-rakan baik yang bukannya blogger. Aku suruh mereka follow sebab aku tengok blog-blog orang lain ada ramai follower. Dengki jugak la masa tu. hehe.

Tak lama kemudian aku jumpa segmen selepas buat blogwalking. Rupa-rupanya ada juga segmen yang dianjurkan oleh para blogger seperti itu. Nampak menarik je, jadi aku pun terus join segmen tersebut. Dari segmen itulah blog aku mula dikenali dan di follow oleh rakan-rakan blogger.

Apabila dah ada orang yang mula datang ke sini, takkan aku nak biar blog aku seperti biasa kan. " Tak lawa dan comel. " Jadi aku start buat design untuk blog ini. Lama jugak nak cari design yang betul-betul serasi dengan citarasa aku dan pembaca. Setelah lama try and error, akhirnya aku berjaya buat design blog seperti sekarang. Aku cukup puas hati dengan kecantikan blog ini. ^_^.

Setelah itu, aku teruskan update blog ini seperti biasa. Secara purata, aku tulis entri setiap hari. Nak tulis entri pun bukan boleh main tulis je. Kena fikir jugak. Macam blog aku ini. Takkan aku nak tulis pasal politik atau gosip artis. Tak sesuai la. Jadi aku tetapkan dua kategori penulisan dalam blog ini. " Disinilah ruang aku berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan." 

Dah jumpa penulisan yang sesuai dengan blog ini, aku teruskan update entri seperti itu sehinggalah sekarang ini. Dari semasa ke semasa, Traffic blog aku terus meningkat. Follower pun dah boleh tahan ramai. Kawan-kawan pun bertambah walaupun tak pernah bersua muka. ^_^.  Ini membuatkan aku gembira menjadi seorang blogger. Cukup setahun aku menjadi Blogger.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Thursday, 11 October 2012

Carta 10 - IKIM.FM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

radio ikim.fm

Wah!!.. dah pukul 12 malam.. Lama jugak aku ambil masa untuk fikirkan apa Carta 10 yang ingin aku kongsi bersama dengan korang semua. CARTA 10 ini adalah tugasan imuniti aku dalam Segmen Battle Royale. 

Aku dapat idea apabila aku dengar radio IKIM.FM secara online di http://www.ikimfm.my/ikimfm/. Aku dengar setiap hari stesen radio ini kerana aku amat sukakan pengisiannya yang berilmu dan bermanfaat buat diri aku.

Aku mula jatuh cinta pada stesen radio ini apabila aku dengar lagu dari negara arab yang berkumandang di stesen radio ini. Waktu aku sekolah dulu, aku akan buka radio ini selepas isyak dan dengar lagu yang bertajuk DAANI dari Ahmad Bukhati. Selepas itu aku dengar alunan-alaunan al-quran yang merdu dan mententeramkan jiwa ini seperti waktu sekarang. Aku juga amat sukakan lagu nasyid lama dan baru yang dimainkan di dalam stesen radio ini.
Ahmad Bukhatir ( Da'ani)


Carta IKIM.FM musim kelima - 07/10/2012 (Minggu 34)

  1. Penerang Hati - Sixth Sense
  2. Kurnia - Nowseeheart
  3. Di Suatu Masa - Mizie Kamis
  4. Sahaja Aku Mencintai Mu - Du'a feat Ustaz Amal
  5. Sentiasa BersamaMU - Menhajj
  6. Cahaya Seluruh Alam - AlMawlid
  7. Kunci Syurga - Muhibbain
  8. Saat terindah - Firdaus
  9. Itu Ini Begitu Begini - Mirwana feat Altimet
  10. Doa - Nora
Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 10 October 2012

Ucapan Maaf Buat Rakan-Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pelajar universiti

Rasanya dah lama aku tak membebel di dalam blog ini sebab update pasal EVerGREEN UTeM sahaja. hehe.. Kali ini aku nak buat entri meminta maaf sebab aku dah jarang buat blogwalking ke blog-blog yang lain, terutamanya yang tinggalkan comment di dalam blog ini. MAAF

Perkara ini berlaku apabila kehidupan seorang pelajar universiti masuk tahun 3 berubah secara drastik. Mata pelajaran tahun 3 ini pun lagi susah dari tahun-tahun sebelum ini. Jadi nak tak nak, kena tumpu betul-betul. Assignment yang lecture bagi bukan main susah lagi. Pening nak buat. Nak-nak subject MicroP yang perlu dihantar sebelum pukul 12 tengahhari esok. Sabar je lah.

