OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Datang 2013

Dalam keseronokan menyambut Tahun Baru 2013 malam ini.. Kita jangan lah sesekali lupa bahawa Allah itu sentiasa perhatikan kita. Malam ini kita jangan sesekali melangkau batas agama dan syariat. Menyambut tahun baru dengan berparti arak dan perhubungan haram itu adalah budaya barat. Jangan kita terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan akhlak itu.

Sambutlah tahun baru ini dengan ucapkan Allhamdulilah kepada tuhan yang maha esa kerana masih diberikan peluang kepada kita untuk terus beribadat kepada-nya. Ada ramai manusia yang tak sempat menyambut tahun baru ini kerada Allah lebih menyayanginya. Berdoalah kepada mereka, moga-moga mereka berada di dalam lindungan dan rahmat Allah.

Bagi mereka yang tak pergi ke tempat-tempat orang menyambut Countdown Tahun Baru 2013. Apa kata kita tengok video di bawah.


Happy New Year.. From Lokman Ramli

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Tahun Baru 2013, Blog Pun Mesti Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun Baru, Blog Pun Mesti Baru, Blog Berubah Wajah

Menjelang Tahun 2013 ini, aku buat perubahan sedikit pada blog ini. Hmm...?? rasanya banyak kot. Aku sudah ubah keseluruhan templete blog ini. Aku bukan tak suka dengan templete yang lepas tetapi saja-saja nak ambil angin baru. Hari-hari benda yang sama boring jugak. Jadi aku ubah kepada templete yang lebih simple.

Rasanya kalau tak silap, aku dah ubah templete ini sebanyak 5 kali. Dalam setiap template tu mesti ada gadjet baru yang aku cuba guna. Ada yang sesuai dengan blog aku dan ada yang sebaliknya. Tapi kalau kita takut nak cuba, sampai bila-bila pun kita tak tahu.. Betul tak??

Apapun tahun baru, azam baru, blog baru, awek baru.. ehhh..!! terlepas cakap. Aku belum bersedia lagi nak cari awek. Entah bila hati ini akan terbuka kembali. Lebih baik aku tumpukan kepada diri aku sendiri sebab yang ditakdirkan itu akan datang dengan sendirinya. Hmm.. Agak-agak nanti isteri cari aku atau aku yang perlu cari dia??

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Backscatter X-ray - Pengimbas Mendedahkan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam mencari idea untuk update blog pada penghujung tahun 2012 ini, aku terpandang satu mesin yang agak menarik. Alat ini dinamakan Backscatter X-ray. Teknologi Backscatter X-ray ini adalah teknologi pengimejan yang amat maju dari mesin x-ray scanner yang sebelum-sebelum ini. Mesin sinar x-ray lama mengesan bahan-bahan keras dan lembut oleh perubahan dalam penghantaran melalui sasaran. Sebaliknya, backscatter X-ray mengesan radiasi yang mencerminkan dari sasaran.

Teknologi ini adalah salah satu daripada dua jenis teknologi pengimejan seluruh badan yang digunakan untuk melaksanakan imbasan penuh badan penumpang penerbangan untuk mengesan senjata tersembunyi, alat, cecair, narkotik, mata wang, dan barang seludup lain. Mesin body scanner ini banyak digunakan di lapangan terbang terutamanya di US.


Pengunaan teknologi ini telah mendapat banyak kritikan kerana bukan sahaja mesin ini mendedahkan pengguna kepada sinaran radiasi, tetapi mesin ini turut mendedahkan bahagian tubuh badan kepada pegawai keselamatan. Ikuti temuramah di bawah ini.


" Science without religion is lame. Religion without science is blind ". 
From Albert Einstein

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 30 December 2012

Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian

Sekarang ni banyak segmen-segmen dan contest yang sedang berlangsung di alam maya ini. Ada diantara penganjur tersebut telah menghantar jemputan kepada aku untuk menyertai segmen-segmen yang sedang dijalankan itu. Aku minta maaf sangat-sangat kepada orang yang telah memberi jemputan itu. Kalau boleh aku nak join sama, tetapi masa aku terhad. Jadi aku pilih yang mana sesuai dengan aku sekarang.

Cabutan bertuah yang aku sertai ini datangnya dari Cikgu Naman. Dia buat cabutan ini bersempena dengan contest iPhone 5 Gadget impian. Hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh cikgu naman ini cukup menarik. Antaranya adalah :



  • 1 x 1 Photobook bernilai RM200 lebih + Photoshoot (Bonus bernilai RM100)*



Pemenang dapat percuma sesi photoshoot di Putrajaya. Atau kalau yang jauh boleh hantar gambar-gambar yang hendak dimasukkan dalam photobok tersebut.




  • 2 x Sesi Photoshoot** oleh Photoshoot Murah bernilai RM100 setiap satu





  • 1x RM40 tunai


  • 1x RM30 tunai


  • 1x RM20 tunai


  • 3 x RM10 tunai

  • 1 x Fridge Magnet USS Singapore
  • 2x Pati Delima Gulsan tajaan Kedai Online MrsTuah.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31/12/12 jam 11.59pm.

Terima kasih..salam dari pantai timur



Saturday, 29 December 2012

Aku Hantu Drama Korea Queen In Hyun's Man

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Queen In Hyun's Man

Hisss.. Apa nak jadi dengan aku ni. Time-time macam ni pulak kegilaan (hantu) nak tengok cerita korea itu datang. Jangan ingat kaum perempuan je yang minat cerita romantik tau. Sebab aku pun minat jugak walaupun muka ni macam nak makan orang je. hehe :-P

Sekarang ni aku tengah layan cerita Queen In Hyun's Man. Jom kita baca sinopsis cerita ini.

