OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 29 November 2012

Blog Popular Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Blog Popular Impian Setiap Blogger

Blog Popular

Sememangnya sudah menjadi impian setiap Blogger untuk melihat Blognya Menjadi Popular. Seperti mana manusia mempunyai naluri untuk makan dan minum, seperti itu jugalah naluri seorang blogger ingin menjadi popular. Apabila kita mula menjadi blogger, timbul perasaan ingin menjadi seorang blogger yang dikenali ramai dan hebat seperti blogger-blogger yang lain.

Seorang Blogger menjadi popular apabila ramai orang yang baca dan follow blog tersebut. Apabila kita sering baca blog-blog hebat, terdetik juga walaupun sedikit di hati kita nak jadi hebat mereka. Jadi mula lah kita mencari cara untuk menjadikan blog kita dikenali ramai.

Nak jadi popular ni bukan mudah. Bukannya hari ini kita buat blog esok terus orang berduyung-duyung masuk baca apa yang kita tulis. Bukan!!.( lainlah kalau korang ni artis diminati ramai). Tetapi ianya memerlukan usaha yang berterusan. Seperti contoh, memperkenalkan blog kita kepada orang lain.

Kita tak akan menjadi popular jika tiada orang mengenali kita kan?? Betul tak??.. Jadi mula lah kita join segmen-segmen tambah follower, segmen blogwalking, dan macam-macam lagi. Selain itu, kita juga mengambil inisiatif dengan cara ping entri di Facebook Group untuk mendapat perhatian orang lain. Tak cukup dengan itu, kita mula komen dan blogwalking ke setiap blog yang ada sekerap mungkin.

Sampai satu tahap, kawan-kawan sekeliling pun kata.. "Ko ni memang blogger tegar". " Group kelas tu penuh dengan entri blog ko je. Sampai aku pun dah naik muak nak baca. Hari-hari pasal ko je. Kalau pasal awek takpe jugak"..Hehe. Macam tu lah apabila kita asyik ping entri dalam facebook group. ^_+. Betul tak??

Ada juga blogger yang cuba nak jadi popular cepat dengan cara menulis entri-entri yang panas. Aku memang tak nafikan, entri-entri sebegitu memang mampu menarik ramai pembaca di malaysia ini. Tetapi blog-blog sebegitu biasanya tiada follower. Follower yang ada pun hanya sedikit. Kita menulis untuk berkongsi dengan masyarakat, bukannya nak buka aib orang. Sebab itu aku jarang gunakan gambar manusia sebenar. Kalau korang perasan, blog ini penuh dengan gambar kartun/anime.

Aku tak nafikan entri panas dapat menarik ramai pembaca sebab entri terbaik aku bertajuk " Keluar Air Mani ".. Panaskan kata kunci tu?. Padahal tajuk penuhnya adalah Keluar air mani secara tidak sengaja semasa berpuasa.. Apa nak buat??.

Based on True Story of me...... ^_^

Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , azri.my,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.com, syaisya.com ,  percutianku.com , Sjiehan.com , StudioAksara , eyriqazz.com

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday - Realiti Seorang Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Realiti Seorang Blogger
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 27 November 2012

Traffic Blog Menurun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime final exam

Dalam sebulan ini, Traffic blog aku semakin menurun.. Sedikit demi sedikit.. Risau juga aku.. Tetapi apabila difikirkan balik. Rasanya aku tahu kenapa semakin kurang pengunjung di blog ini. Fenomena traffic menurun ini ada kaitan dengan musim blogger jarang-jarang update blog yang sedang berlaku sekarang.

Apa yang aku boleh katakan adalah, ramai pembaca blog ini terdiri daripada pelajar.. Terutamanya pelajar Universiti  Sekarang ini musim test dan assignment buat kami yang berada di Universiti ini. Final Exam pun hanya 5 minggu lagi. Jadi tak ada masa buat kami untuk berblog. Semua sedang bergelumang dengan test dan study untuk final yang semakin hampir ini.