Jadi aku harap korang boleh faham dengan apa yang aku dan kawan-kawan blogger lain lalui buat masa sekarang. Time cuti dulu memang best nak update blog ini. Masa ada dan idea datang mencurah-curah. Tetapi apabila dah start belajar, nak update blog pun tak ada idea. huhu.. Sedih.

Rupa-rupanya cabaran menjadi blogger buat seorang pelajar bukannya mudah. Nak dapatkan idea untuk update blog apabila kepala penuh dengan apa yang dipelajari di Universiti memang susah. Masa untuk berbakti kepada blog ini masih ada, tetapi kalau tak ada idea. Duduk termenung lah sorang-sorang depan laptop tu.

termenung


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Keputusan Pertandingan Proton Green Mobility Challenge 2012 (PGMC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Proton Green Mobility Challenge 2012 (PGMC)

Aku ingin menutup cerita pasal EVerGREEN UTeM ini dengan memaparkan Result Pertandingan Proton Green Mobility Challenge 2012 (PGMC).


Summary for PGMC 2012 Results:

Categories:

Sponsorship, Marketing & Website - EVerGREEN UTeM
Best Pit Display & Portfolio - UniART EV UniMAP
Best Research & Development - EVerGREEN UTeM
Best Innovation - UTM EVOLT
Best Engineered EV - UTM EVOLT
Best Technical Presentation - Saga Metro UTP
Best Safety & Design - UniART EV UniMAP

VMax - Evergreen UTeM
Fastest Time for 2 Laps - Smart Mobility IIUM
Quarter Mile Accelerations- UMP EV
Farthest Distance - Smart Mobility IIUM

Overall winner PGMC 2012:

1st - Smart Mobility IIUM
2nd - UMP EV
3rd - EVerGREEN UTeM

Congratulations to all winners!

EV UTeM...



Dr Auzani

Dr Auzani, key person yang memulakan project EV UTeM...



Tekan teruskan baca selanjutnya untuk lebih banyak lagi aksi EVerGREEN di Litar Antarabangsa Sepang

EVerGREEN UTeM

Sunday, 7 October 2012

Perjalanan Di Litar Sepang Bersama Kawan-Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Masih deman lagi dengan litar sepang. Hehe.. Gembira punya pasal.. Jadi malam ini aku ingin kongsi perjalanan aku dengan kawan-kawan di litar sepang ini. Gambar kat atas itu adalah pintu masuk utama litar sepang ini. Daripada sini kitorang kena berjalan sampai ke Grand Stand. Jauh jugak la nak sampai ke grand stand itu.
Masa ni kami semua dah sampai ke grand stand tersebut. Sekarang ni kami melihat pertandingan pertama iaitu Drag. Nasib baik kami sampai sebelum EVerGREEN UTeM beraksi. Sempat juga kami melihat kemenangan pertama UTeM. ^_^.
Masa ni kitorang tengah bosan menunggu pukul 12 untuk pergi masuk ke dalam pit stop. Jadi mula lah kami merayau ke sana sini melihat kawasan tersebut. Kebetulan jumpa seorang kawan lama.. Seronok dapat jumpa selepas lama terpisah.. hehe.. Siapa?? Diorang kat bawah ni je yang tahu.. hehe

Macam biasa, jurugambar untuk blog aku.. Kredit untuk Khairul Afzam. 
 Ahli Safee FKE yang famous.. Syahir

Apabila dah pukul 12, kami mula bergerak ke tunnel 2 pergi ke pit stop . Jarang-jarang orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tempat tersebut. Kami ni kira bernasib baik sebab dibenarkan melawat pameran dari pihak pengajur dan melihat dari dekat kereta-kereta yang menyertai pertandingan ini.





Selesai melawat pameran di pit stop litar sepang, kami semua bergerak pergi makan. Kedai dalam litar ni tak buka, jadi kami terpaksa bergerak agak jauh dari litar tersebut untuk mencari makanan. Selepas selesai makan dan solat, kami datang kembali ke litar untuk melihat sambungan pertandingan yang seterusnya. Time orang semua dah bergerak ke grand stand, aku dan 3 orang kawan lagi pergi masuk musium automotif. Saje masuk sini sebab tak nak pergi ke grand stand itu.. Jauh!!








Apabila pertandingan dah selesai, kami semua bertolak pulang ke UTeM semula.. Masa ni aku perhati semua tidur sebab keletihan.. hehe..

Macam tu lah serba sedikit perjalanan kami semua pada hari tersebut di Litar Antarabangsa Sepang. Sepanjang berada di sini kami semua seronok walaupun kelaparan.. hehe. Apapun terima kasih pada Pihak Universiti kerana membenarkan kami datang ke sini dengan free..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...