Kim Boong Do is a scholar who had supported the reinstatement of Queen In Hyun when Jang heebin's schemes resulted in her being deposed and replaced as King Sukjong's queen consort.With the help of a spell when he is in going to be killed in a fight he travels 300 years into the future of modern Seoul and meets Choi Hee Jin, a no-name actress who is expecting a career renaissance through her role as Queen In Hyun in a TV drama.She helps him to know about the history of his time and change some events.After that they start to develop feelings for each other,but is it possible for them to have a successful relationship? ".

Queen In Hyun's Man

Macam tu lah sedikit sebanyak jalan cerita ini.. 

Haaa!!! tak faham bahasa inggeris.. Hmmm.. Ok, Ok.. Aku faham.. ^_^. Cerita ini berkisar pasal pengembaraan merentas masa. Hero cerita ini datang dari masa lampau, 300 tahun yang lepas. Cara dia merentas masa adalah dengan menggunakan satu azimat. Azimat ini akan menghantar dia ke tahun hadapan apabila dia mati. Dia mati terus ke masa hadapan.. Pelik kan??

Kalau pelik, jomlah layan cerita ini di http://itvmovie.eu/movie/view/3376/1/1/Queen-Inhyuns-Man.html. ^_^.


Terima kasih..salam dari pantai timur


Beza Antara Memberi Nasihat Dengan Memberi Sokongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beza Antara Memberi Nasihat Dan Sokongan


Dalam hidup ini kita tak pernah terlepas dari menghadapi masalah. Macam masalah itu dah jadi sebahagian dari darah daging kita kan? Tapi lagi elok rasanya jika kita katakan, masalah yang melanda diri kita itu adalah satu ujian daripada Allah yang Maha Penyayang.

Aku terfikir satu ayat dari kawan aku iaitu, " i need support bukan nasihat. Dua perbuatan ni lain tau ". Apabila difikirkan semula, kedua perbuatan ini memang amat berbeza. Beri Nasihat atau Beri Sokongan?? Kedua-duanya menuju ke tempat yang sama tetapi caranya berbeza antara satu sama lain.

Memberi nasihat ini kalau nak senang cerita, kita nasihatkan kawan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Seperti contoh, " Man, jadi-jadi lah tu tulis blog ni. Pergi study tuu. Esok lusa dah nak final exam ". Haaa.. Macam tu.. Ini dikira ayat menasihati.

Kalau memberi sokongan, kita bagi sokongan dan semangat kepada kawan kita untuk meneruskan apa yang dia lakukan. Contohnya, " Bagus juga ko tulis pasal UTeM dalam blog ini. Nanti apabila kita semua dah graduate boleh jadi kenangan kepada kita semua ". Haaaa.. Macam tu. ^_^. Ada beza kan kedua-dua ayat tersebut?? Jadi kita pilih lah antara kedua ini berdasarkan keadaan semasa sama ada nak bagi nasihat ataupun nak bagi sokongan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Menghampiri Tahun Baru 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Menghampiri Tahun Baru 2013

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2012 dan membuka pintu untuk menyambut tahun baru 2013. Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun berada di penghujung tahun 2012. Begitu cepat tahun ini berlalu kan?? ^_^

Tahun ini meninggalkan banyak kenangan kepada aku, lebih-lebih lagi sebagai seorang blogger. Macam-macam pengalaman yang aku timba dalam dunia maya ini. Daripada 0 tak tahu apa-apa, sehinggalah aku dapat hasilkan blog sebegini rupa. Tapi apa yang aku dapat ini hanya sedikit dari segala ilmu yang ada di dalam alam maya ini. Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari.

Setiap hari ada sahaja ilmu baru tentang perkembangan dunia maya ini. Daripada tips dan cara untuk meningkatkan prestasi blog hinggalah kepada berita-berita semasa. Semuanya diupdata seiring dengan masa yang berlalu.

Satu tahun aku mengembara dalam alam maya ini. Macam-macam yang aku lihat dan dengar. Tetapi apa yang aku lihat dan dengar itu hanyalah di satu daerah sahaja. Masih banyak lagi kawasan di alam maya ini yang belum aku terokai. Dunia maya ini amat luas. Terlalu luas sehingga kita tidak nampak di mana penghujungnya.

Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun ini akan lebih baik bagi kita dari tahun-tahun sebelum ini.

Terima kasih..salam dari pantai timur. 

Thursday, 27 December 2012

Maher Zain - So Soon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malam ini aku nak kongsikan satu buah lagu dari Meher Zain yang bertajuk So Soon. Jika dilihat dari liriknya, semua boleh faham apa mesej yang nak disampaikan di dalam lagu ini. Lagu ini berkisar kematian orang yang kita sayangi. Hidup dan mati adalah suratan takdir. Hidup ini harus diteruskan walaupun mereka meninggalkan kita dengan cepat. Ada masanya kita merasa lemah dan tak mampu menerima kenyatan tersebut. Pada waktu ini berharaplah kepada Allah kerana kepada-nya lah kita akan kembali.



"So Soon"


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
I miss the time you were around 
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tak Semua Yang Kita Harapkan Akan Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak Semua Yang Kita Harapkan Akan Menjadi Kenyataan

Hidup ini tak seindah yang kita bayangkan. Bukan semua perkara yang kita rancang akan berjalan seperti yang kita harapkan. Kadang-kadang ada perkara yang mengejutkan berlaku kepada kita hingga kelu lidah untuk menjawabnya.

Dalam hidup ini, banyak perkara yang kita perlu ambil kira. Kita tidak boleh nak pentingkan diri sendiri. Segala kelemahan dan kesilapan itu datangnya dari diri kita sendiri. Jadi kitalah yang kena tanggung segala kesilapan itu. Kalau nak ikut hati, boleh sahaja nak bagi beribu alasan untuk selamatkan diri. Tetapi takkan kita nak salahkan orang lain kerana kesalahan kita sendiri.

Orang tersebut dah banyak tolong kita. Apabila sampai suatu masa, kita nak jatuhkan dia bersama-sama kita. Itu bukannya sifat seorang kawan yang baik. Lebih baik jujur sahaja dalam perbuatan kita walaupun kita merasa kepedihannya. " Jujurlah walaupun pahit ".