Hanya blogger-blogger tegar sahaja yang masih update blog mereka seperti biasa. Aku pun dah semakin sibuk sekarang dengan assignment, test, kuiz dan macam-macam lagi. Aku dapat update blog ini pun dah kira bernasib baik sebab sekarang ini semakin sibuk.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Perkhidmatan Catering Di Cheras Jaya - Pelangie Petang Catering

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perkhidmatan Catering Di Cheras Jaya

PELANGIE PETANG CATERING

Pelangie Petang Catering menerima semua tempahan untuk Majlis Hari Jadi, Cukur Jambul, dan macam-macam lagi. Perkhidmatan ini menyediakan tempahan seperti Kuih Muih, Pulut Panggang, Rojak Buah, Lauk-pauk, Mihun, Mee, Biskut, Kek, Pelbagai jenis Nasi dan banyak lagi..

Antara hidangan yang boleh ditempah adalah :










Dan banyak lagi.. Jika berminat membuat tempahan anda boleh hubungi
As - 017-6953657 atau Dc - 019-4453980.

Alamat Catering ini adalah No 14 Jalan 12/6 Taman Cheras Jaya, 43200 Kajang, Malaysia.

Anda juga boleh like facebook page Pelangie Petang catering untuk melihat dan menempah hidangan-hidangan di atas dan banyak lagi.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sunday, 25 November 2012

Standing In The Eyes Of The World

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti mana yang ramai sudah tahu, malam ini Harimau Malaya kalah kepada Singapura dalam Piala AFF Suzuki 2012. Malaysia kalah 0 : 3 kepada singapura. Tiada apa yang boleh apa aku komen sekarang. Semua yang melihat pasti rasa apa yang aku rasakan. Oleh itu aku hadiahkan lagu ini kepada Harimau Malaya.


Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Dengarlah Luahan Seseorang Dengan Sebaik-baiknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila hati kita bersedih, kita mempunyai kecenderungan mencari seseorang untuk kita berkongsi dan meluahkan perasaan. Betul tak?? kalau salah tu, maaf lah sebab itu yang aku rasakan sebelum ini. Walau sekuat mana pun hati kita, apabila tiba masalah.. Pasti kita berharap ada seseorang yang dapat menenangkan diri kita.

Sama lah macam waktu kita kecil dulu.. Apabila kita besedih, kita ada ibu yang akan memeluk kita dengan kasih sayang dan mengeluarkan kata-kata semangat kepada kita. Di saat ini kita dapat merasakan kasih sayang dan ketenangan dalam hati kerana kita ada ibu yang sentiasa menyokong dan menyayangi diri kita.

Korang pernah tak bercakap dengan seseorang yang sedang menangis dan bersedih di dalam talian telefon? Terutamanya bagi kaum lelaki.. Pernah tak?? kalau korang ada kekasih pasti ada masanya korang akan melalui saat-saat ini.

Pada saat ini pasti perkara yang kamu nak lakukan adalah menenangkan hati dia kan??. Salah satu cara untuk tenangkan hati dia adalah dengan membiarkan dia meluahkan perasaan sepuas-puasnya. Kita sebagai kaum lelaki pasti dapat tahu sama ada dia tengah menangis atau tidak masa itu walaupun dia kata tak ada apa-apa. Jadi pada waktu ini janganlah kita sibuk bercerita pasal kisah hidup kita dan tidak beri peluang kepada dia untuk bercakap. Bagilah ruang dan peluang kepada dia untuk meredakan kesedihannya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 23 November 2012

Bicara Hati Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lama rasanya tak berbicara tentang perasaan hati. Hehe.. Bukannya apa.. Apabila dah jadi solo fighter, nak buat entri jiwang-jiwang macam dulu pun dah tak ada idea. Nak tulis pun rasa malas sebab dah tak ada feeling.

Masa bercinta dulu dalam kepala ni fikir satu sahaja.. KAHWIN dan berkeluarga. Itu sahaja.. Langsung tak fikir sama ada diri ini sudah berkemampuan atau belum untuk bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarga. Sebab itu lah orang kata, cinta itu buta. Apabila bercinta, semuanya kita tidak ambil kira. Betul, salah, susah , senang.. Semuanya diabaikan.. Yang penting hati ini puas.

