OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 17 January 2013

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Kematian

Sebentar lagi aku akan bertolak dari Melaka ke Kuala Terengganu. Hmmm.. boleh agak tak apa maknanya?? Kalau siapa yang boleh agak itu memang pandai. ^_^. Pejam celik pejam celik dah habis rupanya semester 5 ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Memori berada di matrikulasi 3 tahun lepas terasa macam semalam perkara itu berlalu. Begitulah cepatnya masa dunia ini berputar.

Dengan masa yang pantas berputar itu aku memikirkan apakah nasib yang akan menimpa diri aku nanti. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran ini. Adakah nasib aku akan baik ataupun sebaliknya di masa hadapan? Semuanya menjadi tanda tanya. Tapi yang pasti di penghujungnya hanya ada satu jalan yang kita semua akan lalui, iaitu kematian.

Aku ada terjumpa satu blog trauma yang memaparkan gambar-gambar orang mati. Blog ini aku katogerikan sebagai 18 SG, iaitu blog yang memaparkan kisah seram dan keganasan yang melampau. Macam-macam gambar dipaparkan dari bayi sehingga kepada orang tua. Semuanya mengerikan. Aku tahu semua orang akan merasai kematian suatu hari nanti. Seperti mana janji Allah dalam (Surah Al-Anbiya': 35) "setiap yang hidup pasti merasai kematian". Jadi terfikir macam manalah cara kematian aku nanti??

Sudah cukup ke bekalan pahala sepanjang aku hidup ini untuk ke syurga? semuanya bermain difikiran. Dengan segala perbuatan yang  telah aku lakukan sebelum ini, aku takut api yang panas menanti diri aku. Oleh itu aku nak memperingati diri aku dan kawan-kawan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum ajal menemui kita.

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...