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 26 December 2012

Wordless Wednesday - Apabila Ada Presentation Dalam Minggu Study Week

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apabila Ada Presentation Dalam Minggu Study Week

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 25 December 2012

Cuti Minggu Study Week, Nak Study Atau Nak Cuti??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Study Atau Cuti?

Sekarang ini dah masuk minggu study week buat pelajar-pelajar degree dan yang seangkatan dengannya. Sebilangan kecil pelajar telah pun pulang ke kampung untuk cuti atau diorang kata nak ambil mood untuk final exam. Dan sebahagian besar lagi masih berada di asrama/rumah sewa bagi menyiapkan diri bagi menempuh final exam.

Cuti Minggu Study Week.. Sebenarnya tak ada istilah cuti minggu study week. Yang ada adalah minggu study week. Minggu study week bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengulang kaji semua subject yang telah dipelajari dalam satu sem tersebut. Selain itu, minggu ini juga bertujuan untuk menguatkan kekuatan mental pelajar bagi menghadapi final exam.

Bagi sebilangan kecil pelajar, diorang ambil peluang minggu ini untuk balik ke rumah masing-masing. Tak salah pun sebenarnya nak buat macam tu. Cuma bagi aku, balik ke rumah bukannya study pun. Asal balik rumah je, pasti buku tu tak sentuh langsung. Jadi lebih baik duduk kat asrama ini sebab apabila tengok kawan-kawan semua study mesti kita pun nak study sama.

Jadi antara cuti dan study.. Korang pilih yang mana??

Terima kasih..salam dari pantai timur

Monday, 24 December 2012

Durian Crepe Macam Aiscream

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Durian Crepe Macam Aiscream

Rasanya memang aku dah ketinggalan jauh dan lambat untuk buat entri pasal Durian Crepe ini. Orang lain dah lama rasa durian ini. Aku pulak baru je dapat merasa. Itu pun sebab kawan aku bagi rasa. Kalau tak sampai bila-bila lah aku tertanya-tanya.. " Bagaimanakah rasanya Durian Crepe ini?". "Sedap ke tak?".

Apabila dah cuba sendiri baru tahu sedap jugak rupanya Durian Crepe ni. Aku tak tahulah apa yang dia campur bersama isi durian dalam tu. Tapi rasanya macam makan aiscream. Letak dalam peti sejuk biar beku. Lepas tu makan.. Fuhh.. Isi durian tu rasa macam aiscream.

Kalau makan masa tak sejuk, rasa dia macam makan durian biasa sahaja. Tetapi apabila dah sejuk. Lain rasanya. Terpulang lah pada citarasa masing-masing sama ada nak makan waktu sejuk atau tak. Cuma bagi aku. Rasa Durian Crepe yang paling sedap adalah waktu dia sejuk..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 22 December 2012

SEGMEN: MEH AKU REVIEW BLOG KORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Jalan-jalan sambil mencuci mata tadi terpandang satu segmen ini, Segmen : Meh Review Blog Korang. Segmen ni mudah sahaja. Cuma tepek header di atas dan backlink ke entri tersebut. Aku nak buat simple je entri ini. Kalau berminat nak join segmen ini.. Tekanlah banner di atas.

Yang paling menarik.. Nama korang akan berada dalam bloglist Nurmujahidah selama setahun.

Tarikh tutup : 25 Disember  2012.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES

Hari ini CIK TOM jemput semua rakan blogger untuk join CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES. Hadiah tajaan adalah domain " xxx.com.my " dari Exabytes dan wang tunai RM20 untuk 3 pemenang dari CIK TOM. Pemenang ini ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

Syarat penyertaan CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES ini mudah sahaja.

Pertama, buat artikel bertajuk "CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES". Kedua, Follow google+ CIK TOM. Kalau tak nak follow pun takpe sebab ini pilihan. Yang ketiga adalah komen blog CIK TOM dari segi penulisan atau interface blog. "Bagi aku, penulisan blog ini cukup bagus, cuma kalau boleh tukar header blog tu kepada saiz yang lagi besar rasanya lagi ok. Nampak kecik sangat header tu. Tak sesuai bagi sebuah blog yang popular".

Keempat adalah komen pasal service exabytes atau pendapat mengenai exabytes ini. Aku bukan pelanggan exabytes ini jadi aku tak tahu mengenai servisnya, tetapi aku tahu mengenai kehebatan exabytes. " Exabytes mempunyai banyak perkhidmatan yang menarik seperti menyediakan professional technical support yang bekerja 24 x 7 x 365 hari. Friendly customer service dan customer care.  Harga domain yang murah, keselamatan yang tinggi dan yang paling penting. Guarantee money back in 100 days."

Korang boleh tekan kat sebelah kanan blog ini. Disitu korang boleh pergi ke laman web exabytes dan melanggan domain pilihan anda disana. Kalau tak nak, jom join segmen ini. Tarikh tutup contest ini adalah pada 27/12/2012. Cepat-cepat, siapa lambat dia yang rugi.

Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes. 

Tutorial Tukar Domain.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Sebelum ini aku dah berjaya tukarkan domain blog ini daripada domain blogspot kepada domain.my tanpa sebarang masalah. Semuanya disebabkan ada kawan blogger yang sudi ajar aku cara betul untuk tukarkan domain.my. Sekarang ini giliran aku pula untuk ajar korang macam mana nak tukarkan domain ini.

Step pertama : Email dari domreg

Selepas pendaftaran, permohonan korang akan diproses dalam masa 24-48 jam waktu berkerja. Setelah diproses, akan ada 3 email yang sampai dari domreg. Email yang ketiga ini memerlukan kita tekan link diberi untuk mendapatkan email yang ke-4. Follow step dalam tutorial email dari domreg ini.