Mungkin sebab itulah ramai yang bercinta putus ditengah jalan. Janji nak hidup semati. Nak tempuh suka duka bersama-sama. Tetapi apabila badai datang melanda, janji hilang entah kemana. Kepercayaan yang di berikan juga luntur pudar kerana masing-masing masih tidak mempercayai antara satu sama lain.

Satu perkara yang aku nampak apabila jadi solo fighter ini adalah masih banyak yang perlu aku lakukan sebelum aku melafazkan sekali lagi ayat di atas sana. Aku kena ubah dulu diri aku yang serba kekurangan ini. Aku juga kena lebihkan keluarga dahulu sebelum aku  mengejar cinta hati. Apabila bercinta aku juga perlu menjaga orang sekeliling kerana perkahwinan merapatkan hubungan antara dua keluarga.

Kesilapan yang biasa kita lakukan adalah kita berkenalan dengan gadis pilihan kita sampai declare couple, tetapi satu kali pun kita tak pernah nak berjumpa dengan ahli keluarga dia terutamanya ibubapanya. Alasan biasa adalah takut dan belum sampai masanya lagi. Tetapi kita kena ingat, ibubapanya dia suatu hari nanti akan menjadi ibubapa kita juga. Jadi tak salah pun kalau kita berkenalan dengan ibubapanya seawal mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Rukuk dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rukuk dengan Tama'ninah

Solat Jumaat hari ini semakin hampir.. Dikesempatan yang ada ini saya nak kongsi ilmu rukuk solat yang ke-5 iaitu Rukuk dengan Tama'ninah. Sebelum itu, saya minta para guru, ulama atau orang yang berilmu agar memberikan teguran dan nasihat jikalau ada kesilapan dalam perkongsian ini.

Rukuk solat yang ke-5 ini nampak sahaja senang.. Tetapi kalau tidak kena pada caranya akan salah. Rasullulah S.A.W bersabda : "Apabila engkau rukuk, hendaklah engkau meletakkan dua tapak tangan engkau di atas lutut engkau. Kemudian engkau renggangkan antara jari-jari tangan engkau. Kemudian engkau menanti seketika sehingga setiap anggota berada pada tempatnya. " hadis riwayat ibnu Khuzaimah dan ibnu Hibban.

rukuk yang salah

Bukhari dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis menyatakan apabila baginda S.A.W rukuk, beliau meluruskan belakangnya dan meratakannya.  Daripada ibnu Majah, Ahmad dan lainnya meriwayatkan bahawa lurusnya belakang Nabi S.A.W ketika rukuk sehingga seandainya dicurahkan air atasnya, tidak akan jatuh ke bawah.

Manakala kepala Nabi S.A.W tidaklah ia menegak dan tidak pula meninggikannya iaitu kepalanya separas dengan belakangnya. Hadis riwayat Muslim.

Rukuk yang betul adalah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya iaitu betis dan peha dan memegang kedua lututnya dengan menjarangkan antara jari-jarinya dengan tama'ninah. 

Semoga perkongsian ini berguna buat diri saya sendiri dan anda semua dalam kita belajar untuk memantapkan lagi ilmu dalam solat.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Thursday, 22 November 2012

We Will Not Go Down ( Gaza Tonight ) - Micheal Heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Micheal Heart

Malam ini aku nk kongsi satu video lagu yang bertajuk WE WILL NOT GO DOWN( GAZA TONIGHT ) oleh Micheal Heart. Difahamkan video ini telah dipadam setiap kali diupload dalam YOUTUBE. Kejamnya pihak yahudi. Jomlah kita sama-sama ambil iktibar dan semangat penduduk gaza di dalam lagu ini. Semoga Allah melindungi mereka semua.


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Save Gaza - Gencatan Senjata Antara Hamas Dan Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gencatan Senjata Antara Hamas Dan Israel

Satu Genjatan Senjata antara Hamas dan Israel tercapai secara rasminya pada pukul 9 malam di atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir. Sejak 8 hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula, jalan raya di Gaza masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai.

