OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 4 January 2013

Memahami Hati Orang Lain Lebih Susah Dari Memahami Ilmu Pelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memahami Hati Orang Lain Lebih Susah Dari Memahami Ilmu Pelajaran
Dunia ini luas, tetapi dimanakah orang yang betul-betul memahami diri ini? 

Susahnya nak mencari orang yang memahami kita. Kalau mencari sepanjang hayat kita pun belum tentu jumpa orang yang betul-betul memahami diri kita. Hmm.. "Sunyi rasanya hidup ini apabila tiada orang untuk kita berkongsi masalah." Sedih rasanya apabila kita mula berbicara, orang yang kita harapkan itu hentikan luahan hati diri kita.

Setiap kali luahan hati itu tidak kesampaian, terdamparlah ia di suatu sudut hati ini. Menanti masa yang sesuai untuk diluahkan. "Masa berganti masa. Hari berganti hari." Apa yang terdampar itu sudah pun mula mereput dimakan oleh kepercayaan yang semakin rapuh. Kenapalah tiada orang yang memahami diri ini?

Aku hidup dengan persoalan ini, tetapi aku lupa sesuatu. Aku terlupa bahawa Allah sentiasa ada untuk aku. Dia lebih memahami diri aku yang penuh dengan rahsia dan rintihan ini. Dia menjadikan orang lain tidak memahami diri kita supaya diri kita sentiasa dekat dengannya. Allah memberikan banyak dugaan dan cubaan kepada kita supaya kita sentiasa ingat padanya. Jika kita tak berfikir kenapa tiada orang memahami kita, sampai bila pun kita tidak bersyukur akan nikmat islam yang diberikan kepada diri kita.

Dunia ini luas, tetapi dimanakah orang yang betul-betul memahami diri ini? Cuba kita pandang ke atas dan berdoa. : 
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia."

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...