Step kedua : Tukar Domain Blogspot kepada Domain.my

Setelah itu, korang perlu ikut step-step untuk menukar domain seperti mana yang telah diajar oleh Cik Innanie Ariffin. klik sini untuk Tutorial Tukar Domain. Tutorial ini agak susah difahami jika tidak dibaca betul-betul. Jadi apa kata korang compare tutorial ini dengan tutorial lengkap tukar domain dari syida.

Satu peringatan penting apabila ikut tutorial dari syida. Apabila sampai ke langkah ke-7. Korang tak perlu delate line yang ada nama domain korang. nanti ada masalah.

Peringatan untuk tutorial dari Cik innanie pula adalah, apabila sampai ke sini.


korang tak perlu masukkan cname pertama tersebut. Biasanya sudah ada di dalam kotak itu. Apa yang korang perlu buat adalah memasukkan terus cname kedua dalam kotak ini dan save. Ikut langkah seterusnya.

Selepas itu siaplah domain kita..

Tutorial untuk tukar url Blog di Nuffnang ada disini. Tekan sahaja untuk tukar.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


anis athia: 22th Birthday GiveAway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anis athia: 22th Birthday GiveAway

Bersempena hari jadi anis athia yang ke-22 tak lama lagi, dia (anis) dengan suka hatinya membuat satu giveaway kepada 22 pemenang yang bertuah. Banyak woo hadiah yang dia nak bagi tu. Hadiahnya adalah :


  1. Victoria Secret Love Spell perfume original
  2. Beg
  3. Tudung bawal rainbow pastel colour
  4. Flower crinkle shawl
  5. Fishtail skirt mint
  6. Tudung sponsored by Paisley Paradise
  7. Hot Perfume sponsored by Aisyah Taib (2 pemenang)
  8. Hadiah misteri (top referral)
  9. 12 blog akan dipilih untuk dimasukkan dalam bloglist anis
  10. Everyone get 22% off at Thianis Fashion Lab (from 22 December 2012 till 22 February 2013)
Yang paling menarik, semua orang yang join giveaway ni dapat 22% off untuk barangan yang dijual di Thianis Fashion Lab (from 22 December 2012 till 22 February 2013)

Syarat untuk sertai giveaway ini amat mudah. Hanya perlu like 2 page facebook dan follow 2 blog sahaja untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini akan tamat pada 22 February 2013. Kepada yang ingin join, jemputlah ke blog anis athia.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Jangan Percayakan Toyol Dalam Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan Percayakan Toyol Dalam Exam
Pasti korang tahu apa makna gambar kat atas kan?. Kita semua pernah bersekolah atau sedang belajar. Jadi mesti tahu apa maksud gambar tersebut. Jujur aku kata. Aku pernah buat macam ni. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Apabila study last-last minit dan tak ingat fomula yang perlu diingati maka jalan ini lah yang aku ambil.

Tetapi dari dulu sampai sekarang, setiap toyol yang aku bawa mesti tak berguna langsung. Sia-sia sahaja aku tulis panjang-panjang toyol ini. Soalan yang dijawab mesti tak berkaitan dengan apa yang aku tulis. Tak pun apa yang aku tulis itu sememangnya telah diberi di dalam soalan. Jadi memang kerja sia-sia bawa masuk toyol ini dalam dewan peperiksaan.

Kali ni memang aku tak percayakan toyol ini. Dah lama dia menipu aku. Aku bawa dia masuk untuk tolong aku. Tetapi apa yang dia buat adalah sebaliknya. Jadi ini kata putus dari aku kepada si toyol ni. " Jangan harap aku bawa kau lagi bersama aku sebab kau langsung tak berguna kepada aku". Baik aku harapkan otak aku yang bijak ni. Bye-bye toyol.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Friday, 21 December 2012

Year End Giveaway By Cik Bunny

Assalamuaalikum dan salam sejahtera..

Year End Giveaway By Cik Bunny

Masa dah suntuk. Jadi aku nak buat entri ini sesimple yang mungkin. Giveaway ini dibuat oleh cik ima bersempena akhir tahun. sesiapa yang join giveaway ini akan mendapat hadiah Online Kalendar Hello Blogger 2013. 

Bukan setakat itu sahaja.. Ada banyak lagi hadiah yang menanti pemenang-pemenang giveaway ini..Lihat dalam gambar di bawah.


Jadi apa lagi, jom join segmen ini sebelum ditutup pada 3 Januari 2013.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Study Last-last Minit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Study Last-last Minit

Kalau study last-last minit memang macam ni lah jadinya. Buka buku tak faham benda satu pun. Belek satu-satu muka surat baru tahu, banyaknya benda nak kena study.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

21.12.2012, Tarikh Hari Kiamat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Rasanya ramai yang sudah tahu dengan agenda puak yahudi yang menyatakan 21.12.2012 adalah The End of World ( Kiamat ). Sebenarnya, semua ni adalah konspirasi oleh puak yahudi untuk menakut-nakutkan umat manusia. Jangkaan tarikh hari kiamat ini dibuat oleh puak yahudi berdasarkan pengiraan Calender Mayan. Pengiraan calender mayan berakhir pada 21.12.2012. Tarikh ini diperkukuhkan dengan kenyataan bahawa pada hari ini bumi akan berlanggar dengan Planet Nibiru.

Semua ini adalah rancangan yahudi untuk memesongkan akidah umat islam. Kita sebagai umat islam mesti percaya bahawa Tarikh Hari Kiamat hanya diketahui oleh ALLAH. Tiada satu pun makhluk di dunia ini mengetahui tarikh sebenar berlakunya hari kiamat. Cuma yang kita tahu adalah tanda-tanda yang kiamat itu semakin hampir. Kiamat tidak akan berlaku selagi tanda-tanda ini tidak muncul.


(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Terima kasih..salam dari pantai timur.