Apabila genjatan senjata bermula, penduduk di sekitar Gaza mula keluar ke jalanan untuk meraikan kemenangan itu. Genjatan senjata ini menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu. Manakala pihak Palestin diarahkan meneghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan. Israel juga diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan jika genjatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam.

Tapi kita jangan lupa dan lalai dengan perjanjian genjatan senjata ini kerana Israel akan mungkir janji bila-bila masa sahaja. Jadi menjadi tugas kita untuk terus melaporkan perkembangan rakyat palestin agar rakyat negara kita tahu siapa itu Israel. Mungkin ini taktik mereka untuk melalaikan orang islam setelah mereka berjaya membunuh rakyat palestin terutamanya kanak-kanak yang akan menjadi pelapis perjuangan rakyat palestin.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 21 November 2012

Wordless Wednesday - Pray For Gaza

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

gaza

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Gotye - Somebody That I Used To Know

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila kekeringan idea, macam ni lah kerja aku.. Layan lagu di YouTube. Nak dengar jugak ke?? tekanlah video di bawah..


Somebody That I Used To Know lyrics


Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go 
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 18 November 2012

KEMPEN FREE PALESTINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

KEMPEN FREE PALESTINE

Semasa aku mencari sesuatu perkataan di dalam Pak Cik Google, aku terjumpa Kempen Free Palestine yang dianjurkan oleh Saudara Pemilik Hati. Betul katanya, Palestine sekarang sedang diserang oleh israel laknatullah tetapi tiada apa pun yang kita dapat buat untuk membantu saudara-saudara kita disana. Memang menyedihkan.

Kita sebagai blogger kena tahu bahawa platform blogger bukan sahaja untuk hiburan, menyampaikan maklumat dan gosip-gosip artis semata-mata. Tetapi dengan platform ini, kita juga boleh berdakwah dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di luar sana dan kekejaman Israel.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin


As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin
As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata:  "Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? . Sesungguhnya aku seorang tuan yang lemah dan tidak mampu memegang pena dan mengandang senjata dengan tanganku yang sudah lumpuh. Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka mengerakkan kerusi roda ku.. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu??.. Wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa??

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan yang bangkit menyatakan kemarahan Allah. Tiada satu kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas... Tidak adakah yang mahu bangkit menentag musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.. Tidak adakah???...

sumber - http://chromosome.wordpress.com/2010/11/10/doa-untuk-palestine-amanat-syeikh-ahmad-yasin/

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Bangunlah Dari tidur Wahai Pejuang-Pejuang Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pahlawan islam, soldier of allah, tentera islam

Wahai umat islam seluruh dunia!! Bangunlah dari tidur yang lena itu. Buka mata luas-luas dan dengarlah apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di luar sana yang berjuang untuk mempertahankan agama.

Betapa sedihnya hati ini apabila tahu saudara-saudara kita sedang ditindas dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tetapi lagi sedih hati ini apabila aku tak dapat berbuat apa-apa. Cuma doa yang mampu aku berikan. huhuhu.

Ya Allah.. Bukalah hati pemimpin-pemimpin umat islam seluruh dunia. Teguhkan hati mereka agar mereka benar-benar yakin dengan janji-Mu ya Allah. Sampai masanya islam akan peroleh kemenangan. Apabila umat islam sudah bersatu. Islam akan menunjukkan kebenarannya. Apabila masanya sampai, aku sudah bersedia untuk penerima panggilan-Mu. Moga agama islam terpelihara di dunia ini.



Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Friday, 16 November 2012

Istimewa Keropok Selipar Hanya Di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

keropok lekor, terengganu


Tempahan keropok keping bagi yang berada di Terengganu

Keropok Pak Da - MUDA MUHAMMADIAH
Kampung Baru Rhu Muda,
21600 Marang, Terengganu.
019-946 4759 - Pak De/ 014-846 2821 - Mak De

Menariknya di Terengganu kali ini membawa rakan-rakan semua mengenali salah satu makanan popular dan WAJIB makan apabila berada di Terengganu iaitu Keropok Selipar/ Keropok Tongkol. Pasti korang tak pernah tengok keropok jenis ini kan?? hehe. Keropok ini sebenarnya rupa keropok keping sebelum dipotong-potong kecil menjadi seperti yang korang biasa makan tu.

keropok keping, terengganu

Aku dapat keropok ini dari rumah mak saudara aku di Kampung Baru Rhu Muda, Marang. Sedap!!!. hehe. Cara nak makan keropok ini senang sahaja. Potong kecil-kecil, tapi jangan terlalu nipis. Nanti lembik. Dalam setengah inci cukup. Lepas itu terus goreng dalam minyak yang panas.

goreng keropok

Apabila dah masak jadilah macam ini. Berapa lama masa mengoreng itu bergantung kepada bagaimana kamu nak makan keropok ini. Nak garing atau nak lembut. Yang kat bawah ini garing. Kalau nak lembut goreng sekejap sudah la.

keropok garing

Keropok lekor atau selipar ini sedap di makan dengan lada cuka. Lada cuka yang sedap hanya ada di Terengganu. hehe

lada cuka

Kalau nak rasa keropok yang sedap aku syorkan korang semua datang ke Terengganu. Keropok sedap yang paling dekat adalah Keropok Lekor Seberang Takir. Keropok lekor ini korang boleh beli di Pasar Payang, Terengganu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 15 November 2012

Jom Join Bloglist Infinity

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bloglist, infinity

Hari ini aku nak buka peluang kepada rakan-rakan blogger sekalian untuk meletakkan link blog korang dalam Bloglist baru aku iaitu Bloglist Blogger Hebat Berkata-Kata. Tak payah susah-susah nak buat entri. Cuma tinggalkan link blog korang di dalam comment entri ini.

Bagi aku nak tinggalkan link blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist tidak perlu buat entri yang panjang berjela-jela. Buat simple sudah. Aku senang, korang pun senang.. hehe.

Sebelum ini aku dah buat bloglist tetapi terpaksa di padamkan semula kerana ada link blog yang mengandungi virus. "Belajar dari kesilapan". Jadi kali ini aku akan memilih link blog yang akan diletakkan di bloglist tersebut. Bloglist ini tiada tempoh hayatnya. Jadi tinggalkan lah link blog jika sudi..^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Wednesday, 14 November 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku Yang Kacak

Kacak sangat ke aku ni?? mestilah kacak kan.. haha. Puji diri sendiri pula. Ok lah.. Sebelum aku lupa diri. Tajuk entri ini adalah untuk penyertaan Contest SEO Extravaganza daripada saudara Syaifuddin Alias. Contest ini bersifat SEO, maknanya keyword yang mendapat tempat pertama di dalam engin carian akan layak memenangi wang tunai RM500++. Penaja untuk Contest SEO Extravaganza - 2012 Tahunku Yang Kacak ini adalah Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk.com, Ladfeamirpenmerah.comMy Arrazi dan nurmisnan

Berbalik kepada entri aku. Tahun ini adalah antara tahunku yang kacak dan cemerlang buat diri aku sebagai blogger. Aku baru sahaja berkecimpung dalam dunia blogger ini dan tak sangka ramai yang sudi follow dan baca blog aku yang tak sebeberapa ini. Walaupun masih belum ramai seperti blogger-blogger yang lain tetapi aku tetap bersyukur ada pembaca setia yang sudi baca dan comment setiap entri yang aku tulis. 

Sunyi rasanya apabila kita buat blog tetapi tiada orang pun yang nak singgah dan bagi comment. Hilang semangat. Itulah yang aku hadapi awal tahun dulu. Tetapi kerana sayangkan blog ini, aku teruskan usaha sehingga blog ini dikenali di alam maya ini. Sepanjang tahun ini, banyak yang aku kongsikan. Cerita gembira, sedih, suka dan duka semuanya ada. 

