OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 3 January 2013

I'tidal Dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti biasa sebelum mula saya ingin minta kepada tuan guru, ustaz atau para ulama diluar sana untuk menegur saya jikalau ada salah dan silap di dalam perkongsian ini. Kita sama-sama belajar, jadi tegurlah yang mana salah.

I‘tidal selepas ruku‘ adalah rukun solat yang ke-6. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.


Mengenai I’tidal, Tama’ninahnya ialah sekadar berdiri tegak sahaja. Ini disebut dalam hadith riwayat Imam Ahmad. Itu sudah cukup memenuhi rukun tuma’ninah.


‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن آدم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عامر بن يساف ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن أبي كثير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن بدر الحنفي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏‏ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا ينظر الله إلى صلاة رجل لا يقيم صلبه بين ركوعه وسجوده

Meriwayatkan dari Yahya bin Adam meriwayatkan Amir bin Yusaf meriwayatan dari Yahya bin Abi Kathir dari Abdullah bin Badar Al-Hanafi dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada solat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya di antara ruku' dan sujudnya." (Hadith Riwayat Ahmad dengan isnad sahih)

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...