See U DI IPT - UNIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

See U DI IPT - UNIC

Untuk hiburan di waktu tengah malam macam ni, aku nak kongsikan sebuah lagu yang amat menarik buat kawan-kawan yang sedang bercinta di sekolah. Lagu ini mengisahkan percintaan dan janji yang dibuat oleh dua orang pelajar yang saling menaruh perasaan antara satu sama lain. Walaupun mereka ini mempunyai perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka ini lebih mementingkan kejayaan dalam pelajaran. Maka mereka buat janji, iaitu suatu hari nanti mereka akan berjumpa di ipt. Dengan berbekalkan ingatan dan semangat daripada guru mereka, mereka berjaya dalam pelajaran.

Lirik Lagu SEE U DI IPT




Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Thursday, 20 December 2012

Aktiviti Blog Dikurangkan Menjelang Final Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aktiviti Blog Dikurangkan Menjelang Final Exam

Ucapak terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang telah meninggalkan link pada entri sebelum ini. Rupa-rupanya ramai juga yang berminat dengan tawaran itu ^_^. Semua link yang ditinggalkan telah pun saya masukkan sebentar tadi. Sila lah periksa link tersebut di bahagian bawah blog ini. Mana tahu ada yang terlepas pandang.

Seperti mana yang kita, pelajar ijazah tahu. Final Exam sudah semakin dekat. Dekat sangat sampai kepala pun dah naik serabut. Jadi buat masa ini aku akan kurangkan aktiviti berblog seperti blogwalking dan membalas komen. Aku perlukan masa untuk siapkan kerja-kerja yang masih belum selesai dan juga study untuk test dan final exam. Jadi harap maklum.

Apabila dah selesai semuanya, aku akan melawat kawan-kawan semua seperti biasa. ^_^. Gudluck kepada kawan-kawan yang akan menempuh final exam tak lama lagi. Buat yang terbaik agar result kita cemerlang.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Siapa Nak Masuk Dalam Bloglist Infinity??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Tawaran untuk sertai bloglist infinity dibuka semula kerana pertukaran domain.my ini telah menyebabkan bloglist yang lama hilang. Jadi aku nak bagi peluang kepada blogger-blogger yang sudi bagi link untuk dimasukkan ke dalam bloglist Blogger Hebat Berkata-kata.

Tak payahlah susah-susah buat entri untuk masuk bloglist aku ni. Cuma tinggalkan link di bahagian komen entri ini. Korang senang, aku pun senang.. Tak macam tu? ^_^. Bloglist ini tiada tarikh tamat tempoh. Kalau tiada masalah yang berlaku, kemungkinan link blog anda akan berada di blog ini sepanjang hayat.

Kepada sesiapa yang telah meninggalkan link blog korang di entri http://www.lokmanramli.my/2012/11/jom-join-bloglist-infinity.html . Korang tak payah risau sebab link korang sudah ada di dalam bloglist tersebut.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 19 December 2012

Pertukaran Domain Blogspot Kepada Domain.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

www.lokmanramli.my
Allhamdulilah.. Proses Pertukaran Domain daripada Blogspot kepada Domain.my telah berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada blogger-blogger yang banyak membantu terutamanya kepada cik Innanie Ariffin dan Jue Jaynee. Tanpa diorang semua, proses pertukaran ini mungkin tidak akan berjalan dengan lancar sebegini.


Untuk pengetahuan korang semua, pertukaran ini adalah Hadiah yang diberikan oleh pemilik blog coklateyes kepada follower-follower blog Cik Innanie Ariffin. Hadiah ini sangat menarik kerana kita dapat tukar domain.my secara percuma untuk masa setahun. Nilai domain ini sangat murah, Atau lebih tepat lagi domain paling murah dengan harga RM20 setahun.

Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan hadiah yang menarik ini adalah pergi ke Blog Coklateyes. Disini korang dapat baca bagaimana cara untuk dapatkan domain.my ini. Semua langkah dan tutorial pasal ini ada di blog tersebut. Perkara yang paling penting untuk dapatkan Domain ini adalah Baca Arahan dengan Teliti. Perkara ini sangat penting sebab kalau silap, kemungkinan korang tidak akan dapat hadiah yang menarik ini.

URL blog aku ini telah pun berjaya ditukarkan daripada http://lokmanramli.blogspot.com kepada http://www.lokmanramli.my. Kalau tak percaya lihat link di atas. Kalau rasa nak ada domain yang sememangnya menjadi milik kita, daftarlah sekarang. Peluang untuk pendaftaran hanya dibuka sehingga 25 December 2012. Segala pertanyaan ada dijawab di blog Coklateyes.

Klik gambar Cik Innanie Ariffin untuk dapatkan hadiah yang menarik ini.


Sebelum korang semua klik X kat tab atas tu.. Apa kata dengar dulu apa Pakar Perniagaan iaitu saudara Irfan Khairi katakan.. 


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wordless Wednesday - Suami Isteri Bergaduh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Suami Isteri Bergaduh
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 18 December 2012

Macam Mana Nak Tarik Ramai Orang Join Segmen, Giveaway Atau Contest Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Macam Mana Nak Tarik Ramai Orang Join Segmen, Giveaway Atau Contest

Sekarang ini semakin ramai blogger yang buat segmen, contest dan giveaway. Ada diantaranya yang menyediakan hadiah-hadiah yang mahal, seperti hadiah Domain.my Free oleh Blogger Innanie Ariffin. Hadiah seperti itu memang cukup menarik. Siapa nak hadiah ni cepat-cepat pergi ke blog tersebut. Tawaran masih dibuka sehingga hujung tahun ini.Ok, berbalik kepada topik kita yang sebenar.

Topik aku hari ini adalah macam mana cara nak tarik orang untuk join apa-apa segmen. giveaway atau contest yang kita buat. Ada banyak cara yang efektif untuk tarik orang. Antaranya adalah hebahkan di group facebook atau kita jemput sendiri rakan-rakan blogger kita dengan meninggalkan komen di blog diorang. Menyediakan hadiah-hadiah yang menarik juga cara yang berkesan.