Selain itu, aku dapat hadiah yang amat bernilai melalui blog ini."Bukan hadiah emas permata ya.." ^_^. Tetapi aku dapat hadiah persahabatan. Inilah hadiah terbaik aku sepanjang aku menjadi blogger. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi jalinan persahabatan itu terjalin dengan cara interaksi antara aku dan juga rakan-rakan blogger. Sebab itulah kalau ada segmen atau contest, joinlah jika mampu. Mana tahu dengan cara ini kita dapat seorang atau lebih kawan baik. ^_^. 

Kalaulah aku ini kacak, pasti gadis-gadis blogger terpesona seperti dibawah ini kan?? hehe

terpesona wajah kacak
*gurau je..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wordless Wednesday - Jaga Hati Pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

terluka, perasaan, jiwa, raga

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 12 November 2012

Tekad Hati Tahun Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

segmen maal hijrah

Ini adalah segmen ringkas yang dianjurkan oleh Sifu Blogger iaitu En.HasrulHassan. Dalam segmen ini, kita perlu menyatakan apa yang ingin kita capai sebagai Muslim di tahun baru dan apa yang tidak kita mahu ulangi kesalahan yang kita lakukan pada tahun sebelum-sebelum ini. Tak perlu panjang-panjang. Entri kurang dari seratus perkataan sahaja.

Tekad Hati Aku Pada Tahun Baru

Aku berhasrat untuk lebih mendalami ilmu agama di dalam tahun baru ini. Ini penting sebab semakin hari, semakin dekat aku dengan kematian. Kita bukannya nampak bila tarikh kita akan menghembuskan nafas terakhir. Terfikir juga aku. Macam mana aku akan mati nanti. Adakah dalam keadaan baik atau dalam keadaan yang teruk? Aku berharap benar kematian aku dalam keadaan baik. Selain itu aku berharap juga tiada masalah hati pada tahun ini. Satu lagi aku berharap aku dapat gunakan medium ini untuk menyebarkan dakwah-dakwah berkaitan dengan islam. Walaupun aku ini tiada ilmu tinggi dan peribadi yang baik, tak salah jika aku sampaikan apa yang aku tahu pasal agama. Boleh kita sama-sama belajar.

Apa yang aku tidak mahu ulangi pada tahun ini adalah terlalu mengikut perasaan sehingga aku lupa apa perkara yang lebih penting yang aku perlu lakukan dahulu sebelum perkara lain. Aku hampir-hampir jatuh dari tempat aku sekarang. Tetapi apabila aku dah sedar apa yang penting. Aku harap aku tidak ulangi apa yang menjatuhkan aku sebelum ini. Bukan memalukan diri aku sahaja, tetapi memalukan keluarga aku juga.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 11 November 2012

Pengalaman Baru Setiap Kali Naik Bas Express

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime, drive, crazy

Allhamdulilah.. Aku dah selamat sampai ke kampung halaman. Setiap kali naik bas mesti ada pengalaman yang baru menunggu aku. ^_^. Pengalaman aku kali ini adalah bermandi peluh daripada Melaka sampailah ke Terengganu. Semuanya gara-gara Air-cond bas rosak. hehe. Allah memang sukakan aku mengingatinya. Setiap masa ada sahaja ujiannya.

Ini pertama kali aku naik bas express selama 8 jam tanpa Air-cond. Memang berpeluh. Kesian orang sebelah aku. MAAF YA. Nak luahkan rasa tak puas hati, aku terpandang ke belakang.. Tengok gadis-gadis di belakang tak merungut pun. Aku terus terdiam." lemah benar hati aku ". Diorang pasti lagi terseksa dari aku. Takpelah, asalkan sampai ke Terengganu sudah. Lagipun malam tak lah sepanas siang hari.

Setiap perkara pasti ada hikmahnya. Cuma nak cakap la. " Kalau kualiti perkhidmatan tidak dijaga, susahlah nak buat keuntungan dalam perniagaan ". Pelanggan ni ada pilihan. Jadi pandai-pandai lah ambil hati pelanggan dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik. " Tak salah keluarkan sedikit duit untuk memperbaiki perkhidmatan syarikat ". Faham-faham je lah ayat keluarkan duit itu..