Selain itu, salah satu cari lagi adalah buat segmen atau giveaway yang simple dan menyenangkan. Aku nak tekankan berkaitan hal ini. Simple dan Mudah!!. Bagi aku, bab syarat inilah yang titik tolak untuk aku join apa-apa segmen pun. Mudah dan simple bagi aku adalah setakat letak banner, follow blog tuan punya segmen, follow beberapa sponser blog dan tag kawan-kawan.

Yang aku tak suka adalah nak kena follow berpuluh blog sponser dan like facebook page. Setakat satu, dua sampai lima tu ok lagi la. Tapi kalau dah berpuluh nak kena follow, tak syok lah. Tambahan lagi semua syarat tu wajib kena buat. Kita buat segmen ini untuk orang lain join. Jadi kita kena tahu kehendak orang lain agar ramai yang berminat untuk sertai segmen yang kita buat itu.

 Seronokkan apabila ramai orang yang join segmen kita?? apa pendapat korang? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Segmen Blog Review by SANDRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Segmen Blog Review by SANDRA

Macam biasa, aku tag semua yang sedang membaca entri ini.. Aku tak nak hurai panjang-panjang dah sebab aku dah bagitahu dalam entri sebelum ini, Blogreview by polo. Yang aku nak bagitahu adalah segmen ini akan berakhir hari esok. Jadi siapa cepat, dia dapat..

Terima kasih..salam dari pantai timur

My 1st Segmen : Blogreview By Polo

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

My 1st Segmen : Blogreview By Polo

Kita sekarang dah nak masuk tahun baru. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi untuk persediaan blog tahun depan, aku join segmen ini. Segmen Blogreview By Polo. Kenapa aku kata macam tu?? haa.. Sebabnya segmen ini menjanjikan satu tawaran yang menarik iaitu berada dalam Bloglist Blog BLACKFOREST selama setahun.

Bagi aku, tawaran seperti ini amat baik. Bukan senang nak masuk dalam bloglist sesebuah blog. Kita pun bukannya Blogger famous seperti Denaihati atau Fatin Liyana. Kalau blog kita popular seperti diorang, confirm-confirm tak payah buat entri bagai, sebab secara automatik kita akan meletakkan mereka dalam bloglist.

Apabila ada link dari sesebuah blog, kita akan mendapat faedahnya. Aku ambil satu sahaja faedahnya hari ini iaitu menurunkan ranking Alexa diseluruh dunia dan di dalam Malaysia. Sejak aku daftar dengan Alexa, aku asyik perhatikan naik turun ranking blog ini. Daripada 1 juta lebih, sekarang ni dah turun kepada 6 ratus ribu.

Jadi kalau korang rasa berminat, join lah segmen ini..

Aku tag semua yang baca entri ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Monday, 17 December 2012

Penting Suara Ketua Di Dalam Sesebuah Kumpulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ketua

Hari ini aku nak berbicara sekejap mengenai Kepentingan Ketua dalam sesebuah Kumpulan atau Organisasi. Biasalah apabila belajar ada banyak tugasan, dan kebanyakannya adalah tugasan berkumpulan. Apabila berada dalam satu kumpulan, masalah banyak berlaku sebab masing-masing ada pandangan dan gaya hidup tersendiri. Jadi di sinilah pentingnya seorang ketua di dalam kumpulan tersebut.

Tugas utama seorang ketua adalah mengawal orang bawahannya. Tugas ini nampak sahaja mudah tetapi sebenarnya tanggungjawabnya amat berat. Ini kerana dia adalah tunjang sesebuah kumpulan. Bagus ketuanya, maka baguslah kumpulan tersebut. Ketua tidak semesti orang yang paling pandai dan bijak, tetapi seorang ketua adalah orang yang mempunyai daya kepimpinan yang paling tinggi dalam kumpulan tersebut.Daya kepimpinan inilah yang akan mengerakkan sesuatu kumpulan.

Ketua juga adalah orang yang akan membuat keputusan akhir sama ada idea itu boleh diterima atau pun tidak. Setiap orang ada idea tersendiri. Dalam banyak-banyak idea itu kenalah pilih yang terbaik. Jadi keputusan pemilihan itu terletak kepada seorang ketua dengan sokongan ahli kumpulan.

Setiap orang ada tugas masing-masing. Tidak ada orang yang duduk bersahaja dan menunggu projek itu siap. Disini ketua sepatutnya memantau perkembangan tugasan setiap anak buahnya. Ini bagi memastikan tiada ahli kumpulan yang ketinggalan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Takut nanti apabila dah sampai due date, kerja masih tidak siap. Yang kena bukan orang lain, ketuanya jugak.

Ada banyak lagi tugas seorang ketua sebenarnya. Kalau nak tahu, korang kena lah rasa jadi seorang ketua sesebuah kumpulan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Maksud Jujur Mengikut Pandangan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Orang kata, " Berkata benarlah walaupun pahit ". Sejak kecil kita telah dididik oleh kedua ibubapa kita supaya sentiasa jujur dalam setiap perbuatan dan percakapan. Hal ini kerana perbuatan jujur akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu akan membawa kita ke arah syurga.

Mengikut pandangan ulama islam, jujur itu adalah kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat. Orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran islam.


Menurut Sayidina Ali, orang yang jujur akan mendapat 3 perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. Cuba lah kita jawab dengan menggunakan akal fikiran kita sendiri persoalan di bawah.

Pertama, adakah kita akan memberikan kepercayaan kita kepada seorang yang jujur atau orang yang suka berdusta( menipu ) ??

Kedua, bertambah ke rasa cinta kita apabila mengetahui pasangan kita tidak jujur dalam perhubungan? Tidak kah kita rasa tertipu?

Ketiga, adakah kita rasa hormat kepada seseorang yang sering menipu diri kita?

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 16 December 2012

Preview 6 - Nur Ikaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Nur Ikaa Blog
Malam ini aku nak buat satu blog review. Blog yang menjadi pilihan aku adalah blog Nur Ikaa. Aku jumpa blog ini buat pertama kalinya apabila menyertai Contest SEO 2012 Tahunku Yang Kacak/Cantik. Sekali imbas blog ini simple je tetapi apabila imbas dua kali, blog ini memang mempunyai kandungan yang baik.

Blog Nur Ikaa menyediakan banyak tutorial dan tips berkaitan dengan blogger. Banyak tip-tips yang amat berguna untuk kita menambahkan lagi ilmu berkaitan dengan dunia blog ini. Tutorial yang diajar juga bagus bagi meningkatkan lagi keberkesanan blog kita. Tak lupa juga Blog Nur Ikaa mempunyai pagerank bernilai 2. Blog pagerank tinggi bagus untuk backlink kepada blog kita.

Salah satu entri yang menjadi kesukaan aku adalah Pertama Kali Menjadi Blogger. Di dalam entri ini ada tersirat ilmu dalam perjalanan Nur Ikaa menjadi seorang blogger. Memang berbaloi baca entri ini untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman menjadi blogger di alam maya ini. RUGI Kalau Tak Baca Tau..^_-

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Kepentingan Memilih Nama Blog Dan URL Blog Sebelum Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Perkara paling penting sebelum buat blog adalah memilih Nama dan URL Blog. Kedua-dua perkara ini perlu difikirkan dahulu sebelum kita daftar sesebuah blog. Analogi kepentingan nama ini senang sahaja. Kita semua ada nama kan?. Nama ini akan diberikan oleh kedua ibubapa kita selepas kita lahir. Adalah menjadi Hak Anak dan kewajiban ibubapa untuk memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru lahir.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ia melambangkan identiti seseorang. Nama itulah yang akan dikenali dan menjadi sebutan sepanjang hayat hingga sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, makan seolah-olah mereka berdoa untuk anak tersebut. Sebab itulah pentingnya pemilihan nama yang sesuai untuk bayi mahupun blog.

Mempunyai URL blog yang baik amat penting kerana kita ingin orang lain mengingati nama blog kita. "Sekali masuk terus ingat.. Haa.. Macam tu". URL blog hendaklah simple supaya orang mudah nak ingat. Sekali sebut je orang dah tahu.. Seperti contoh, hasrulhassan, Google, Yahoo, Youtube dan banyak lagi. Jangan nak segan untuk guna nama sendiri sebab ramai blogger-blogger famous, popular dan berjaya menggunakan nama sendiri. Contoh paling senang BEN ASHAARI, LOKMAN RAMLI. Siapa tak kenal blogger ini kan? hehe.

Paling bagus jika Nama Blog dan URL ini seiring dan sejalan. Bukan setakat memudahkan orang mengenali kita sahaja bahkan engin carian pun menyukainya ( Mesra SEO ). Apabila orang taip nama blog, terus kita berada di tempat teratas laman carian. Suka kan? hehe. Kalau suka ambil perhatian tentang perkara ini.

Jangan jadi macam blog ini sebab apabila taip INFINITY, entah page ke berapa baru jumpa blog ini. Nama dan URL berbeza, jadi susahlah nak jumpa. Lagi mudah taip Lokman Ramli sebab saya akan berada di page pertama Google. Jangan tulis nama Lokman sahaja tau sebab korang tak akan jumpa saya di page pertama. Kenapa? haaa.. Sebab nama Bob Lokman amat famous. Artis, macam mana nak lawan kan? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Apa itu Pembelajaran Sepanjang Hidup?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pembelajaran Sepanjang Hidup


Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Menurut Kamus Dewan Bahasa, pembelajaran adalah proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan( kemahiran ).

Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Agama Islam sejak awal-awal lagi menyatakan bahawa belajar ilmu itu adalah wajib yang berterusan dari buaian sampai ke liang lahad. Baginda Rasulullah SAW menjelaskan dalam Hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawa mencari ilmu pengetahuan itu merupakan kewajiban ke atas setiap Muslim. Kewajiban mencari ilmu itu seharusnya difahami sebagai suatu proses sepanjang hayat dan bukan setakat pada tempoh atau umur tertentu. Melalui periwayatan al-Tabrani, Abu Na'im dan Ibn Abd al-Barr, Baginda Rasulullah mengatakan bahawa tidak ada makna bagi hari yang dilalui sekiranya tidak berlaku pertambahan ilmu yang sifatnya boleh menambah nilai ketakwaan kepada dirinya.

Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan kepada Allah sebagai Pencipta manusia dan sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Tetapi sebaliknya dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu suruhan membaca( Iqra') sebagai salah satu wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Agama Islam juga merupakan agama yang sangat teliti dan ketelitian itu bermula dari peringkat pengenalan lagi. Manusia perlu mengenali Tuhannya dengan ilmu. Seterusnya, manusia harus terus mengharungi kehidupan ini dengan pembelajaran secara berterusan, supaya manusia bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan hidupnya tetapi kehidupan secara bermaruah dan bermakna. Ini kerana pembelajaran begini dapat memperbaiki kehidupan seseorang melalui peningkatan kemahiran kerja, pengislahan sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 15 December 2012

Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan 2012, UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan

Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa (KKM) IPT Zon Selatan 2012

Pemadanan dan Peluang Perniagaan

Hari ini berlangsungnya satu Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa IPT Zon Selatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Konvensyen ini bertujuan untuk melatih dan mendedahkan para pelajar mengenai penerapan elemen keusahawanan dalam diri serta menerokai segala peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada.

Program ini lebih berbentuk membangun dan membina perniagaan daripada kepelbagaian bentuk kluster perniagaan yang sedia ada. Projek ini diinisiatifkan daripada sebuah program dibawah Projek Mutiara Nasional atau PMN anjuran Persatuan Pedagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Banyak slot ceramah yang di adakan sepanjang program ini berlangsung seperti Ceramah dari wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( KPTM ) yang bertajuk seminar kerjaya keusahawanan. Di slot ini kami diperkenalkan dengan pemikiran sebenar tentang konsep usahawan dan kepentingannya. Selain itu, KKM juga menyediakan sesi forum peluang-peluang perniagaan dan bantuan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah rakyat ( MARA ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ), Perbadanan Nasional Berhad ( PNS ) dan juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ( TEKUN NASIONAL ).