Alang-alang baca.. Korang pernah ada masalah dengan bas tak??

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Saturday, 10 November 2012

Selamat Pengantin Baru Bro Framestone

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Pengantin Baru Bro Framestone


Selamat Pengantin Baru Bro Framestone

Tahniah diucapkan kepada Abang Bro Framestone kerana telah berjaya melangkah ke alam perkahwinan semalam. Dengan sekali lafaz, Abang Bro telah menjadi suami kepada wanita pilihannya. Semoga Abang Bro dimurahkan rezeki dan bahagia ke akhir hayat bersama isteri yang tercinta, Iera Nazirah

Kata-kata Abang Bro : 

Perkenalan kali pertama di laman FACEBOOK pada pertengahan tahun 2009.
Waktu itu kau sendiri tidak tahu aku adalah blogger dan menganggap aku teman biasa.
Kali pertama berjumpa tahun 2010. Itu pun cuma 5 minit.
Tapi pertemuan kali kedua pada bulan 4 tahun 2011 sewaktu gathering, hati aku berkata - "kau jodoh ku"

Maaf sekiranya selama ini, saya tidak melayani awak seperti pasangan bercinta, tidak menyatakan perasaan cinta saya pada awak dan tidak menunjukkan rasa cinta saya pada awak.


Selepas lafaz akad.. KAU MILIKKU.
dan aku wajib mencintaimu dan melindungimu. Itu janji aku pada ALLAH, keluargamu dan juga diri serta maruah kamu..

Terima kasih kerana menjadi isteriku..




Petikan daripada - http://www.facebook.com/framestone

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 9 November 2012

Menjadi Pendengar Yang Setia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pendengar yang baik

Pendengar Setia

Manusia memang tidak boleh lari dari masalah. Setiap masa ada sahaja masalah yang datang. Tidak kiralah masalah dari tempat kerja, tempat belajar, keluarga, kawan, dan juga kekasih.. Pasti akan ada masalah yang timbul. Apabila datangnya masalah terutamanya Masalah HATI, kita memang memerlukan seseorang yang boleh menjadi Pendengar Setia kepada masalah kita.

Menjadi Pendengar Setia ada caranya :

  1. Apabila seseorang meluahkan perasaannya, janganlah kita menyampuk atau buat kerja lain semasa dia sedang meluahkan masalahnya. Tumpukan perhatian dan dengar dengan baik.
  2. Berilah respon apabila dia meluahkan masalahnya. Jangan jadi macam batu. Biar dia tahu kita sedang mendengar segala luahannya.
  3. Tanyalah soalan untuk lebih memahami situasi dan masalah yang dia hadapi. Tanyalah soalan-soalan yang berkaitan dengan masalahnya. Jangan apabila dia meluahkan masalah berkaitan dengan boyfriend atau girlfriend, kita tiba-tiba tanya " awak ni sihat ke tak??". Bijak lah bertanya soalan.
  4. Berilah pandangan atau cadangan penyelesaian terhadap masalahnya itu. Berterus-terang dengan dia dan bagi sebab kenapa dia harus ikut cadangan kita itu. Tetapi jangan sampai memaksa pula. Kita nak bagi nasihat, bukannya arahan. Kalau tidak dapat bagi cadangan atau pandangan, cukuplah sekadar kita mendengar segala masalahnya itu.
  5. Pegang amanah dan rahsia dia. "Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut"
Ada banyak lagi, tapi kalau kita dapat lakukan kelima-lima perkara di atas itu sudah cukup untuk kita menjadi pendengar yang baik. Ada sesetengah orang yang dianugerahkan oleh Allah menjadi pendengar yang baik. Itu kelebihannya dia. Alangkah beruntungnya jika kita dapat jumpa seorang pendengar yang baik untuk masalah kita. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 8 November 2012

Segmen : Nak Header Simple By Nisha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Segmen yang kedua untuk hari ini datang dari Adik Nisha iaitu pemilik blog My On9 Elf Diari. Baik hati adik Nisha ini sebab dia nak buat simple header secara percuma. Bagi blogger-blogger yang tak tahu macam mana nak guna Adobe Photoshop (seperti aku) untuk design header blog, sila lah join segmen ini.