KKM juga mengajar bagaimana membina sebuah perniagaan. Pembinaan perniagaan ini merangkumi pemasaran, kuasa internet, penjenamaan, pembungkusan dan pengurusan kewangan yang bijak dan efektif. Selain itu, ada juga segmen pemadanan perniagaan dan klinik usahawan bersama 50 rakan niaga dan 20 rakan pameran agensi kerajaan serta institusi kewangan.

Ilmu-ilmu yang dikongsikan perlu didengari sendiri daripada orang-orang yang pakar dalam dunia usahawan ini. Jadi jangan ketinggalan untuk menyertai konvensyen ini di masa akan datang..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blogger Paling Santai 2012

Hari ini aku nak join segmen Blogger Paling Santai untuk tahun 2012. Segmen ini adalah segmen pertama yang dianjurkan oleh santaileeza. "Aku memang suka join segmen pertama, hehe". Sebagai tanda sokongan untuk segmen ini aku jemput semua pembaca blog infinity untuk join segmen ini. Untuk tambah lagi rasa excited tu aku nak bagitahu ada hadiah yang menanti blogger bertuah.


LANGKAH PENYERTAAN :
1. Buat ENTRY yang bertajuk "Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza"
2. Letak Banner kat atas ni dan link kan ke entri ni. (macam biasa tu)
3. Follow Blog Santai Leeza dot com
4. Like Fan Page Santai Leeza (SANTAI LEEZA PAGE) (tak wajib, tapi sangat digalakkan)
5. Semestinya WAJIB tinggalkan link/url entri anda pada ENTRI INI... 
6. Hanya terbuka untuk Blogger Malaysia. 
7. BERMULA 15 Disember dan TAMAT pada 30 Disember 2012, 11.59 malam.

saat-saat yang dinantikan..

 Cenderahati Pertama Santai Leeza

Macam mana.. Menarik tak hadiahnya?.. Kalau berminat, jom lah join sekali..^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Facebook Block Friend Request

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Facebook Block Friend Request

Akibat asyik menekan butang Add Friend tanpa henti akhirnya facebook telah disable function tersebut selama 14 hari. Masa orang nak guna fungsi butang tersebut lah dia buat hal. Hisss.. Kena tunggu beberapa hari lagi sebelum dapat add orang baru. Maaf lah kepada orang yang mempunyai urusan dengan aku. Bukannya aku sengaja tak nak add. Tapi massage di bawah ni asyik muncul sahaja. Maaf sangat-sangat.

Blocked sending friend request


Kenapa masalah ini boleh berlaku :

1. The Person You Are Trying To Connect With Has Their Request Permissions Restricted In Their Privacy Settings (accidental or intentional). ( Orang yang kita hantar permintaan itu dah menetapkan setting privasinya kepada orang tertentu sahaja )

2. Facebook Has Flagged You As A “Potentially Annoying Person” And Is Trying To Prevent Spamming (often over-zealously). ( Facebook label kita sebagai orang yang menyakitkan hati dan spammer )


3. You Have Sent A Large Number Of Friend Requests And Not Had Them Answered. ( Kawan kita tak nak terima permintaan menjadi kawan facebook )

Pengajarannya adalah jangan add orang sesuka hati selepas ini. Pastikan kita add orang yang betul-betul kita kenal. Kalau tak facebook ni dengki dengan dan block kita dari terus menghantar permintaan menjadi rakan tersebut. Facebook ni tak boleh tengok langsung orang senang. Dengki tak habis-habis.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Friday, 14 December 2012

Segmen | Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog Popular 2012

Sifu aku dalam dunia Blog ini ada buat satu segmen yang bertajuk Blog Popular 2012 Pilihan Blogger baru. Syarat penyertaan mudah sahaja.. Blog yang mempunyai kurang 500 rakan blogger Google+ atau kurang 1000 follower sahaja yang dibenarkan menyertai segmen ini. En.Hasrulhassan ada menyediakan imbuhan wang tunai RM50 kepada peserta yang menyediakan entri paling menarik. Tarikh tutup segmen ini adalah 16 Disember 2012 jam 5 petang.

Blog Popular 1 - Bro Framestone

broframestone

Blog popular 2012 yang menjadi pilihan aku adalah Blog Bro Framestone. Bro Framestone ini seorang blogger yang peramah dan tak sombong. Tahun ini, dia melangkah ke alam baru dan menjadi milik Puan Nazirah. Harapnya kita dapat khabar gembira secepat mungkin. Mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kepada mempelai baru di atas.

Blog Popular 2 - Bicara Mak Dara

Mak Dara

Blog kedua yang menjadi pilihan aku adalah Blog Bicara Mak Dara. Apa yang paling aku suka pasal Mak Dara adalah dia sangat rajin balas komen. Apa-apa komen pun dia akan balas balik. Mak Dara juga antara blogger famous yang amat peramah. Blog Mak Dara ini juga telah memenangi anugerah blog terburuk. Mulanya aku ingat orang buat lawak sahaja. Tetapi apabila check balik, memang ada anugerah itu. Entah macam mana boleh dapat anugerah sebegitu. Anda tahu kenapa?

Blog Popular 3 - Ciktom

Ciktom
Blog yang terakhir menjadi pilihan aku adalah Blog Gadis Tomato. Blog Ciktom ini banyak kongsikan pasal resepi makanan seperti resepi kek, kuih muih, minuman, lauk pauk dan banyak lagi. Ciktom juga ada kongsikan tutorial blog dan tips blogging. Kalau nak tahu tips blogging yang berkesan dan cara mendapat first page search engine, aku syorkan korang follow blog Ciktom.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...