Apa yang korang semua perlu buat adalah :

Tajuk header : 
2 Code Warna : Biru dan Merah
Tarikh tutup segmen ini adalah 12/11/12. Tapi mungkin akan dilanjutkan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

SEGMEN : NASZ NAK KUMPUL 100 BLOGGER

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

segmen-nasz-nak-kumpul-100-blogger/

Hari ini abang Nasz ada buat segmen yang misteri.. Kenapa misteri?? sebab segmen ini ada dua bahagian. Yang pertama adalah segmen untuk mengumpul 100 orang blogger. Yang kedua... MISTERI. Apabila 100 orang blogger sudah terkumpul, baru abang Nasz bagitahu apa segmen seterusnya.

Aku rasa segmen ini macam Segmen yang sedang berlangsung sekarang, iaitu BATTLE ROYALE. Sebab abang Nasz kata segmen ini memerlukan komunikasi antara peserta.

Cara nak join segmen ini mudah sahaja..

  1. Tulis entri pasal segmen ini. Copy header di atas dan Backlink kan ke post http://mohdnaser.com/umum/segmen-nasz-nak-kumpul-100-blogger/
  2. Tulis tajuk SEGMEN : NASZ NAK KUMPUL 100 BLOGGER
  3. Link kan entri anda ke post http://mohdnaser.com/umum/segmen-nasz-nak-kumpul-100-blogger/
Ada lagi syarat lain, tapi aku ambil yang penting sahaja.


Segmen ini akan terbatal jikalau penyertaan tidak mencukupi 100 orang. Sayang juga kalau terbatal macam tu sahaja. Nak juga tahu apa segmen seterusnya.. Jadi kepada sesiapa yang berminat, sila lah daftarkan diri anda di MOHD NASER.COM.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Study Last-last Minit, Menyesal Pun Tak Berguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

study last-last minit


Fakta budak-budak engineering.." Buat jadual waktu belajar hanya buang masa. Belajar hanya bermula sehari sebelum bermulanya peperiksaan. ". Kalau ikut aku, kata-kata di atas memang tepat bagi budak-budak yang malas seperti aku.

Macam biasalah.. Apabila esok nak exam, baru kelam kabut study sampai tidur lewat pagi. Tutorial banyak lagi tak buat. Bab yang masuk exam tak cover sepenuhnya lagi. Itu tak campur soalan-soalan yang tak faham lagi. Nak faham satu-satu bukannya senang. Kena tanya orang. Tapi kalau study masa ni, nak tanya siapa?? semua dah tidur.

Jadi mula lah mengigau memikirkan penyelesaian dan risau tak dapat jawab exam esok ditambah dengan mengantuk. Semua sekali bercampur menjadi satu perkataan.. Iaitu, STRESS!!!.

Moralnya.. Janganlah study last-last minit. Nak menyesal tak guna dah. "Sebanyak mana kamu usaha, sebanyak itulah yang kamu akan dapat."

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Wednesday, 7 November 2012

Penyakit Seorang Blogger Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

nak update blog
Apabila tiba hari otak ini tiba-tiba blur sebab banyak sangat exam dan assingnment, mula lah timbul soalan seperti di atas..' Nak Update Apa Hari Ni ehh ???'. ahhhh.. Penyakit aku datang kembali. Penyakit tiada idea.

Aku dapat penyakit ini apabila menjadi seorang blogger. Aku tak tahu macam mana nak cari penawar untuk penyakit ini. Masa sihat, banyak sahaja idea yang muncul untuk dikongsi bersama.. Tetapi apabila penyakit ini datang menyerang.. Nak tulis entri simple pun tersangkut-sangkut.

Jadi sampai disini sahaja lah dulu untuk malam ini.. Kena berehat biar penyakit ini sembuh dulu. huhu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wordless Wednesday - Isteri tetap isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

queen power

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Thanks.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...